5 Panduan Top Untuk Fabrik Premium

26 Jun 2019

by JO ONG

Adalah penting untuk langsir anda kelihatan menawan dan rasa mengagumkan. Pelapik kusyen anda yang selesa sepadan dengan upholsteri sofa anda. Tapi jangan lupa, fabrik anda juga harus tahan lama dan selamat. Anda mungkin membeli fabrik yang nampak bagus pada mulanya tapi lama kelamaan jadi pudar dan mudah kotor apabila seseorang secara tidak sengaja tertumpah kopi atasnya. Sebab itulah adalah penting untuk mempertimbangkan membeli fabrik jenis premium. Senang untuk dijaga. Lebih selamat. Anda boleh memastikan bahannya tahan lama dan kotoran dan tumpahan senang dicuci. Berikut adalah lima tip untuk membantu anda menentukan perwatakan fabrik premium.

Inside Out / Collection

Kalis air

Fabrik kalis air terbaik direka untuk tahan lama masanya tanpa kehilangan warna, tahan malah mengekalkan perwatakan utama yang membuatkan fabrik ini berguna – kemampuan halang air. Fabrik premium yang mempunyai fungsi ini akan memberikan anda ketenangan minda kerana sisa tumpahan dan kotoran air tidak akan menggangu hari anda. Anda juga tidak perlu risau tentang pelapik untuk kegunaan perabut di luar dan tepi kolam.

Koleksi UV Pro adalah contoh terbaik bagi kategori ini tanpa kompromi pada pilihan rekaan dengan lebih banyak pilihan rekaan berjalur, bercorak dan berwarna untuk dipilih. Dengan 5 tahun waranti menentang pemudaran warna, fabrik premium jenama ini adalah solusi terbaik untuk kegunaan di luar dan dalam rumah.

Braveheart / Collection

Bebas Kotoran  

Terdapat banyak video di Internet tentang cara membuang jus beri, sos tomato, mustard, kicap, kotoran kopi dan sebagainya daripada sofa dan pelapik duduk anda. Tapi adakah cara ini mudah dan berfungsi setiap masa? Adakah kita perlu menggunakan bahan kimia bertoksik, berbahaya dan gatal seperti borax, peluntur dan bahan pencuci? Ia bagus jika cara ini mungkin berfungsi. Tapi kita masih perlu mempertimbangkan ini – adakah ketahanan fabrik kita mencukupi untuk tahan proses pembersihan.

Fabrik premium daripada jenama sepertik FibreGuard dan YarnPro direka dengan teknologi yang memastikan bebas kotoran atau kalis kotoran. Kualiti yang penting ini memberi jaminan praktikal bagi kotoran boleh dibuang dengan air, sabun rumah dan usaha yang sikit. Kita tidak selalunya boleh menghalang kemalangan daripada berlaku namun kita boleh memastikan fabrik premium yang kita pilih boleh membantu dengan pembersihan. Ketahanan fabrik premium ini juga memastikan kita yang ia mampu hidup lebih lama melalui kemalangan dan bahan buatannya yang buatnya bebas kotoran tidak akan lemah dengan setiap basuhan.

Liberate / Collection

Kalis api

Salah satu kemalangan terburuk yang mungkin berlaku dalam rumah adalah kebakaran. Kesilapan pada wayar atau barangan elektirk, pemanasan, barbeku dan lilin adalah punca berpotensi rumah terbakar. Fabrik premium yang kalis api mungkin tidak mampu menghalang punca kebakaran namun pasti mampu menghalang api daripada marak tanpa kawalan.

Daripada pandangan komersial, fabrik kalis api adalah pertimbangan penting. Hotel, teater atau kapal layar mungkin mempunyai beribu meter panjangnya fabrik ini. Kesemua langsir, pelapik sofa dan lantai berkarpet dan ulphosteri dalam satu lokasi akan memarakkan api lagi. Sebab itu fabrik premium dengan kualiti penting ini adalah salah satu pilihan yang logik.

Jenama FR-One adalah contoh terbaik bagi fabrik premium tahan api yang menepati piawaian antarabangsa sementara menawarkan hampir 2,000 rekaan menarik. Fabrik FR-One tidak dirawat dengan kimia, tapi melalui molekul teknologi maju fabrik tersebut yang direka untuk kalis api. Ini memastikan tiada kimia berbahaya dibebaskan ketika fabrik dibasuh dan ketahanan bahan kalis apinya tidak akan pudar.

Braveheart / Collection

Keselamatan produk dan mesra alam

Kita selalu menyentuh fabrik, di rumah, pejabat, panggung wayang dan sebagainya. Adalah penting untuk mempunyai pengetahuan tentang fabrik yang kita gunakan adalah selamat dan tidak mengandungi atau membebaskan kimia berbahaya ke udara atau bila disentuh. Cara terbaik untuk memastikan adalah dengan membeli fabrik premium ini melalui pensijilan bebas. OEKO-TEX STANDARD 100 adalah sistem pensijilan bebas global yang memastikan keselamatan fabrik premium adalah pensijilan OEKO-TEX, kita boleh rasa senang hati dengan kesihatan kita dan keluarga kita tidak terdedah bahaya. Pensijilan ini memastikan fabrik premium anda adalah mesra alam dalam kitaran hidup – daripada pembuatan, penggunaan dan pembuangan.

Braveheart / Collection

Ketahanan

Apabila kita membeli fabrik premium kita ingin memastikan ianya tahan untuk tempoh lama. Walaupun fabrik nampak kuat dan rasa kuat, itu adalah ujian ketahanan superfisial terbaik. Sekali lagi, satu-satunya cara untuk memastikan kualiti produk adalah melalui ujian bebas. Labotex adalah pengkreditan makmal oleh ISO dan standart lain. Makmal ini mengendalikan variasi ujian mekanikal seperti ujian Wyzenbeek and Martindale tests. Ujian ini akan lakukan stimulasi penggunaan sebenar fabrik dengan cara berbeza dipanggil “rubs’ dan keputusannya direkod bila benang fabrik rosak atau penampilannya berubah. Keputusan akhir direkod sebagai rubs – Contohnya. 40,000 rubs Martindale atau 30,000 double rubs Wyzenbeek. Semakin tinggi jumlahnya, semakin tahan fabrik tersebut. Kita boleh ketahui pensijilan ketahanan fabrik premium yang kita beli dengan memeriksanya dengan pembekal.

Braveheart / Collection

Kesimpulan

Fabrik premium sememangnya mempunyai kualiti di atas dan seharusnya melalui ujian pensijilan bebas untuk memastikan kesalamatan, ketahanan dan kekuatan warna adalah memenuhi piawaian. Variasi ulpholsteri, lembaran dan fabrik premium pelbagai fungsi boleh didapati dalam koleksi di laman web Acacia Fabrics yang sarat dengan kualiti tersebut malah ada juga pilihan rekaan yang tidak mengkompromi bila ianya tentang fabrik premium.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co