by Izzul Iqram Rahim
Apa yang menjadikan sesuatu rekaan itu vintage?
Walaupun kita kini menjalani kehidupan di dalam era kemodenan, rekaan vintage jelas kelihatan di mana jua anda berada termasuk diseluruh pelusuk dalam dunia ini. Secara langsungnya, rekaan vintage mengetengahkan cita rasa era yang sebelumnya dan mengikut elemen rekaan yang diketengahkan pada tempoh masa atau era itu. Kebiasaannya rekaan vintage mengambil inspirasi elemen rekaan yang popular pada hujung abad ke-19 dan 20.
Terdapat perbahasan mengenai bagaimana untuk menentukan sesuatu rekaan itu vintage. Ada sesetengah pendapat mengatakan rekaan vintage dari segi definisi bermaksud rekaan yang telah meningkat usia dan menjadi lebih bernilai. Namun terdapat juga kekeliruan antara definisi vintage, retro dan antik kerana ketiga-ketiga elemen rekaan ini memiliki persamaan dari segi menggunakan rekaan dari era atau tahun sebelumnya. Namun perbezaan ketara yang jelas terlihat adalah bagi rekaan retro ianya merujuk kepada gaya ikonik daripada era atau abad sebelum ini manakala vintage pula secara umumnya merujuk kepada bahan material yang berkualiti tinggi dan kualiti mutu kraf tangan yang lebih bernilai mengikut karakteristik rekaan pada tempoh masa tertentu, berumur di antara 20 sehingga 100 tahun. Dan antik pula merujuk kepada elemen rekaan masa silam.

Langsir Vintage: (Menyentuh emosi, Membangkitkan Nostalgia)
Rekaan vintage semestinya menggamit emosi kerana membawakan sejarah pada tempoh masa tertentu lantas rekaan vintage mampu melahirkan perasaan nostalgia pada semua orang tak kira umur. Dan rekaan vintage tersebar pada pelbagai industri popular seperti fesyen, seni, perabot dan kini untuk langsir di dalam rumah moden juga.
Pada umumnya, rekaan langsir vintage mungkin kedengaran seperti ketinggalan zaman, namun jika digabungkan dengan elemen betul, setiap pemilik kediaman mampu menikmati pengembaraan ke masa lalu yang semestinya menggamit nostalgia malah pada masa membangkitkan suasana ‘throwback’ yang istimewa buat sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke dalam kediaman yang menggunakan langsir rekaan vintage sebagai konsep hiasan dalaman rumah.

Langsir Vintage French Floral
Langsir Vintage French Floral
Langsir Vintage French Floral adalah langsir vintage yang terkenal dan seringkali menjadi pilihan pemilik kediaman yang ingin menikmati atmosfera harmoni, ketenangan dengan cebisan memori masa lampau. Langsir Vintage French Floral dijahit menggunakan fabrik kapas dan linen yang dibasuh, serta memaparkan corak semula jadi yang menawan hati pada masa sama membangkitkan keindahan semula jadi pada masa silam sebelum era kemodenan menakluki bumi ini. Rekaannya yang unik dengan bahan material berkualiti tinggi sememangnya layak digelar vintage kerana memiliki nilai yang tinggi berbanding langsir French yang lain. Selain keunikannya, ianya juga tahan lebih lama dan rekaannya juga mampu kekal segar tak kira apa sahaja zaman anda berada. Tingkatkan keseluruhan imej estetik sudut rumah anda dengan menggabungkan langsir vintage French Floral bersama langsir linen yang diperbuat daripada bahan semula jadi yang membenarkan anda menerima cahaya matahari semula jadi ke dalam rumah anda sekali gus menyerlahkan lagi aura vintage French Floral. Tambahan itu, Langsir Vintage French Floral juga mampu mencipta sesuatu yang lebih ceria dan sesuai untuk segala lapisan umur.
Selain itu, Langsir Vintage French Floral juga banyak diguna pakai pada kediaman rumah desa. Jika difikirkan semula, Langsir Vintage French Floral seringkali menjadi pilihan ibu bapa yang tinggal di desa. Sekiranya anda memilikinya pada kediaman anda sekarang, sudah pasti ianya mambu membawa anda ke zaman kanak-kanak anda di desa bersama keluarga tersayang.

Langsir Vintage Crochet Roman
Seperti kita bincangkan tadi, rekaan vintage dikenali kerana tukang kerjanya yang bernilai dan mengambil inspirasi elemen terdahulu seperti Langsir Vintage Crochet Roman. Jika dilihat pada gelarannya, umum sudah mengetahui fabrik langsir ini tidak dijahit dan ditenun, tapi telah melalui proses kerja tangan mengait fabrik menggunakan kapas dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan berbanding langsir normal.
Walaupun fabriknya dikait, langsir Vintage Crochet Roman masih mengekalkan keindahan corak Roman yang dahulunya sangat popular dan telah memperanguhi setiap benua sehingga pada satu masa telah diguna pakai oleh setiap suri rumah. Langsir Vintage Crochet Roman ini seringkali dipadankan pada sudut yang lebih kecil seperti dapur kerana hajatnya yang ingin menggambarkan taman Roman yang indah.
Langsir Vintage Crochet Roman juga adalah langsir bertali lutsinar yang mampu menapis cahaya matahari yang terik, menjadikan pencahayaan dalaman kediaman menjadi lebih lembut dan selesa serta pada sama mengekalkan privasi pada pemilik kediaman. Fabrik kapas langsir Vintage Crochet Roman juga sangatlah selesa dan berudara namun pada masa sama memiliki ketahanan yang lebih kukuh seperti pahlawan Roman.

Langsir Vintage Sheer Lace
Langsir sheer adalah langsir terbaik untuk pemilik kediaman yang ingin menambahkan sentuhan elegan dan bergaya pada hiasan dalaman rumah. Langsir sheer diperbuat daripada fabrik yang ringan dan nipis serta sedikit lutsinar yang membenarkan cahaya semula jadi yang memasuki rumah anda ditapis pada masa sama mengekalkan privasi. Selain itu, langsir sheer memiliki beberapa pelbagai corak, warna dan rekaan.
Salah satu rekaan langsir sheer yang mengetengahkan elemen rekaan vintage adalah langsir sheer jenis lace. Langsir sheer jenis lace adalah langsir fabrik lembut dengan tenunan terbuka yang kerap kali digunakan untuk mencipta suasana vintage dan romantik. Langsir sheer jenis lace ini diperbuat daripada kapas, sutera, atau fiber sintetik dan dilengkapi dengan pelbagai jenis corak vintage yang mampu menambat hati setiap pemilik kediaman. Langsir sheer jenis lace bukan sahaja unik, malah ianya memiliki elemen rekaan yang nostalgia di mana fabrik ini sering digunakan pada rumah Eropah tradisional dan mewah di mana pemilik kediaman meletakkan pada ruang seperti kamar tidur untuk membangkitkan atmosfera penuh cinta dan kasih sayang.
Warna yang menjadi pilihan kegemaran bagi pemilik langsir sheer jenis lace adalah warna putih kerana selain menawarkan reka bentuk vintage, ianya juga memberikan cita rasa warna yang minimalis sesuai untuk kediaman yang lebih moden.

Langsir Vintage Cetak Damask
Rekaan langsir Vintage Cetak Damask kaya dengan sejarahnya tersendiri di mana segalanya bermula dari perkembangan dinasti purba Cina dan kembara menyelusuri jalan sutera (silk road) yang diseludupi oleh sami. Namun popularitinya menurun semasa kebangkitan revolusi industri Eropah dan dihidupkan semula semasa perkembangan pergerakan seni dan kraf tangan, menjadikannya fabrik Cetak Damask sangat bernilai dari segi latar belakang sejarah. Rekaan Fabrik Cetak Damask masih relevan sehingga kini dan berkekalan tak kira zaman, menjadikan salah satu langsir vintage yang terkemuka. Corak fabrik Vintage Damask sangatlah versatil dan tetap menjadi gaya klasik vintage yang terkenal bagi pemilik kediaman pada masa kini dan moden. Kalau berbicara mengenai gaya, kita boleh pecahkan gaya fabrik Damask kepada dua kategori iaitu tradisional dan kontemporari.
Gaya Damask tradisional memiliki motif klasik seperti botanikal, bunga, lingkaran daun, buah-buahan atau haiwan liar. Manakala gaya Damask kontemporari lebih ke arah experimental, menggunakan motif dan tema daripada corak abstrak geometri, dakwat, kepala rusa, kapal layar, motif kanak-kanak dan bersama warna yang cerah, berani dan baharu.

Langsir Vintage Bohemian
Apabila anda dengar perkataan ‘Bohemian’, apakah perkara yang bermain dalam fikiran anda? Anda mungkin membayangkan artis kreatif dengan gaya unik, berwarna dan hipi. Bayangan anda memang betul, tapi ada lebih lagi kisah mengenai gaya boho! Pada masa kini, gaya bohemian dikenali secara popular sebagai pergerakan fesyen terkemuka namun sebenarnya memiliki sejarah sehingga 200 tahun lamanya dan tersebar secara meluas di jalan Perancis pada abad ke-18.
Jika dilihat dari konsep hiasan dalaman rumah, gaya bohemian adalah berdasarkan pilihan gaya hidup bohemian, di mana ahlinya memiliki gaya hidup artistik dan menjadi pengembara atau pelarian daripada Eropah tengah. Rekaan gaya Bohemian memiliki corak bercampur dan kaya dengan pelbagai warna digabungkan bersama menjadi seni yang berani. Tekstur yang kaya berkolaborasi dengan palet warna yang mewah menjadikan gaya vintage yang sangatlah unik. Kebanyakan rekaan fabrik bohemian datang dari bentuk geometri atau corak yang besar dengan latar belakang yang lebih mewah. Antara fabrik yang paling sepadan digunakan untuk langsir rekaan bohemian adalah seperti voile, muslin dan fabrik kapas lain yang kelihatan lebih lutsinar. Selain itu, kain velvet yang tebal, sutera dan kapas juga sesuai digunakan sebagai fabrik langsir Damask.
Langsir Vintage Mid-century
Gaya dan konsep mid-century moden adalah sebaran pergerakan popular dalam hiasan dalaman, reka bentuk produk, grafik, seni bina dan kini telah mempelopori dalam industri pembuatan fabrik terutamanya langsir. Gaya Mid-century menjadi terkemuka di Amerika Syarikat dan Eropah dalam tempoh masa antara 1945 sehinggalah 1970 selepas perang dunia ke dua.
Estetika gaya mid-century tak semestinya nampak lapuk namun gayanya lebih moden dari segi reka bentuk dan seni bina, sejajar dengan gerakan modenis pada zaman tersebut. Gaya vintage Mid-century biasanya bercirikan oleh garisan yang bersih, ringkas dengan penggunaan bahan yang jujur, dan tidak memanfaatkan corak perhiasan yang keterlaluan.
Dari segi rekaan fabrik, gaya vintage mid-century mengutamakan corak geometri yang menyeronokkan, tekstur berjalur, berwarna-warni, fabrik berbulu berwarna neutral, dengan tekstur pepejal luar biasa seperti bouncles, velvet, dan chenilles.

Jamboree / Collection

Tropico / Collection
Fabrik gaya scandinavian, seperti konsep hiasan dalaman scandinavian berkongsi kualiti khusus yang sama. Sama ada elemen seperti corak geometri, motif botanikal atau beberapa ciri lain yang serupa, fabrik scandinavian adalah unik. Walaupun gaya scandinavian telah merebak meluas ke seluruh dunia, Fabrik dan tekstil scandinavian dari seluruh dunia direka menggunakan material yang tidak menggunakan proses kimia atau perkilangan seperti fabrik nettel, flax, hemp, dan bulu biri-biri. Tapi kerana bahan material fabrik scandinavian adalah terhad, fabrik dan tekstil Scandinavian telah direka dengan ingatan untuk kukuh dan tahan untuk jangka masa yang panjang. Pertukangan, desain yang mudah dan tidak keterlaluan menjadi nadi utama kepada gaya scandinavian sehingga ke hari ini. Oleh sebab itu, langsir scandinavian boleh dikategorikan sebagai langsir vintage dengan reka bentuk yang seakan tradisional tetapi diberikan nafas baharu mengikut aliran moden lebih tertumpu kepada konsep minimalis dan ‘simplicity’.
Selain memberikan sentuhan lebih anggun dan vintage, langsir vintage scandinavian juga unik dari segi memberikan atmosfera yang lebih hangat kerana bahan material yang digunakan. Jika dilihatkan pada fungsi asalnya, fabrik scandinavian banyak digunakan pada pelapik kaki semata-mata untuk mengekalkan kehangatan terutamanya ketika musim sejuk. Walaupun di Malaysia kita dikurniakan iklim yang panas, fabrik scandinavian mampu mengimbangi suhu di dalam rumah terutamanya ketika anda memasang penghawa dingin.

Warna langsir Vintage
Konsep reka bentuk vintage semuanya adalah mengenai menggabungkan beberapa elemen dan inspirasi dari beberapa era yang berbeza. Langsir vintage yang sebenarnya akan menyerlahkan atau mengeluarkan perasaan yang menceritakan sesuatu sejarah atau perwatakan serta memori. Sebab itulah konsep reka bentuk langsir vintage mampu membangkitkan perasaan nostalgia ke dalam kediaman anda. Namun jika anda masih tidak mampu atau bingung untuk memilih beberapa jenis langsir vintage yang telah kita bincangkan di atas, anda boleh menceburi dan memilih warna vintage pilihan anda untuk menciptakan suasana nostalgia dalam rumah anda.
Pertama sekali, anda perlu mengetahui fakta bahawa warna vintage tidak menggunakan warna masa kini. Warna vintage dipengaruhi oleh trend warna daripada tahun 1920 sehingga 1980, agak lama bukan? Secara umumnya, warna vintage seharusnya mencerminkan warna yang lebih hangat, tidak terlalu terang dan seakan-akan ‘muted’. Selain itu, palet warna vintage tidak terdiri daripada warna utama seperti merah, biru, dan kuning tapi lebih ke arah warna kedua seperti warna oren tangerine, biru teal dan hijau epal. Warna vintage juga melibatkan warna yang lebih neutral seperti warna krim, kuning, kuning-coklat, teal-biru, oren lebih coklat, dan pilihan-pilihan warna pastel.
Acacia Fabrics: Terokai lebih langsir Vintage bersama kami!
Walaupun langsir vintage tidak menggambarkan cita rasa moden dan terkini, namun ianya masih menjadi pilihan ramai pemilik kediaman kerana mood nostalgia dan keunikan reka bentuk dan warna yang menakjubkan mampu memberikan anda kembara dari era yang sebelumnya lantas memberikan lebih warna-warni memori dari dahulu sehinggalah ke masa kini. Tren Industri fesyen juga telah membawakan kembali desain vintage demi memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan kelainan dari desain yang moden. Dan kini, langsir vintage mudah didapati dalam pasaran dan bahan materialnya juga berkualiti tinggi secara tidak langsung menjadikannya salah satu langsir yang mampu tahan lama dan berkekalan sepanjang zaman.
Dan dengan Acacia Fabrics, anda boleh memilih pelbagai jenis fabrik langsir yang mencerminkan reka bentuk vintage sesuai untuk kembalikan nostalgia dalam konsep hiasan dalaman rumah anda. Bermula dari fabrik rekaan vintage sehinggalah ke fabrik berteknologi tinggi dan moden, Acacia Fabrics adalah salah satu pengilang dan kami memiliki katalog fabrik terbesar di Asia Tenggara.
Jadi usah segan silu, kunjungi atau hubungi sahaja wakil khidmat pelanggan kami dan nikmatilah gaya hidup vintage dan nostalgia di dalam rumah anda sekarang!
Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co