close
Image

Desain Langsir Minimalis untuk Ruang Kontemporari

11 Oktober 2024

by Izzul Iqram Bin Rahim

Sejak kebelakangan ini terutamanya dalam kita menuju tahun 2024 ini, pemilik kediaman yang ingin membeli rumah idaman mereka mampu menikmati pelbagai pilihan gaya seni bina untuk dipilih dalam pasaran perumahan. Namun sejak kebelakangan, salah satu trend yang popular dalam pasaran perumahan adalah kediaman berkonsep dan bergayakan kontemporari.

 

Secara dasarnya, rumah dengan konsep gaya kontemporari memiliki elemen gaya reka bentuk atau aturan yang mengikuti trend desain terkini namun pada masa sama masih menawarkan lebih peluang keemasan kepada pemilik kediaman untuk ekspresikan kreativiti penggayaan mereka. Antara elemen kreativiti yang boleh dimanfaatkan untuk pemilik kediaman dengan cita rasa kontemporari adalah dalam penggayaan rekaan langsir. 

 

Anda mungkin tertanya mengapa rekaan langsir mampu memberikan impak dan kesan besar kepada kediaman berkonsepkan kontemporari ini? Dan apakah rekaan langsir yang paling sesuai untuk kediaman jenis kontemporari ini?

Image
Image

Marmont / Collection

Mengapa desain langsir penting untuk kediaman kontemporari?

Sebelum itu, ayuh kita fahami secara spesifik apakah rumah dengan gaya kontemporari supaya anda mampu melihat kesan langsir pada rekaan rumah jenis kontemporari. Rumah dengan gaya bentuk kontemporari memiliki elemen reka bentuk dan fungsi yang mencerminkan gaya arkitek masa kini. Walaupun kediaman kontemporari sering dikaitkan dengan rumah moden, kediaman kontemporari dilengkapi dengan perwatakan sudah biasa didengar dalam rekaan moden seperti memiliki cita rasa yang minimalis, mengunjurkan kemasukan cahaya semula jadi dan seni bina dinding yang bersih. Sebab itulah kediaman ini dikategorikan dalam cita rasa tersendirinya kerana keunikan yang lebih menarik daripada kediaman moden biasa. Seni bina kontemporari telah wujud semenjak lewat abad 20an namun telah berevolusi mengikut perubahan trend semasa. Apabila terdapat perubahan trend, dan bergantung kepada yang popular pada masa tersebut dan kediaman kontemporari akan mengadaptasi kepada trend tersebut. Kediaman kontemporari juga mengutamakan dan menyerlahkan material seni bina yang terdiri daripada bahan semula jadi dan mesra alam. Namun apa yang perwatakan yang paling ketara dari segi seni bina yang memberikan definisi kediaman “Kontemporari”?

Antara perwatakan seni biasa yang menjadikan sesuatu kediaman itu kediaman kontemporari adalah susun aturnya yang tidak simetri. Selain itu, rekaannya memiliki reka bentuk yang lebih bebas dan tidak seperti susun atur dan reka bentuk seperti kotak yang jelas terlihat pada kediaman jenis moden. Seperti dikatakan sebelum ini, material pembinaan kediaman kontemporari diperbuatkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam. Namun elemen yang paling ketara adalah pada rekaan tetingkapnya yang agak besar. 

 

Sebab itulah, desain langsir sebenarnya sangat memainkan peranan yang penting dalam menggayakan kediaman kontemporari anda kerana rekaan tetingkapnya yang besar seperti kanvas putih yang kosong menanti untuk diolahkan seni penggayaan.

Image

Mikado / Collection

Image

Iconic / Collection

Peningkatan Trend Desain Minimalis

Seperti yang kita bincangkan, kediaman kontemporari selalu mengikut arus trend terkini. Dan kebelakangan ini terutamanya pada tahun 2024, stail minimalis telah tersebar meluas tak kira daripada barat ke selatan dan ke seluruh pelusuk termasuklah dalam negara Malaysia sendiri tak kira dalam industri fesyen atau konsep kediaman rumah. Gaya minimalis ini memberikan penumpuan penuh pada konsep “Simple”, aturan yang bersih dan kemas malah tidak terlalu padat malah pada masa sama memberikan lebih manfaat yang mesra alam. Apabila anda ingin membayangkan stail minimalis pada rekaan langsir, ianya boleh diterjemahkan sebagai rekaan yang anggun, elegan dan reka bentuk bersahaja yang bersepadan secara sempurna dengan estetika keseluruhan sesuatu ruang dalam kediaman kontemporari.

Acacia Fabrics menawarkan pelbagai pilihan meluas jenis langsir dengan rekaan minimalis. Daripada langsir jenis sheer dengan panel yang bergaya ke panel yang diperkemaskan dengan pelbagai pilihan warna, koleksi gudang fabrik terluas di Asia tenggara iaitu Acacia Fabrics memiliki segala desain langsir minimalis untuk kediaman kontemporari anda.

Apakah caranya untuk menjadikan desain langsir anda tampil lebih moden kontemporari?

Konsep gaya rekaan seni bina dan kediaman kontemporari adalah jelas perlu mengikut aliran trend semasa dan seperti kita bincangkan terlebih dahulu, trend minimalis telah menjadi pilihan pemilik kediaman kontemporari kerana memiliki elemen moden dan lebih terkini, serasi dengan tujuan sebenar ruang kontemporari. Terdapat banyak cara untuk menggayakan langsir anda untuk menjadi lebih minimalis dan kontemporari. Langsir seperti kita ketahui, adalah kunci hiasan dalaman rumah yang penting dalam setiap sudut, di mana salah satu kelebihan langsir adalah ianya mampu menyerlahkan sesuatu sudut dalam rumah anda dengan pelbagai corak, warna dan tekstur fabrik yang boleh diterokai dan menambat hati.

 

Walaupun konsep minimalis pada gelarannya memberikan anda bayangan rekaan yang “Simple dan Clean” namun anda boleh mencuba untuk menerokai cadangan elemen rekaan langsir yang lebih menarik dan memberikan impak pada langsir moden dan kontemporari anda sekali gus mencipta titik tumpuan yang luar biasa dalam sesuatu sudut malah dilengkapi ciri moden yang mantap seperti menghalang cahaya matahari atau pencemaran bunyi sebagai contoh langsir Blackout dengan rekaan yang lebih minimalis. Langsir juga semenjak zaman dahulu sehingga ke arus terkini, telah menjadi “Center Piece” bagi sesuatu sudut dalam rumah anda. Sebab itulah terdapat permintaan daripada pemilik kediaman kontemporari untuk memilih pilihan fabrik yang lebih berani.

 

Jadi pada bahagian seterusnya kita akan membincangkan apakah garis panduan yang mampu dimanfaatkan pemilik kediaman kontemporari yang ingin menjadikan langsir dengan rekaan minimalis bukan sahaja menjadi lebih moden dan kontemporari, malah mampu memberikan impak yang luar biasa dan menambat hati sesiapa sahaja yang menjejak kaki ke rumah dan melihat.

Image

Night Sky / Collection

Tip 1: Pilih Langsir Tona Warna Bumi dan Neutral

Langsir dengan pilihan warna neutral dan bumi dijangkakan akan mendominasi dan menguasai pasaran rekaan konsep dalaman kediaman terutamanya di Malaysia pada tahun 2024 ini. Tona warna ini mampu mencipta suasana yang lebih mendamaikan dan menenangkan dalam kediaman kontemporari selari dan sepadan dengan sempurna untuk gaya lebih minimalis. Antara tona warna bumi dan neutral yang menjadi pilihan kegemaran bagi pemilik kediaman kontemporari dan menonjolkan sisi minimalis adalah beige, taupe dan kelabu. Sebagai contoh terbaik, cuba gayakan langsir linen anda dengan warna hangat oat yang dipercayai boleh mencipta suasana lebih harmoni dan memberikan tekstur kepada sesuatu ruang namun pada masa sama mencipta persekitaran yang anggun dan “Simple”

Image

Savvy / Collection

Tip 2: Memanfaatkan keanggunan langsir Sheer

Langsir sheer telah membuat kemunculan kembali pada seluruh pasaran langsir terutamanya di Malaysia dalam tahun 2024 ini, meningkatkan cita rasa anggun dan canggih kepada sesuatu ruang dalam kediaman kontemporari. Langsir sheer adalah langsir yang memiliki ciri fabrik lutsinar yang membenarkan cahaya semula jadi memasuki kediaman anda untuk menciptakan suasana atau atmosfera yang lebih melembutkan dan menenangkan. Langsir jenis sheer juga tidak menggunakan corak atau rekaan yang berlebihan dengan itu memberikan impak yang lebih menenangkan di mana amat penting bagi kediaman kontemporari. Lebih-lebih lagi, selain memiliki rekaan yang minimalis, langsir sheer pada masa sama kebanyakan diperbuat daripada material semula jadi yang sepadan dengan elemen seni bina kediaman kontemporari.

Tip 3: Eksplorasi Corak Geometri Moden

Bagi pemilik kediaman kontemporari yang ingin menambahkan sentuhan lebih moden dan visual yang menarik perhatian, langsir dengan corak geometri adalah pilihan terbaik yang mampu membangkitkan cita rasa dinamik dan lebih beralun, bertentangan dengan prinsip minimalis namun pada sama tidak terlalu berlebihan menjadikan rekaan corak geometri sebagai rekaan yang tidak terlalu maksimalis. Langsir dengan corak geometri memiliki beberapa motif geometri daripada yang tidak terlalu menonjol sehingga ke rekaan corak yang lebih berani. Sama ada anda memilih corak geometri berbentuk segi tiga, chevron atau heksagon, langsir corak geometri mampu meningkatkan gaya yang lebih kontemporari pada ruang kediaman anda.

Tip 4: Mengutamakan Langsir yang Anggun dan Canggih

Seperti kita ketahui, kediaman kontemporari memiliki tingkap yang lebih besar dan tinggi daripada kediaman konsep bukan kontemporari, langsir dengan pelbagai lipatan minimalis mampu membangkitkan gaya yang lebih anggun dan canggih, membangunkan cita rasa yang lebih berstruktur, kemas dan formal pada sesuatu ruang dalam kediaman kontemporari. Walaupun pada umumnya langsir berlipat adalah langsir tradisional, namun lipatan fabrik pada langsir berlipat semestinya serasi dengan konsep gaya dalaman yang lebih moden dan minimalis. Langsir berlipat yang panjang dengan tona warna neutral seperti kelabu mampu meningkatkan penampilan tetingkap yang lebih tinggi, selain memberikan elemen kelembutan dan kecanggihan pada masa sama.

 

Rekaan bergaya langsir berlipat tidak semestinya menunjukkan idea langsir moden perlu tampak besar, terang dengan warna berani, namun lebih kepada bagaimana langsir berlipat mampu memperkemaskan sesuatu ruang dengan penampilan lebih elegan.

Image

Radiant / Collection

Tip 5: Beranikan diri dengan Langsir Hitam

Bila kita bicara tentang langsir gaya minimalis, pilihan tona warna langsir desain minimalis ini adalah bagusnya tidak terlalu menonjol seperti langsir sheer minimalis yang memiliki warna kelabu atau putih bagi mengurangkan kesesakan pada rekaan langsir. Namun kali ini kami ingin anda menerokai pilihan warna yang bukan kebiasaannya iaitu langsir berwarna hitam. Langsir dengan warna hitam sangat rumit untuk mendapatkan mood yang tepat, hal ini kerana ramai antara pemilik kediaman kontemporari sangat berhati-hati dan meletakkan had apabila menghiasi rumah atau mencuba idea baharu dengan menggunakan elemen warna hitam, kerana pemilik kediaman merasakan warna hitam hanya mampu menyerlahkan suasana yang meruntun jiwa dan menakutkan. Walau bagaimanapun apabila anda menggunakan warna hitam dengan cara yang betul dan sesuai, bilik dengan elemen warna hitam mampu membangkitkan suasana atau impak elegan yang mewah, moden dan kontemporari. Selain itu, warna hitam juga hebat apabila hendak disepadankan dengan warna lain dalam roda warna, menjadikan warna hitam salah satu elemen paling versatil. Selain cita rasa anggun dan minimalis, langsir berwarna hitam mampu bersatu secara sempurna dengan dinding berwarna hitam untuk mencipta sudut yang mendamaikan dan menenteramkan yang terbaik untuk pengalaman menonton TV dan beristirahat memuaskan hati pemilik kediaman kontemporari yang ingin mengangkat impak luar biasa pada rumah mereka.

 

Langsir berwarna hitam sudah pasti memberikan satu “Statement Piece” kepada kediaman kontemporari, yang inginkan kelainan yang luar biasa dan moden.

Tip 6: Fabrik Mesra Alam Penyelesaian Lebih Kontemporari

Pada zaman kemodenan ini, kita sudah dapat melihat konsep mesra alam telah diserapkan ke industri-industri pelopor seperti industri kenderaan elektrik, fesyen, material bangunan di bandar dan luar banda malah kini dalam industri pembuatan fabrik langsir juga. Kebanyakan langsir mesra alam yang diperbuat daripada bahan kitar semula bukan sahaja menarik pada nilai estetik, malah menyumbang kepada planet bebas pencemaran. Fabrik langsir seperti kapas, linen, sutera, wool serta buluh adalah fabrik langsir popular dan anggun digunakan oleh pemilik kediaman di seluruh lokasi pada tahun 2024 ini. Fabrik langsir pilihan mesra alam ini juga bermanfaat pada kesihatan kerana tidak perlu melalui proses bahan kimia. Dengan pelbagai rekaan minimalis dan moden, fabrik langsir mesra alam semestinya adalah pilihan lebih hebat untuk kediaman konsep kontemporari.

Kesimpulan

Seperti sudah kita bincangkan, desain langsir minimalis sememangnya menjadi pilihan hangat untuk pemilik kediaman kontemporari. Desain langsir minimalis terbukti menonjolkan sisi rekaan langsir yang lebih moden, jauh ke masa depan dan berkekalan zaman, selaras dengan konsep penggayaan kontemporari yang sentiasa mengikuti arus terkini. Dan berdasarkan beberapa panduan seperti yang dinyatakan di atas, terdapat juga pelbagai cara untuk memaksimumkan impak dan kesan tak kira dari segi estetik atau fungsi untuk desain langsir minimalis. Namun terdapat banyak lagi panduan dan kaedah yang anda boleh anda terokai dalam mendapatkan desain langsir minimalis dambaan anda.

 

Mujurlah kerana anda kini telah berjumpa pakar langsir terkemuka di Asia Tenggara iaitu Acacia Fabrics. Pihak khidmat pelanggan profesional Acacia Fabrics sentiasa berkomitmen untuk membantu anda memiliki langsir yang anda impikan untuk menonjolkan lagi keindahan kediaman kontemporari anda. Lebih-lebih lagi, gedung fabrik Acacia Fabrics juga dilimpahi dengan pelbagai pilihan fabrik berbeza desain, warna, corak, material malah teknologi fabrik terkini yang boleh dipilih mengikut cita rasa setiap pemilik kediaman terutamanya di Malaysia. 

 

Jangan tunggu lagi, ayuh mulakan kembara anda menggunakan desain langsir minimalis untuk kediaman kontemporari anda bersama fabrik langsir Acacia Fabrics.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co