Close
Image

Psikologi Warna dalam Desain Langsir

23 Julai 2024

by Izzul Iqram Bin Rahim

Alam di sekeliling kita menyajikan warna yang sangat kaya, lebih kaya dari sekadar warna pelangi. Psikologi warna mengajar kita mengenai persepsi manusia tentang warna yang ada dalam kehidupan seharian. Deria hati kita seringkali menyingkap makna warna yang terlihat oleh penglihatan. Warna memiliki hubungan dan karakter yang rapat dengan manusia. Warna memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan seseorang. Warna juga berkaitan dengan spektrum dan spektrum adalah gelombang yang mampu dikesan oleh pancaindera manusia. Setiap warna memiliki makna yang tersendiri dan dipercayai boleh mempengaruhi tindak tanduk seseorang itu. Seperti dibicarakan oleh Darwis Triadi, seorang jurugambar dari Indonesia menulis dalam bukunya “Penglihatan Warna" telah mengatakan "Sesuatu warna itu berkebolehan menciptakan keselarasan dalam hidup”. Dengan warna kita boleh menciptakan suasana nyaman dan damai. Dengan warna juga kita dapat menciptakan situasi kebengisan dan kekacauan.

 

Adakah warna biru membuatkan anda berasa tenang dan santai? Adakah anda berasa bertenaga apabila anda melihat merah? Kalau anda mungkin perasan mengapa kasih sayang sinonim dengan warna merah jambu. Pernahkah anda sedar ketika anda menggayakan warna-warna tertentu, ianya mampu mempengaruhi anda sampai diri anda merasa lebih yakin, ceria atau tenang. Ahli terapi profesional, artis dan pereka dalaman telah lama percaya bahawa warna, secara amnya, mampu membangkitkan mood, perasaan dan emosi secara mendadak dan luar biasa. "Warna, seperti cirinya, mengikut perubahan emosi", artis terkenal Pablo Picasso pernah mengungkap.

 

Warna adalah satu alat komunikasi yang bukan sahaja mampu mempengaruhi mood, perasaan dan emosi, ia juga banyak dikaitkan dengan perubahan fisiologi. Contohnya, warna-warna tertentu boleh meningkatkan tekanan darah dan keletihan mata. Sementaranya, warna yang lain boleh memberikan kesan perasaan yang tenang dan meningkatkan tenaga.

 

Rumah kediaman anda adalah lokasi yang paling penting di dunia kerana ia adalah tempat di mana anda berehat dan hidup dengan harmoni bersama keluarga anda. Kebanyakan masa kita dalam sehari adalah di dalam rumah. Oleh itu, pemilihan warna tirai yang sesuai teramat penting untuk rumah kediaman anda bukan sekadar estetika.

 

Walau bagaimana cantik dan unik setiap perabot dan perhiasan yang anda ada, apa yang paling penting adalah semua ini perlu saling melengkapi secara harmoni untuk meningkatkan nilai estetika rumah anda. Perkara Ini semestinya benar terutamanya untuk penggayaan tingkap dan warna dinding kerana ia adalah elemen reka bentuk yang paling ketara dan meliputi permukaan yang paling besar di rumah kediaman anda. Jika anda ada pemahaman yang lebih mendalam dalam psikologi warna, tugas untuk memilih warna untuk langsir akan menjadi lebih mudah untuk setiap bilik dan sudut.

 

Dengan tirai yang betul, ia pasti akan menceriakan serta menonjolkan nilai estetika dan stail anda. Namun, dengan begitu banyak warna yang tersedia, ianya mungkin akan mengelirukan dan menjadikannya keputusan yang sangat sukar untuk dibuat. 

 

Jika anda ingin tahu cara memilih warna tirai yang melengkapkan suasana dan ruang anda, teruskan membaca untuk mengetahui petua padanan warna langsir untuk membantu anda mencipta rumah yang sempurna. 


Warna Tirai dan Kesannya Terhadap Psikologi Manusia

Image

Opera / Collection

Tirai Merah

Warna merah sering dikaitkan dengan tenaga yang tinggi - kehangatan, kebahagiaan, keberanian dan semangat kekuatan. Warna merah menunjukkan tenaga bersemangat, merangsang dan mengujakan dengan hubungan yang kuat dan peningkatan selera makan, serta metabolisme. Merah memberi tenaga dan mengujakan, mendorong kita untuk bertindak. Ia juga boleh memberi keyakinan kepada mereka yang pemalu atau kurang kemahuan, menjadikan tirai berwarna merah, warna yang amat sesuai untuk digunakan di ruang tamu. Ianya juga mampu menceriakan ruang tamu dan menjadi ia lebih tinggi dalam nilai estetika. 

ImageCallout

Content SDK component is missing React implementation. See the developer console for more information.

Image

Bright / Collection

Tirai Kuning

Warna kuning memberi kesan perasaan kegembiraan, ketenangan malah keceriaan. Ianya juga memberi erti kehangatan dan rasa bahagia dan seolah ingin menimbulkan hasrat untuk bermain. Dengan kata lain warna ini juga mengandungi makna optimis, semangat dan ceria. Dari sisi psikologi warna kuning dapat merangsang aktiviti fikiran dan mental. Di samping itu warna kuning juga membawa erti sinaran dan ketegasan.Sama seperti warna oren, warna kuning menggalakkan rasa positif, persahabatan, kecekapan dan kebahagiaan. Dapur dan bilik tetamu adalah ruang yang sesuai untuk menggantung tirai kuning, kerana ia serta-merta mencerahkan mood anda dan membuatkan anda berasa lebih bertenaga. Jika anda ingin menggunakan warna kuning sebagai warna tirai di dalam bilik tidur anda, pilih warna kuning matahari terbenam atau warna kuning lembut yang lain.

ImageCallout

Content SDK component is missing React implementation. See the developer console for more information.

Image

Innovation / Collection

Tirai Hijau

Warna hijau melambangkan identiti alam oleh itu ianya memberi aura ketenangan, kesegaran dan keseimbangan. Mengikut pandangan psikologi, warna hijau mampu membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan dan menggalakkan keterbukaan dalam komunikasi. Seperti tirai biru, tirai hijau juga adalah warna yang sesuai untuk digunakan di bilik tidur - di mana warnanya memancarkan ketenangan, menggalakkan tidur yang lebih lena dan juga menjadikan bilik kelihatan lebih luas dari realiti. Ianya juga boleh menenangkan mata dan sesuai untuk ruang yang memberi tumpuan kepada istirahat dan kesejahteraan. Tambahan lagi, ia boleh membantu dalam mengurangkan kebimbangan kerja. Oleh itu, langsir hijau juga amat sesuai jika anda memiliki pejabat dalam rumah.

ImageCallout

Content SDK component is missing React implementation. See the developer console for more information.

Image

Billion / Collection

Tirai Ungu

Makna psikologi ungu berbeza-beza bergantung pada sesuatu individu, tetapi ia sering dikaitkan dengan rasa misteri, kebijaksanaan, diraja, kemewahan dan kerohanian. Oleh kerana warna ungu adalah gabungan warna bertenaga tinggi (merah) dan warna menenangkan (biru), ia boleh menjadi warna yang memberi tenaga dan menenangkan bergantung pada cara ia digunakan. Apabila digunakan dengan betul, ia juga merangsang kreativiti dan membantu mencipta suasana kerja yang menyenangkan, menjadikannya tirai berwarna ungu sesuai untuk bilik belajar dan pejabat rumah. Walaupun tirai ungu tua menjadikan ruang tamu kelihatan bersemangat, ungu lebih terang seperti ungu dan lavender mempunyai kesan menenangkan pada bilik tidur anda.

ImageCallout

Content SDK component is missing React implementation. See the developer console for more information.

Image

Wisdom / Collection

Tirai Coklat

Warna coklat adalah salah satu warna berunsur bumi dan semula jadi membangkitkan rasa kekuatan dan kebolehpercayaan. Walaupun dominasi warna ini akan menimbulkan kesan yang hangat, ia juga memberi mood yang nyaman dan aman. Kelebihan lainnya adalah warna coklat mampu memberikan aura moden, dan mewah kerana warna ini amat hampir dengan warna emas. Dari segi estetik, dalam segi memilih warna tirai, ia amat disyorkan untuk memadan dengan hiasan dalaman yang lebih terang supaya ruang tidak kelihatan menjemukan dan membosankan. Untuk stail yang lebih neutral, anda juga boleh memadankan tirai berwarna coklat dengan hiasan dalam yang berwarna lembut ataupun warna ringan seperti kayu semula jadi. Warna ialah alat komunikasi yang amat kuat yang sering digunakan untuk memberi isyarat tindakan, mempengaruhi mood, dan juga memberi kesan kepada tindak balas psikologi. Walaupun persepsi warna agak subjektif untuk setiap orang, beberapa kesan warna diiktiraf secara universal. 

5     Tips Lain Yang Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Memilih Warna Tirai

  1. Bagaimana rupa, reka bentuk dan dekorasi bilik anda sekarang? Anda perlu bermula dengan menyelaraskan rekaan dan stail tirai pilihan anda dengan hiasan bilik. Adakah gaya reka bentuk anda tradisional, moden, mewah, beralun atau bercorak? Ini adalah satu pertimbangan yang sangat penting semasa memilih warna tirai. Contohnya, ruang kontemporari memerlukan fabrik dan warna yang lebih ringan manakala bilik formal akan kelihatan lebih elegan dengan fabrik yang berat dan warna yang lebih gelap. Saiz bilik juga memainkan peranan yang besar semasa memilih warna langsir. Jika anda mempunyai saiz bilik yang kecil, warna monokrom terang adalah pilihan yang terbaik untuk memberikan ilusi ruang yang besar.
  2. Adakah anda seseorang yang sering menukar hiasan rumah? Jika jawapan anda adalah ya, anda perlu memahami bahawa kos untuk menukar tirai boleh menjadi tinggi. Oleh itu, anda mungkin mahu memilih warna tirai yang lebih neutral supaya boleh hias dengan mudah kerana warna neutral seperti putih senang sepadan dengan warna lain. 
  3. Adakah anda ingin menyerlahkan atau mengecilkan peranan tirai anda untuk bilik tertentu? Peranan warna boleh menonjolkan tirai dengan menggunakan warna yang lebih dominan, sebaliknya warna lembut membantu menonjolkan hiasan dalam yang lain. Ketebalan fabrik juga akan membantu untuk menyesuaikan peranannya dalam hiasan rumah kediaman anda. Pertimbangan yang lain termasuk pemandangan di luar bilik tertentu - sama ada anda ingin melihat pemandangan luar yang lebih baik. Warna dan ketebalan fabrik tirai boleh meningkatkan pemandangan di luar, tetapi bagaimana jika tingkap anda menghadap ke tong sampah jiran? Warna tirai nipis atau neutral yang sebati dengan dinding anda boleh membazirkan manfaat semula jadi yang melembutkan suasana.


Image

Mex / Collection

Acacia Fabrics: Peneraju Fabrik Asia Tenggara

Seandainya anda masih memiliki pertanyaan atau permintaan, anda boleh terokai sahaja gudang fabrik terbesar Asia Tenggara, iaitu Acacia Fabrics yang menawarkan pelbagai jenis fabrik bahan mesra alam dengan corak dan tekstur pelbagai semestinya mampu menepati kelas anda. Selain itu, anda juga boleh sahaja hubungi nombor dalam talian dan bercakap dengan pegawai profesional Acacia Fabrics yang sentiasa bekerja keras memberikan sepenuhnya komitmen dalam memastikan pelanggan menemui fabrik pilihan mereka.

Kesimpulan

Walaupun pemilihan warna tirai anda boleh dibuat dengan mengikuti petua yang tertera di atas, ia juga sangat bergantung pada pilihan peribadi anda seperti gaya hidup setiap ahli keluarga anda, fungsi bilik dan gaya. Adalah baiknya anda juga menyediakan kajian tersendiri mengenai konsep hiasan dalaman rumah anda sebelum memilih warna tirai untuk rumah.

Jadi, ayuh mulakan kembara anda dengan memilih warna fabrik dari Acacia Fabrics dan alami peningkatan kehidupan yang menakjubkan di dalam rumah dengan pilihan terbesar fabrik mesra alam di Asia Tenggara. 

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co