by Izzul Iqran Bin Rahim
Dalam kita memasuki era baharu dalam kehidupan kita, sudah semestinya kita mahukan perubahan dalam gaya hidup masing-masing tak kiralah jika anda menukar kerja baharu, membeli kereta terkini termasuklah memperbaharui desain langsir di rumah anda juga perlulah mengikuti tren peredaran semasa. Semestinya dalam kita menuju ke tahun 2024 ini, pelbagai inovasi desain langsir telah dilahirkan demi memenuhi keperluan semasa pemilik kediaman. Dalam pasaran dan industri pembuatan langsir, desain langsir telah mengalami perubahan yang besar untuk memberi impak yang lebih besar kepada penggayaan kediaman kita. Malah desain langsir pada tahun 2024 bukan sahaja menumpukan pada cita rasa penggayaan malah fungsi yang lebih praktikal untuk pemilik kediaman menikmati gaya hidup yang lebih bergaya dan menyenangkan. Sebagai contoh, kehadiran langsir pintar telah merevolusikan fungsi langsir menjadi lebih automatik di mana anda kini boleh mengawal keterbukaan dan penutupan langsir anda hanya menggunakan alat kawalan jauh.
Namun kali ini, Acacia Fabrics ingin berkongsi kepada anda, pemilik kediaman di rumah salah satu elemen penting yang juga mengalami revolusinya tersendiri dan sering diendahkah oleh pemilik kediaman terutamanya di Malaysia, iaitu tren warna dalam langsir dan apa warna yang hangat pada tahun 2024 ini. Apabila anda memilih desain langsir 2024 terkini anda, adalah penting untuk anda mempertimbangkan skema warna. Ini adalah kerana warna langsir anda bukan sahaja sangat penting, malah ianya mampu pengaruhi emosi anda atau membangkitkan mood yang tertentu.
Tahukah anda, pilihan warna langsir yang anda pilih memiliki maksud psikologi di sebaliknya? Dan setiap darinya memiliki karateristik yang unik dan mampu menyerlahkan sentuhan cita rasa yang anda ingin bawakan dalam konsep hiasan dalaman rumah anda.
Sebelum kita menjelajah atau menerokai lebih mendalam trend warna langsir yang hangat pada tahun 2024, ayuh kita lihat bagaimana warna tertentu mampu menyerlahkan suasana atau mood yang anda cari.

Vineyard / Collection
WARNA MERAH: ROMANTIK & DRAMATIK
Pertamanya bagi langsir berwarna merah melambangkan warna yang lebih berani dan bertenaga. Selain daripada itu, warna merah juga mampu membangkitkan mood keberahian, keseronokan dan intensiti. Langsir berwarna merah mampu meningkatkan sentuhan dramatik kepada sesuatu sudut, namun jika digunakan terlalu melampaui, ianya menjadi keterlaluan. Merah mungkin bukan warna yang lebih elok untuk digunakan di ruang tamu kerana ianya mampu membangkitkan mood yang lebih berahi dan romantik. Tetapi langsir berwarna merah memang terbaik untuk digunakan di dalam bilik tidur sesuai untuk pasangan yang ingin tingkatkan suasana lebih romantik dan sensual dengan lebih bertenaga.

Majestic / Collection
Langsir berwarna oren menampilkan sisi yang lebih hangat dan warna yang lebih menjemput yang mampu mencipta atmosfera yang lebih selesa dan harmoni. Langsir berwarna oren juga adalah pilihan termantap untuk digunakan di sudut ruang tamu atau sudut makan, di mana tujuan sudut itu dicipta untuk menjadikan persekitaran untuk bersosial bersama orang tersayang dan sesuai tak kira umur. Walau bagaimanapun, langsir berwarna oren juga dipercayai mampu merangsang selera makan, menjadikan salah satu pilihan warna yang hebat untuk digunakan di dapur dan tempat sarapan. Walau bagaimanapun seperti langsir berwarna merah, langsir berwarna oren juga mampu menjadi keterlaluan apabila digunakan secara berlebihan. Oleh itu adalah penting untuk anda mengimbangi langsir berwarna oren bersama warna lain seperti putih atau hitam.

Marmont / Collection
Langsir berwarna kuning menyerlahkan warna yang lebih optimistik dan ceria yang mampu mencipta persekitaran yang lebih meriangkan dan menceriakan. Langsir berwarna kuning adalah pilihan terunggul untuk digunakan di dalam sudut seperti bilik tidur kana-kanak atau pejabat dalam rumah anda, di mana galakan pemupukan dalam kreativiti dan produktiviti. Langsir berwarna kuning juga mampu merangsang minda dan membantu dalam penumpuan dan membangkit mood untuk bekerja keras. Walau bagaimanapun, langsir berwarna kuning mampu menjadi terlalu terang dan terlalu kuat jika digunakan secara berlebihan. Jadi adalah penting mengimbangi langsir berwarna oren dengan warna yang lain.

Grove / Collection
Langsir berwarna hijau yang mendamaikan dan menenteramkan mampu mencipta suasana kediaman yang lebih tenang dan harmoni. Langsir berwarna hijau adalah pilihan terbaik untuk bilik tidur dan dalam tandas, di mana atmosfera merehatkan dan ketenangan didambakan. Langsir berwarna hijau juga membangkitkan perasaan semula jadi dan proses pembesaran menjadikannya warna yang unggul untuk digunakan dalam pejabat rumah atau ruang tamu. Walau bagaimanapun, langsir berwarna hijau juga membantu menjadikan rumah anda lebih sejuk.

Life / Collection
Langsir berwarna biru melambangkan warna menenangkan dan mendamaikan bagaikan langit dan air laut. Langsir berwarna biru amat sesuai digunakan dalam bilik mandi dan kamar tidur untuk membantu membangkitkan mood yang lebih tenang. Langsir berwarna biru juga menarik perasaan kepercayaan dan keselamatan lantas terbaik juga untuk dipasang di pejabat rumah dan ruang tamu. Walau bagaimanapun, anda seharusnya perlu mengimbanginya dengan warna yang lebih hangat.

Raider / Collection
Langsir berwarna ungu mencetuskan warna yang lebih mewah dan canggih selain berfungsi untuk membangkitkan suasana yang lebih elegan dan agung. Langsir berwarna ungu juga menjadi pilihan hebat untuk digunakan dalam bilik tidur dan ruang tamu. Langsir berwarna ungu juga menyerlahkan sisi berani yang mewah malah mampu merangsang persekitaran kondusif untuk kreativiti dan produktiviti lantas menjadikan pilihan terbaik juga untuk pejabat dalam rumah atau bilik belajar. Walau bagaimanapun, langsir berwarna ungu mungkin menjadikan sesuatu sudut gelap jika warna ungu digunakan secara berlebihan. Sebab itu, penting untuk anda imbanginya dengan warna yang lebih terang.

Transit / Collection
Langsir berwarna putih melakarkan warna yang bersih dan suci yang mampu mencipta suasana yang berangin dan terang. Langsir berwarna putih sesuai diaplikasikan dalam bilik tidur atau bilik mandi. Langsir berwarna putih juga mampu membangkitkan mood dengan sentuhan yang lebih minimalis dan tenang, menjadikan pilihan hebat untuk digunakan di ruang tamu dan sudut makan. Walau bagaimanapun, jika warna langsir anda terlalu putih mungkin ianya tidak sesuai digunakan pada dinding yang sama warna di mana langsir anda mungkin tidak menyerlah.
Berdasarkan informasi di atas, jelas terbukti warna langsir anda sememangnya mempengaruhi penggayaan hiasan dalaman rumah anda kerana setiap warna langsir memiliki fungsi tersendiri dan mampu membangkitkan suasana atau mood yang tertentu. Setelah kita fahami konsep warna langsir dalam penggayaan hiasan dalam rumah anda, sudah masanya untuk kita terokai penggayaan langsir dan warna yang tengah hangat digunakan oleh setiap pemilik kediaman di pelusuk dunia dan di Malaysia sendiri.
WARNA NEUTRAL DAN TONA BUMI
Tren yang kini hangat dan popular dalam industri langsir dan hiasan rumah adalah konsep minimalis. Daripada menggunakan langsir yang kelihatan tebal dan besar, pemilik kediaman kini lebih gemar menggunakan langsir dengan rekaan tidak keterlaluan. Langsir dengan rekaan elegan dan minimalis seringkali dipakai kerana ianya mampu menyerlahkan penumpuan butiran elemen selain langsir di dalam rumah anda.

Zeal / Collection

Jamboree / Collection

Eco Stripe / Collection
WARNA BERBEZA-BEZA
Konsep langsir dwi tona warna juga telah berjaya meluaskan pengaruhnya pada tahun 2024 ini. Rekaan konsep dwi tona warna yang ‘Simple’ namun menarik hati serta moden menawarkan warna yang lebih shaded seperti merah, biru, hijau ataupun warna ungu ataupun warna base kosong yang kemudiannya akan dilapiskan dengan langsir dengan warna yang berbeza. Konsep langsir dwi tona 2024 juga dilengkapi dengan warna rekaan blok di mana separuh atau hujung langsir anda memiliki warna yang berlainan.

Radiant / Collection
WARNA MONOKROMATIK & NEUTRAL
Konsep langsir dua lapis terdiri daripada dua langsir yang digantung pada panel langsir dan digabungkan bersama, menambahkan penggayaan dan membantu menghalang sinaran matahari daripada memasuki rumah anda. Antara kombinasi fabrik popular untuk langsir dua lapis adalah langsir kapas dan tulle, langsir sutera dan velvet atau linen, jute, dan langsir fabrik sisal untuk estetik yang lebih seperti tona bumi.
Jadi warna monokromatik iaitu warna dengan shade berbeza selalu digunakan untuk konsep langsir dua lapis. Warna-warna monokromatik terdiri daripada satu warna tetapi memiliki shade yang berbeza sebagai contoh warna perang. Terdapat warna perang tua atau perang muda berdasarkan shade yang berbeza. Antara warna monokromatik utama langsir dua lapis adalah warna merah, ungu, hijau dan biru.
Konsep rumah pintar telah meningkat tahun dalam beberapa tahun ini terutamanya tahun 2024 dan tetingkap rumah juga telah diintegrasikan teknologi pintar. Tahun 2024 menampakkan peningkatan permintaan bagi langsir tetingkap berautomasi dan memiliki motor dan boleh dikawal menerusi alat kawalan jauh, aplikasi dalam telefon atau arahan suara. Antara fungsi terkenal langsir pintar adalah ianya mampu mengawal kemasukan cahaya sinaran matahari secara automatik dan mengikut tempoh atau masa yang anda telah tetapkan. Bayangkan anda bangun pagi dan langsir anda telah dibuka sendiri, dan apabila anda hendak tidur, langsir anda boleh ditutup secara automatik.
Namun warna bagi langsir pintar selalunya tidak berubah dan seragam. Ini adalah kerana langsir pintar mementingkan fungsi teknologi lebih daripada gaya dan mood. Warna yang selalu digunakan untuk langsir pintar adalah warna-warna neutral produk berteknologi seperti warna kelabu, putih dan hitam. Tapi dalam tahun 2024, terdapat peningkatan permintaan untuk menambah ciri dan desain pada langsir pintar jadi hasilnya terdapat juga langsir pintar dengan warna-warna solid seperti perang, biru, merah dan hijau.
Pada tahun 2024 ini, sudah jelas lagi bersuluh warna langsir anda memainkan peranan penting dalam konsep penggayaan hiasan dalaman rumah. Dalam anda memilih jenis langsir apakah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam konsep hiasan rumah anda, anda juga perlu mempertimbangkan tona warna yang sesuai untuk jenis langsir yang anda dambakan. Keserasian warna dan jenis langsir anda pastinya mampu membangkitkan suasana atau menyerlahkan mood dalam konsep hiasan dalaman rumah anda. Jikalau anda memilih warna yang salah untuk langsir rumah anda, sudah pasti terdapat kecelaruan konsep yang ingin bawakan. Jadi adalah penting untuk anda membuat kajian sebelum memilih warna yang sesuai bagi langsir anda. Sekiranya anda membuat kesilapan dalam memilih warna yang sesuai untuk langsir anda, segala pelaburan anda semestinya tidak akan membuahkan hasil dan pastinya tidak mampu memberikan anda ketenangan minda dan ketenteraman jiwa.
Acacia Fabrics: Peneraju Pengeluar Fabrik Langsir terkemuka Asia Tenggara
Sekiranya anda masih tidak pasti warna yang sesuai untuk langsir anda dan konsep hiasan dalam rumah anda, hubungi sahaja pihak profesional Acacia Fabrics dan pihak kami sedia membantu anda membimbing dan memberi nasihat sehinggalah anda mendapatkan warna dan fabrik langsir yang bertepatan dengan cita rasa anda. Bukan itu sahaja, kami juga memiliki katalog fabrik terbesar di Asia Tenggara dengan variasi pilihan warna yang pastinya mampu memikat hati anda. Selain daripada menumpukan pada kualiti fabrik dan warna yang menarik hati, pilihan fabrik kami juga dipertingkatkan dengan teknologi terkemuka seperti fibreGuard yang mampu menghalang tumpahan dan senang dibersihkan.
Tak kira di mana anda berada, anda boleh sahaja akses ke gudang kami dan menerokai pelbagai jenis fabrik yang mampu memberikan anda kepuasan tidak terhingga. Kunjungi sahaja kedai dalam talian atau luar talian kami dan pihak khidmat pelanggan kami sedia membantu anda memiliki langsir terbaik untuk konsep hiasan dalam rumah anda.
Rencana :
Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co