Apa itu Sofa Chesterfield dan Kenapa Anda Perlu Memilikinya di Kediaman Anda

25 April 2023

by WANA CHE UJANG

Sofa Chesterfield adalah sofa mewah yang dilengkapi dengan tempat letak tangan bergulung dan disulam dengan upholsteri. Secara tradisinya, sofa chesterfield selalunya adalah sofa kulit dengan warna gelap. 

Sofa Chesterfield mempunyai gaya, rupa dan rekaan yang sangat mudah dikenal pasti dalam dunia rekaan perabot. Dengan tempat letak tangan yang tinggi, dan upholsteri kulit adalah ciri-ciri paling terkenalnya yang telah wujud sejak 300 tahun yang lalu. Anda boleh lihatnya banyak di lokasi-lokasi seperti kelab lelaki budiman orang British dan sering diletak di bahagian hadapan dinding kayu, rumah aristocratic dan peniaga-peniaga golongan atas yang menjualnya kepada (Permaisuri Victoria dan Sigmund Freued adalah peminat utama, rujuk gambar 2), namun Chesterfield telah menjadi lebih daripada perabot, ia juga telah diadaptasi dalam ruang moden dalam beberapa abad ini.

Sofa Chesterfield adalah salah satu sofa paling popular dan sofa dengan reka bentuk paling terkenal. Malah sebenarnya, di Kanada (Penerima barang terbanyak empayar British), istilah chesterfield adalah berdasarkan rekaan sofa itu sendiri. Tapi jika anda tertanya apakah maksud sebenar-benarnya, secara ringkasnya, Sofa Chesterfield adalah sofa bersaiz besar yang dilengkapi dengan tempat letak tangan bergulung dan ketinggiannya hampir sama dengan tempat bersandar. Kebiasaannya Sofa Chesterfield telah disulam dan dijahit dengan upholsteri kulit gelap, dengan butang tuffing yang berfungsi untuk merapikan bentuk sofa tersebut. Kebanyakan Sofa Chesterfield moden dicipta untuk menyerlah dengan upholsteri kain atau velvet, kaki lebih tinggi dan tempat bersandar serta tempat letak tangan yang lebih nipis dan ramping.

Sofa Chesterfield juga adalah seperti tanda aras dalam dunia perabot sofa. Sofa chesterfield mempunyai asal-usul daripada British, dan sofa ini selalunya dilengkapi dengan kulit berwarna perang mewah dan telah berada dalam dunia berkurun lamanya namun masih relevan dari segi fungsi dan gaya malah menjadi objek yang dikagumi dalam era moden ini serta telah direka cipta semula beberapa kali dalam beberapa abad ini. Sofa Chesterfield telah kembali membuat kemunculan pada waktu kini. Dahulunya Sofa Chesterfield sering dipaparkan dalam suasana set perpustakaan, kini Sofa Chesterfield mampu menyerlahkan kesegaran dan tampil elegan dengan memberikan cita rasa tradisi dan klasik dalam ruang kediaman moden.

Ciri-ciri klasik sofa chesterfield hadir dengan kusyen berumbai, dan tempat letak tangan dan bersandar yang sama ketinggiannya. Versi tradisional pula mempunyai tempat tangan bergulung dan dilengkapi dengan platform kaki berkayu.

Pereka hiasan dalaman pada zaman ini sering menggabungkan sifat sofa tradisional chesterfield dengan subjek dan hiasan moden, malah menggunakan sofa versi yang dinaik taraf. Sofa chesterfield baharu memaparkan dan mengutamakan warna, tekstur dan jalur, dengan bermain ciri tradisional tapi pada masa sama menyerlahkan cita rasa terkini. Sofa Chesterfield sangatlah popular dalam bilik eclentic moden, di mana gabungan antara gaya dalam era berbeza amatlah penting. Yang utamanya, sofa chesterfield adalah peneraju dalam dunia sofa kerana mereka tiada masalah untuk dipadankan dengan apa jua situasi, di mana jua, malah mencantikkan suasana yang suram.

Sebelum anda mengambil keputusan nak bawa pulang Sofa Chesterfield, jom kita fahami tentang asal-usulnya terlebih dahulu.

Suede / Collection

Suede / Collection

Sejarah Sofa Chesterfield

Pada pertengahan abad ke 18 sememangnya adalah waktu kemuncak kemunculan sofa-sofa dengan reka bentuk baharu. Sofa hanya didapati pada era 1690. Sebelum itu, sofa hanya dikenali sebagai kerusi atau tempat duduk, kerana pada masa itu keselesaan bukanlah keutamaan utama ketika memilih perabot rumah sehinggalah pada 1700. Satu reka bentuk sofa mula jadi popular di Perancis pada tahun 1770s yang dikenali sebagai “paphose’, atau “turqoise” (dua nama yang diambil daripada perkataan Turki, yang sama maksudnya dengan sofa) di mana terdapat tempat letak tangan beralur melengkung. Walaupun tempat letak tangan tersebut tingginya tidaklah sama pada tempat bersandar, namun adanya kesinambungan pada reka bentuk dan pengguna boleh rasa selesa bila duduk yang juga sama seperti Chesterfield. Jadi memang tiada ragu bahawa sofa chesterfield berasal daripada era kegemilangan Philip Stanhope.

Mengikut bukti yang ada, sofa chesterfield telah dicipta semenjak abad ke 18 lagi, di mana ketika itu Lord Phillip Stanhope (Rujuk gambar 3) diangkat sebagai pengerusi Earl of Chesterfield. Selepas cerita demi cerita, keluarga Earl telah menjadikan rekaan sofa pertama yang sekarang kita kenali sebagai “Chesterfield”. Walau bagaimanapun, terdapat perbalahan bahawa Earl adalah orang yang bertanggungjawab dalam rekaan sofa chesterfield yang wujud pada hari ini. Jenis butang tuffing yang kita boleh lihat pada sofa chesterfield tidaklah wujud sehinggalah pada kurun ke 19, apabila permintaan perabot yang selesa dan menarik menjadi rebutan orang-orang pertengahan kelas. Lantas, spring bergelung telah dipatenkan pada tahun 1828, lalu mencipta revolusi dalam pembuatan kerusi yang empuk, dan tuffing adalah cara terunggul dan efektif dalam memastikan bulu kuda dijahit dan disulam secara kemas pada tempatnya.

Namun ia mengambil lebih daripada tuffing untuk mentakrifkan Sofa Chesterfield. Ciri-ciri chesterfield yang pertama dan sebenar adalah tempat letak tangan yang tinggi, bergulung dan lebar yang luas. Walaupun kemunculannya diragui sama ada daripada abad ke 18 atau 19, sofa chesterfield seakannya telah mengadaptasi dirinya untuk menjadi versatil dalam ruang kediaman moden. Permintaannya semakin hari semakin meningkat walaupun ianya telah lama berada dalam peta dunia. Siapa sangka, permintaan terhadap sofa ini telah merebak sehingga ke pelusuk dunia? Sehinggalah ke hari ini, masih ramai yang mendambakan sofa ini berada dalam ruang tamu kerana ia menyerlahkan kemewahan seperti di istana. Tetapi semuanya bermula dengan Earl, yang mengikut sejarah, ramai mengangap beliau sebagai “trendsetter” pada zaman itu sendiri. Dia dikagumi oleh serata rakyat jelata kerana penulisannya tentang adab dan masyarakat, iaitu Letter to his son. Selepas kisah Earl menghadiahkan Sofanya kepada cucunya tersebar, menjadi besar dan telah sampai ke semua orang, satu fenomena telah lahir. Yang sekarang dikenali sebagai Sofa Chesterfield.

Pada hari ini, Sofa Chesterfield dikenali sebagai sofa elegan dan bersinonim dengan kelas, dan cukup mewah untuk diletakkan di ruang belajar atau perpustakaan dalam ruang, ia juga sesuai dengan gaya hidup moden.

9 Panduan Untuk Memilih Sofa Chesterfield Termantap!

Sofa chesterfield adalah salah satu gaya sofa tertua yang dikehendaki dan didambakan oleh ramai orang di dunia. Dikenali sebagai “Raja Sofa”, sofa chesterfield berfungsi memberikan gaya keunggulan dan keselesaan sama ada di rumah atau di pejabat. Boleh didapati dalam bentuk sofa, kerusi tempat rehat tangan, tempat duduk, sofa keratan, ada banyak cara untuk dipertimbangkan apabila tiba masanya untuk memilih Sofa Chesterfield terbaik dan sempurna. Berikut adalah 10 panduan untuk anda memulakan kembara memilih sofa chesterfield idaman anda.

Opaline / Collection

1. Keselesaan Itu Keutamaan

Membuat keputusan untuk membeli sofa dengan gaya klasik tidak semestinya anda perlu ketinggalan dalam menentukan keselesaan. Kami menggalakkan anda untuk mencuba duduk dahulu atas sofa chesterfield yang anda di pasaran dan alami ketidakselesaan sebenar dan tahu yang mana satu lebih selesa. Di Acacia Fabrics, kami amat menitikberatkan pilihan fabrik dan kualiti Sofa chesterfield yang direka dengan menggabungkan rekaan klasik dan fungsi moden bagi anda merasai keselesaan pada tahap maksima. Sementara pesaing kami menggunakan bahan yang tidak berkualiti, kami memilih bahan yang kami tahu mampu memberikan keselesaan dalam seharian dan memberikan sokongan yang mantap bila anda duduk atas sofa chesterfield dan tahan untuk bertahun lama agar anda tidak perlu rasa bimbang dan tenang bila anda pulang dari kerja atau keluar.

Opaline / Collection

2. Rekaan Sekata & Sepadan

Sofa chesterfield memang boleh memberikan impak maksima. Sebab itu Sofa Chesterfield digemari ramai. Tapi tanpa reka bentuk yang sekata, penampilan yang menyerlah akan mencuri lebih perhatian daripada ruang kediaman anda. Untuk memberikan keseimbangan yang sekata, apa kata anda pertimbangkan untuk kain linen dengan elemen moden atau bahan yang kelihatan seperti telah lama. Gabungkan perabot dan seni dengan warna yang terang, dan cuba bereksperimen dengan karpet juga.


Salah satu posisi yang terbaik untuk anda meletakkan sofa chesterfield adalah dengan meletakkannya di tengah-tengah ruang kediaman anda. Di bahagian belakang sofa biasa, rupanya agak janggal dan anda harus menutupnya dengan dinding. Namun bagi sofa chesterfield, rupa bentuk belakangnya yang bergulung kelihatan sangat menawan jika dari belakang. Ciri ini sangatlah hebat untuk mencipta ruang untuk berbual atau lepak bersama sesiapa sahaja dengan Kawasan yang cukup luas. Sofa Chesterfield anda tidak akan menutup seluruh ruang tamu anda, namun ia masih mampu mentakrifkan ruang itu sebagai ruang utama. Ciri unik ini menjadi sebab utama yang menarik mengapa setiap lobi di butik hotel dilengkapi dengan sofa yang nampak mewah dan bergaya ini.

Mantra_Sofa_Chair_1000x1000

Mantra / Collection

3. Kembalikan Klasik

Sofa Chesterfield mempunyai sejarah yang lama dengan upholsteri velvet hitam – tona permata seperti ruby merah, deep biru dan emerald hijau, atau cendawan perang. Warna- warna ini bersama dengan penampilan mewah velvet, memang sempurna apabila digabungkan dengan cita rasa klasik. Bagi sofa chesterfield berkulit pula, tona permata atau neutral gelap dalam sulaman kulit menyerlahkan penampilan klasik yang tak lapuk dek zaman.

Mantra / Collection

4. Moden Kontemporari

Jika anda ingin cuba meletakkan Sofa Chesterfield di ruang kediaman dengan persekitaran moden, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk memilih warna yang lebih terang dan jelas seperti oren, biru terang atau merah terang, ataupun warna neutral yang lebih terang seperti kelabu, putih serta linen. Warna-warna yang lebih terang ini akan menghalang Sofa Chesterfield anda daripada tampil lebih suram dalam ruang kediaman yang lebih gelap dan moden.

5. Buat Pilihan Upholsteri

Gaya tradisional tidak seharusnya dilengkapi dengan kebimbangan tradisional juga. Pada zaman sekarang, terdapat banyak pilihan fabrik termaju yang boleh didapati dan memberikan kelembutan yang sama sebagai contohnya kapas tenun, yang hebat dan tahan lama serta kalis pada kotoran dan pudaran matahari. Memiliki sofa fabrik tidaklah semudah yang dijangka, namun di Acacia Fabrics, kami mempunyai pilihan fabrik terbaik untuk segala keperluan anda. Sofa Chesterfield memang nampak unggul dengan upholsteri fabrik yang mantap!

Mantra / Collection

6. Kaki yang Betul

Sofa Chesterfield selalunya dilengkapi dengan hiasan kaki kayu yang bergaya. Kaki kayu berpusing adalah kaki paling biasa di pasaran, diikuti dengan kaki sanggul, yang sesetengahnya ada panel, dan beroda. Tapak empat segi kebiasaannya sesuai untuk ruang kediaman moden. Kaki sofa chesterfield ada dengan pelbagai pilihan daripada tinggi 4 inci sehingga ke 6 inci. Jika anda mahukan sesuatu yang unik, anda boleh pilih gaya kaki yang berbeza malah warnanya juga boleh dipilih. Jangan terburu-buru, setiap aspek adalah penting, sehinggalah ke kaki Sofa Chesterfield.

Sofa in Acacia Fabrics Gallery

7. Ukuran Yang Betul

Anda perlu ingat bahawa Sofa Chesterfield adalah salah satu perabot yang penting! Walaupun sofa chesterfield mempunyai ruang bersandar yang lebih rendah dan tempat letak tangan bergulung, kerana itu menjadikannya lebih tidak menonjol daripada sofa lain. Tempat letak tangannya ditambah panjang sofanya sahaja sudah berukuran 11 inci, jadi adalah penting untuk anda memiliki sofa yang lebih panjang untuk anda memiliki tempat duduk yang lebih luas agar ramai orang mampu menikmati keselesaannya. Jika anda memiliki ruang kediaman yang lebih kecil, anda patut mempertimbangkan ukuran yang betul agar anda tidak rasa sempit!

Sofa in Acacia Fabrics Gallery

8. Tahu Untuk Tukar Pilihan

Pada zaman sekarang, Sofa Chesterfield boleh ditukar mengikut cita rasa anda. Di Acacia Fabrics, anda boleh menentukan pelbagai jenis pilihan fabrik dan warna untuk anda padankan dengan sofa chesterfield anda. Selain itu, anda juga boleh pilih rekaan sulaman dan upholsteri serta kami boleh memastikan semuanya dipilih mengikut keperluan kediaman anda. Jika anda sudah memiliki Sofa Chesterfield, anda juga boleh menaik taraf fabriknya dengan Acacia Fabrics untuk mendapatkan sentuhan dan nafas baharu kepada Sofa Chesterfield anda. Ia tidak berhenti pada itu sahaja, di pasaran pelbagai jenis saiz, gaya kaki, warna dan corak tufting malah kedalaman tempat duduk juga boleh dipilih atas dasar cita rasa anda. Kusyen tempat duduk juga boleh dipilih mengikut fungsinya sama anda inginkan Sofa Chesterfield anda berfungsi sebagai sofa pejabat ataupun sofa di ruang tamu. Jangan terkejut, terdapat juga Sofa Chesterfield yang berfungsi sebagai tempat tidur. Jadi setiap ciri perlulah mengikut fungsi dan cita rasa yang anda dambakan agar anda tidak menyesal apabila sudah membuat pembelian

9. Hubungi Kami!

Di Acacia Fabrics, kami mempunyai pakar-pakar bidang yang tahu lebih lanjut tentang Sofa Chesterfield. Anda juga boleh menerokai pilihan meluas fabrik kami mengikut cita rasa anda agar anda boleh padankkan dengan Sofa Chesterfield baharu anda. Layari laman web kami di Acacia Fabrics untuk info lanjut dan pengawai berdedikasi kami sedia membantu anda di sepanjang perjalanan anda memburu sofa chesterfield pertama anda! Selamat memiliki Sofa Chesterfield!

Suede / Collection

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co