Panduan Padanan Warna Dan Reka Bentuk Fesyen Langsir Terkini

15 Oktober 2019

by IZZUL IQRAM

Adakah kediaman anda berkonsepkan moden terkini? Jika ya, sudah pasti pilihan perabot dan reka bentuk kediaman anda berteraskan cita rasa moden terkini yang diserlahkan dengan gaya minimal dan segar. Tapi bagaimana pula dengan langsir anda? Langsir anda juga perlu bersesuaian dengan konsep kediaman yang anda cuba bawakan. Untuk itu, sangat penting untuk anda ketahui fesyen langsir terkini agar anda tidak membuat kesalahan.

Terdapat banyak faktor yang memainkan peranan dalam menentukan fesyen langsir terkini. Tapi hari ini, kita akan memfokuskan pada aspek yang terpenting dalam dunia fesyen langsir terkini iaitu padanan warna dan pilihan reka bentuk langsir anda.

Liberate / Collection

Reka Bentuk Langsir

Perkara pertama sekali dalam membuat pemilihan fesyen langsir terkini, anda perlu ketahui reka bentuk langsir anda. Reka bentuk langsir anda akan memainkan peranan dalam pemilihan yang seterusnya seperti corak, warna dan kain yang akan anda gunakan.

1. Langsir bentuk Lambrequin:

Langsir Lambrequin adalah langsir dengan kain hiasan pada kepala langsir. Ia mempunyai lipatan, ruffles atau kain pada hujungya. Reka bentuk Lambrequin selalunya berbeza, elegan dan menawan hati. Tujuan utama Lambrequin adalah untuk menjadi penyelesaian hiasan kepada langsir kosong. Terdapat beberapa jenis Langsir Lambrequin seperti Svagi, Bando, Jabot, Kokilye, dan Perekida

 

2. Langsir bentuk Ruche

Langsir kecil dengan lebar luas. Terdapat rampaian kain yang berkumpul pada hujungnya. Langsir jenis ini selalu dipegang dengan pemegang lembut Pelmet.

 

3. Langsir bentuk Rolled

Langsir ini sedikit berbeza dengan langsir yang biasa. Langsir ini mempunyai mekanisme bergulung yang istimewa, di mana ia boleh melipat langsir tersebut dalam pergerakan berguling ketika ditarik. Selalunya langsir seperti ini diletakkan pada ruang dapur di mana senang untuk dikendali. Mekanisme bergulungnya mudah dikendali untuk pembukaan dan penutupan terus. Langsir jenis ini datang dengan warna dan bahan yang berbeza. Yang pasti, langsir ini bukan dihasilkan dari kain. Kebanyakan dari plastik polister atau besi.

 

4. Langsir Kapas atau tali (Muslin)

Langsir Muslin telah digunakan berkurun lamanya di negara-negara timur. Muslin terdiri daripada struktur tenunan benang yang berbeza. Langsirnya mengurai jatuh ke bawah. Manakala ketebalan kainnya sangatlah nipis dan bersifat satu per satu. Langsir ini mampu menyerlahkan sisi romantik dalam kisah cinta moden. Langsir ini kebanyakan diletakkan di bilik tidur. Ada juga yang diperbuat daripada sutera yang menyerlahkan pesona mewah barat.

Setelah memilih reka bentuk langsir moden terkini anda, sekarang anda boleh meneruskan panduan seterusnya iaitu memilih warna langsir yang betul.

Sardegna / Collection

Warna Langsir Moden

Pernahkan anda menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan warna langsir anda? Jika anda menghadapi situasi ini, ianya memang normal. Warna adalah perkara yang susah dan membebankan. Namun jika anda ikuti panduan ini, anda boleh buat pilihan yang betul. Jom kita pelajari panduan dibawah:

1. Fahami Persekitaran Anda

Perkara pertama sekali dalam menentukan warna adalah mengetahui apa konsep anda. Konsep terkini selalunya menekankan konsep minimal dan segar. Konsep minimal memberikan kawasan yang lebih luas. Oleh itu, anda perlukan warna yang lebih segar dan terang bagi menyerlahkan setiap sisi ruang kediamanan anda. Warna terang dan mendamaikan seperti hijau, putih dan biru laut terang boleh menjadi pilihan utama. Jika anda mahu menyerlahkan sisi mewah pula, warna anda seharusnya sedikit gelap namun tidak keterlaluan. Warna mewah seperti emas, merah garang, biru gelap adalah pilihan terbaik bagi konsep mewah moden. Namun persekitaran anda juga harus memainkan peranan. Sebagai contoh, jika sofa dan dinding anda tiada konsep mewah moden, anda tidak boleh memilih warna mewah moden untuk langsir anda. Kesimpulannya, setiap atur cara kediamanan anda menentukan pemilihan warna langsir anda. Jangan kelirukan orang luar dengan pilihan yang lari dari persekitaran anda.


2. Fahami motif atau corak langsir anda

Adakah langsir anda mempunyai corak? Jika begitu, apakah warna yang anda patut pilih? Perkara pertama sekali anda kena ketahui corak apa itu pada langsir anda? Jika corak anda berkisarkan alam semulajadi, corak paling terkenal dalam konsep moden terkini, seperti daun dan pokok, sudah pasti warna hijau menjadi pilihan. Namun, anda boleh menjadi sedikit kreatif. Alam semulajadi tidak perlu menjadi hijau semata-mata. Seperti bunga orkid, warnanya sedikit unik seperti merah jambu. Anda juga boleh campurkan seperti warna putih sebagai warna belakang utama dan motif pokok anda warna hitam atau hijau. Warna semulajadi anda tidak perlu terhad kepada satu warna sahaja. Banyak lagi warna motif dan corak langsir yang boleh anda terokai.


3. Gabungan Warna

Kadang-kala, anda boleh gunakan dua warna dalam satu set langsir. Kebanyakan langsir moden terkini bersifat berganda. Langsir tebal dihadapan dan nipis dibelakang adalah jenis langsir berganda. Selalunya langsir nipis berwarna putih manakala langsir tebal pula boleh menggunakan warna yang lebih gelap untuk lebih privasi.


Sardegna / Collection

Reka bentuk dan warna langsir adalah dua perkara utama yang menentukan “Gaya langsir anda”. Kedua-dua elemen ini perlu selari bagi menyerlahkan citarasa konsep fesyen langsir terkini anda. Sebelum memilih langsir, buat kajian terperinci dan tanya pakar hiasan dalaman. Diharapkan panduan ini mampu membimbing anda untuk membuat keputusan yang betul agar anda mempunyai kediaman berhiaskan langsir yang indah dan menawan.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co