Langsir Moden Serlahkan Dekorasi Rumah Terkini

8 Mac 2019

by IZZUL IQRAM

Selari dengan arus kemodenan, hiasan dalaman berkonsepkan moden seharusnya menjadi pilihan pemilik rumah masa kini. Gaya elegan, ringkas dan kemas dunia moden mampu menampilkan rumah idaman anda lebih menarik, malah luar biasa. Dari warna dinding, perabot dan paling penting, iaitu langsir, setiap satu darinya perlu menepati konsep moden menurut cita rasa anda agar hasilnya memuaskan hati.

Apabila berbicara tentang langsir moden, terdapat beberapa panduan dan keterampilan yang boleh anda terokai mengikut essential ‘konsep gaya moden terkini’ yang anda mahu terapkan pada hiasan rumah anda. Terdapat beberapa konsep moden yang kita boleh lihat, namun ini adalah antara dua konsep paling popular dan teratas dalam pilihan pemilik rumah masa kini.

Malta / Collection

Langsir Moden Dekorasi Ala Industri

Mungkin sesetengah orang tidak dapat menerima konsep ini kerana sentuhannya dianggap berbeza, seakan-akan pembinaan tidak siap. Namun lain pula bagi mereka yang tinggal di bandar. Mereka merasakan konsep ini berani, kreatif dan luar biasa. Ini kerana pemilihan warna monokromatiknya menyerlahkan sisi bebas dan keras malah barang hiasannya juga berdasarkan pembinaan seperti aluminium, kayu dan batu bata.

Langsir bergaya Loft adalah pemilihan terbaik buat konsep bandar-industri. Gaya Loft berasal dari abad 40an di Amerika Syarikat di mana ketika perindustrian kilang gergasi telah berpindah ke pinggir bandar. Ramai warga bandar mengambil kesempatan ini untuk membeli bangunan terbiar itu dan menukarkannya menjadi studio kreatif dan tempat tinggal tanpa mengubah ciri-ciri asal hiasannya.

Tingkap luas, berpanorama dan tinggi membuatkan langsir Loft sesuai untuk konsep ini. Kebiasaanya, langsir Loft menampilkan kekemasan yang lebih lembut dan ringkas tetapi dengan saiz dan ketinggian yang lebih besar dan tinggi. Selalunya, tetingkap bagi langsir Loft dibiarkan kosong untuk memberikan suasana yang lebih cerah dan unik. Tetingkap plastic mendatar atau tirai logam adalah pilihan terbaik. Namun, tetingkap rolling kayu tidak digalakkan untuk konsep ini.

Langsir Loft anda perlulah nampak sederhana dan semulajadi. Gaya klasik akan tenggelamkan konsep industri anda. Warna-warna langsir yang biasa seperti kelabu, putih atau kuning cair sangatlah digalakkan. Pemilihan warna ini adalah untuk membenarkan cahaya matahari masuk lalu menyerlahkan ruang tamu rumah anda.

Manakala di ruang dapur pula, semua bergantung pada reka bentuk tingkap anda. Jika tingkap anda jauh dari ruang memasak, maka anda boleh bingkaikan langsir Loft anda dengan langsir kelabu bagi memudahkan cahaya masuk. Anda tidak perlu risau tentang kotoran. Cahaya yang masuk pula mampu membuatkan ruang dapur anda lebih luas dan bebas.

Selain itu, lengkapkannya dengan panel pemadaman dengan pilihan langsir Loft mendatar. Dengan ini, anda mampu mempunyai privasi sewaktu masa makan yang romantis bertemankan cahaya lilin.

Malta / Collection

Langsir Moden Dekorasi Ala Moden Dan Kontemporari

Hiasan dalaman moden dan kontemporari adalah dua perkara berbeza, tetapi berfungsi dengan sama dalam menekankan aspek segar dan terkini. Konsep kontemporari sering menekankan perubahan mengikut arus trend. Manakala, konsep moden mempunyai nilai estetika tersendiri yang bercirikan warna neutral, hangat, seimbang dan segar. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai elemen yang sama iaitu terkini.

Bagi pemilihan langsirnya pula, konsep ini sangat menitik beratkan perincian yang lebih ringkas, minimal, plain dan tidak terlalu bercorak. Selalunya, langsir eyelet dan French pleat menjadi pilihan popular bagi konsep moden kontemporari. Langsir eyelet mempunyai cincin besi yang besar pada kain bagi mengikatnya pada besi panjang tetingkap anda. Berbeza dengan langsir tradisional yang masih menggunakan cangkuk besi “iron hook”.

Reka bentuk langsir ini juga mempunyai lembaran yang lebih lembut dengan lipatan lebih semula jadi agar nampak ringkas serta elegan. Pilihan fabrik dan warnanya juga lebih luas kerana terdapat banyak permintaan di pasaran. Apabila membuat pembelian langsir eyelet, anda perlu mendapatkan ukuran yang tepat iaitu ukuran yang mencecah lantai dan elakkan ukuran terlalu pendek.

Bagi langsir jenis French pleat, ia hadir dengan rupa tetingkap yang lebih berdekorasi. Langsir ini telah dijahit dan ditetapkan sebegitu rupa untuk menyerlahkan reka bentuk mewah dan asli. Semua jenis kualiti fabrik boleh digunakan untuk langsir jenis ini.

Kainnya juga lebih tebal berbanding langsir biasa. Anda juga boleh menggunakan langsir berganda yang lebih ringan untuk mendapatkan cahaya cerah semula jadi dan pada masa yang sama masih mempunyai privasi yang lebih tertutup pada langsir hadapan. Pemilihan warnanya pula lebih terarah kepada pilihan warna plain yang lebih tebal dan berani. Perincian ringkas padanya dapat menyerlahkan tema kemewahan yang dibawakannya untuk kediaman anda.

Jadi, ini adalah dua konsep langsir moden yang betul, praktikal dan mudah untuk diadaptasi di kediaman anda. Langsir yang sesuai sangatlah penting bagi menjelaskan lagi definisi konsep rumah anda.

Oleh sebab itu, anda perlu menjalankan sedikit kajian tentang factor-faktor lain seperti pemilihan warna dinding, perabot dan ruang untuk memudahkan anda membuat keputusan yang betul ketika membeli langsir idaman.

Langsir idaman anda seharusnya menyerlahkan aura unik dan tersendiri di setiap ruang rumah. Warna, fabric dan jenis tetingkap adalah beberapa ciri yang anda perlu teliti sebelum membeli langsir pilihan.

Jika anda masih tidak pasti untuk membuat pilihan langsir, anda boleh berhubung dengan pakar dekorasi professional di serata tempat. Kepakaran mereka boleh membantu anda menilai langsir terbaik dan mungkin dapat mengurangkan kos tidak perlu seperti kos kesilapan.

Davinci / Collection

Malta / Collection

Masih tercari-cari inspirasi langsir untuk menata hias bingkai dan tingkap di kediaman anda? Corak jalur yang akan sentiasa menjadi pilihan abadi anda yang tetap akan menarik perhatian ramai dapat disesuaikan dengan apa jua tema segar sepanjang tahun untuk ruang peribadi anda adalah jawapan yang muktamad. Bersantai di tempat kegemaran anda dengan fabrik koleksi Academy yang pasti akan menambah sentuhan yang maksima kepada tingkap anda. 

Atau pilih saja mana-mana dari koleksi Architectural Sheers, Belgravia, atau Brasilia. Fabrik pelbagai guna yang sesuai untuk dijahit sebagai langsir dan upholsteri akan melengkapkan idea kelengkapan rumah anda. Anda nampak semua fabrik yang berada di sana setia menunggu anda untuk membawa mereka pulang? 

Academy / Collection

Architectural / Collection

Kami gemar hiaskan fabrik-fabrik ini berdekatan dengan tingkap kami! Fabrik-fabrik ini dapat memberi nafas baru kepada bingkai tingkap kami yang membosankan dengan elemen tenunan rata dan desain polos setiap hari. Corak tenunan dan polos juga memeriahkan ruang kami dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Tona neutral membuatkan desain jalur dan polos kelihatan bersih pada setiap tingkap yang anda ada di rumah. 

Sebagai contoh, koleksi Akademi dihasilkan dengan berat hanya 200g/m ² yang menjadikannya sesuai sebagai salah satu pilihan kain ringan untuk sofa, kusyen dan juga langsir. Gabungkan warna-warna menarik ini dan anda tidak perlu bimbang untuk menggantikan fabrik ini kerana semua fabrik kami mempunyai warna yang tinggi ketahanan cahaya supaya fabrik kekal digunakan tanpa sebarang keraguan. Usah risau lagi. Tingkap, cahaya matahari yang cerah pada waktu pagi setiap hari dan fabrik kami akan sentiasa menjadi teman baik anda mulai hari ini!

Belgravia / Collection

Brasilia / Collection

Pilih fabrik hitam atau tona neutral seperti peach untuk dibuat langsir ‘sheer’? Kenapa tidak, bukan? Fabrik koleksi Buena Vista, sebagai contoh, sangat sesuai dan ideal untuk digunakan sebagai langsir kerana fabrik ini diperbuat daripada bahan yang jatuh dan ada efek ‘flowy’ penuh kepada setiap inci pintu kaca di setiap kediaman, sama ada pangsapuri, kondominium atau rumah banglo bahkan juga boleh menambah sentuhan untuk ruang pejabat anda yang kelihatan biasa dan membosankan itu. 

Langsir hitam koleksi Buena Vista malah langsir berwarna seperti koleksi Chintz, Copacabana dan Imagination akan lebih kelihatan jelas dan menjadi titik fokus pada ruang peribadi anda daripada kelengkapan rumah yang lain malah memberikan ruang anda kelihatan lebih luas dan dinding anda kelihatan lebih tinggi. Ini dapat memberikan sedikit ilusi kepada ruang tamu terhad anda! Pintu kaca tebal anda pasti dapat melengkapi hiasan moden anda. Langsir hitam dan elemen emas pada perabot rumah sangat sesuai dan menjadikan gabungan warna yang organik secara sempurna. 

Buena Vista / Collection

Chintz / Collection

Copacabana / Collection

Langsir ‘sheer’ membolehkan jumlah cahaya masuk yang cukup dari matahari yang memberikan anda beberapa ruang yang terang di dalam bilik. Tiada lagi langsir pudar dek cahaya kerana warna fabrik dari koleksi kami mempunyai ketahanan cahaya yang tinggi. Nilai belian fabrik ini berbaloi dan kurang bil penyelenggaraan - Yay! Reka bentuk fabrik yang ‘plain’ memberikan ruang anda tampak bersih dari atas ke bawah. 

Fabrik yang diperbuat daripada poliester menjadikannya satu fabrik yang sesuai untuk setiap penggunaan harian. Anda pasti akan menarik perhatian orang tersayang dan tetamu anda, bagaikan anda ini seorang penata hias hiasan dalaman rumah profesional, tak gitu?

Teal, Nude, Kelabu dan Putih sudah pasti menjadi warna-warna kegemaran semua orang masa kini, kan? Kami juga begitu! Ingin sertai kami untuk suka akan warna-warna itu? Boleh saja. Memperkenalkan fabrik Logic, Night Sky, Sheermatic dan Sheer Wonders kepada dunia adalah satu keputusan muktamad yang luar biasa yang pernah kami buat. Miliki fabrik yang dihiasi tenunan rata walau dengan reka bentuk biasa atau langsir ‘sheer’, yang diperbuat dengan bahan poliester dan kapas di hadapan pintu kaca rumah anda sepanjang hari. Rasa dan sentuh tekstur fabrik setiap kali anda menyeret langsir ke kanan dan kiri sebelum membuka pintu kaca anda. 

Warna fabrik yang mempunyai tahap ketahanan cahaya yang agak tinggi boleh menutup dan menghalang cahaya matahari yang terang dan berkesan untuk kawalan cahaya pada ruang anda, tanpa anda rasa hidup dalam kegelapan. Kini, anda boleh memanjakan diri anda dalam ruangan peribadi anda sendiri tanpa dilihat sesiapa! 

Logic / Collection

Night Sky / Collection

Sheer Wonders / Collection

Fabrik ini sangat praktikal untuk digunakan sebagai langsir anda yang mungkin tidak akan merisikokan cangkuk kerana beratnya sudah kami sesuaikan untuk apa jenis reka bentuk langsir. Berikan perhatian kepada fabrik langsir anda dan suai padankan warnanya dengan tumbuh-tumbuhan hijau atau perhiasan sofa seperti selimut kuning yang dapat memberikan ruang anda tema semulajadi. Tambah dan guna lebih banyak warna sebagai hiasan tambahan daripada fabrik dari pelbagai koleksi lain juga boleh diguna pakai! Dos warna akan membuatkan hari-hari anda istimewa.

Menjadi pencinta rekaan minimalis adalah pilihan yang sangat tepat apabila anda memilih untuk menggunakan fabrik dari koleksi Sardegna, Ultra Dim, Veneto Milestone dan Woolen bagi rekaan langsir, tirai atau bidai untuk tingkap dan pintu di rumah anda. Fabrik Sardegna ini sempurna dengan tekstur sulaman yang memberikan efek vintaj malah mampu menceriakan ruang anda yang mungkin dahulunya suram. 

Fabrik ini direka dengan corak jalur yang menawarkan anda satu aura moden yang segar untuk millenials kini seperti anda. Direka khas dengan tiga bahan yang berbeza ke dalam satu fabrik - 56% poliester, 33% kapas dan 11% linen - di mana kami jadikannya tersedia dengan berat hanya 158 g/m² yang sesuai untuk dibuat langsir dan digunakan dalam setiap bilik yang anda ada di rumah. Kami padankan langsir jalur Whisper kami dengan upholsteri yang menggunakan fabrik Sardegna Med Confetti dan Sardegna Med Lizard, ihiks! 

Bagi koleksi Ultra Dim, Veneto Milestone dan Woolen, penggunaan warna secara minimum, namun dengan sentuhan kecil, anda pasti akan dapat menggunakan corak secara maksimum. Corak polos dan sulam berfungsi dengan baik kerana corak ini dapat menambah beberapa warna ke ruang rumah anda juga. Semua fabrik kami mempunyai tahap ketahanan cahaya yang tinggi dan warnanya tidak akan luntur sehinggakan poket anda akan berterima kasih kepada anda pada kemudian hari.

Solitude / Collection

Lin / Collection

Motion / Collection

Super Sonic / Collection

Sukakan langsir jacquard dengan perincian cetakan geometrik, atau hanya desain polos? Kami gabungkan saja cetakan geometrik pada langsir dengan beberapa corak lain pada sofa dan upholsteri kami, apa kata anda? Cadangan yang sangat menarik bukan? Fabrik Solitude dijahit sebagai langsir dengan desain geometrik berupaya memberikan sentuhan kontemporari dan mengubah pesona ruang kami malah rekaan langsir yang direka tergantung dari lantai ke atas siling dapat membantu untuk memenuhi ruang ini dan memberikan efek ruang yang tinggi dan luas. 

Penggunaan kusyen dan sofa yang dijahit dengan koleksi Lin, Motion dan Super Sonic dapat memberikan nilai estetika dan harmoni, wah!. Koleksi ini direka khas dengan komposisi poliester, kapas dan viskos dengan tahap tahan cahaya matahari yang tinggi. Ruang anda mampu diterangi dengan cahaya Matahari apabila menggunakan fabrik koleksi ini dan menjadi penyeri ruang polos di dalam rumah anda. 

Selain daripada menghiasi bingkai tingkap di ruang tamu kami, ketebalan semua fabrik kami dapat menyembunyikan apa saja bentuk, lekuk atau cacat dan cela pada bingkai yang mungkin tidak nampak pada mata kasar. Gaya hiasan ini dapat menampilkan hiasan rumah moden yang lebih kemas dan segar sesuai dengan konsep yang anda mahukan. Campuran warna dan corak yang tidak terlalu berat dapat memberikan satu-satu ruang itu nampak rapi dan teratur.

Kesimpulannya, penggunaan fabrik pelbagai guna membolehkan anda gunakan satu-satu fabrik bagi semua kelengkapan rumah anda sama ada langsir, tirai atau bidai. Ini memudahkan anda untuk merealisasikan impian reka hiasan dalaman di dalam rumah anda. Apa konsep langsir anda tahun ini? Inginkan inspirasi? Pakar perunding tatahias rumah kami sedia membantu anda. 

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co