Langsir 101: Mencari Bahan Sempurna

9 November 2018

by Martin Ooi

Bayangkan senario ini, anda baru sahaja selesai menghias rumah anda, dapat kunci ke rumah idaman anda atau anda hanya mahu menghias semula bilik tidur anda! Apa jua sebabnya, adalah tidak diragukan bahawa langsir memainkan peranan penting untuk tingkap bilik.

Berfungsi untuk tujuan menghalang sinaran matahari pada waktu tengah hari daripada memasuki ruang peribadi anda dan memberikan estetik, sama ada anda menyerlahkan bilik atau memadankan dekorasi dan warna cat. Langsir boleh menambahbaik atau memburukkan bilik dan semuanya bergantung pada pemilihan langsir yang betul dengan bahan betul. Bila bicara mengenai rawatan tingkap, ianya adalah mengenai warna dan bahan, panjang dan lapisan, dan tempahan khas atau dari rak kedai.

Hadapilah kenyataannya; memilih bahan langsir yang betul untuk rumah anda Adalah proses sukar. Semuanya bergantung pada jenis fabrik yang anda pilih dan ia memberikan kesan pada pelbagai faktor, seperti bagaimana langsir akan digantung, berapa banyak sinaran matahari boleh dihalang dan berapa lama langsir anda mampu bertahan.

Dengan banyak perkara perlu difikirkan, ini adalah beberapa pertimbangan boleh difikirkan bila memilih bahan langsir yang betul.

Venus / Collection

Langsir Poliester

Jika anda memikirkan bahan yang mudah dijaga dan dicari, poliester adalah pilihan yang betul untuk anda. Ianya adalah salah satu fabrik yang biasa digunakan untuk langsir kerana ketahanan dan penjagaan mudah, ia akan menjadi padanan sempurna untuk ruang tamu dan bilik tidur anda. Walau bagaimanapun, bergantung pada lokasi yang anda ingin letakkan langsir anda, bahan yang anda pilih perlu sesuai dengan lokasi tersebut. Sebagai contoh, elakkan menggunakan fabrik poliester sebagai langsir dapur kerana fabriknya menyerap bau dan mudah terbakar. Tidak elok untuk memasak berdekatan poliester.

Charade / Collection

Langsir kapas

Fabrik lain yang anda boleh periksa adalah kapas, kerana ia padanan sempurna untuk dekorasi moden tetapi boleh juga sepadan dengan gaya tradisional kerana ia versatil. Menggunakan kapas akan memberikan langsir anda perasaan nyaman dan bersih yang menambahkan kesegaran dalam bilik. Perkara mengagumkan tentang kapas adalah rangkaian tenunan yang anda boleh dapatkan, menjadikannya sangat mudah diubah suai mengikut keperluan anda. Anda boleh pilih tenunan tebal jika anda mahukan privasi atau menghalang sinaran matahari, dan kapas berjalur untuk menjadikan bilik rasa berudara dan ringan.

Airshow / Collection

Langsir Linen

Bombay / Collection

Langsir Sutera

Seperti anda jangkakan, sutera menambah kemewahan pada apa jua bahan diperbuatnya. Jika anda ingin membangkitkan rasa kemewahan dan menetapkan suasana romantik, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk menggunakan fabrik bernilai ini sebagai pilihan anda. Lembarannya tiada cela dan unggul, kelembutan dan kelancarannya membuatkan sejuk mata memandang dan pada sentuhan juga! Walau bagaimanapun, ambil nota bahawa ianya boleh menjadi sedikit mahal daripada segi penjagaan dan mudah terdedah pada kerosakan matahari jadi mungkin anda ingin menambah lagi lapisan sutera untuk melindungi fabrik ini.

Genova / Collection

Langsir Velvet

Velvet adalah langsir fabrik lain yang mewah dan memberikan rasa “diraja”, menjadikannya padanan sempurna untuk bilik makan formal, ruang tamu gaya tradisional atau bilik tidur utama. Ia melabuh sempurna kerana kualiti fabrik yang lebih tebal dan melindungi tingkap terlalu berangin sementara menghalang daripada matahari dan bunyi pada masa sama.

Senarai fabrik yang diketengahkan mungkin tidaklah menyeluruh, namun kami berharap panduan asas ini mampu membantu anda memahami dengan lebih baik dan mampu mencari bahan langsir sesuai untuk rumah anda. Selamat memburu!

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co