Kediaman Bertemakan Scandinavian Kediaman Yang Berbeza!

24 November 2020

by IZZUL IQRAM BIN RAHIM

Gaya maksimum dengan penampilan minimum, inilah konsep sebenar hiasan dalam Scandinavian yang kini makin popular di Malaysia.

Ringkas dan hadir dengan pelbagai fungsi terbaik adalah nadi utama yang memandu prinsip malah sebagai panduan bagi rekaan yang telah muncul pada pertengahan abad Eropah, yang hasilnya menyerlahkan ruang kediaman yang dipenuhi cahaya, udara, ketenangan dan perasaan bersatu bersama alam semula jadi. Trend yang telah lama meningkat naik dari Sweden, Norway, Denmark dan Finland ini, telah berkembang dan nadi prinsip utama rekaan hiasan dalam Scandinavian adalah bersepadu dengan elemen semula jadi, dengan palet warna yang lebih neutral, dan mengekalkan titik garisan lebih ringkas serta menyerlahkan fungsi bagi setiap jenis perabot.

Rekaan ringkas dan versatil Scandinavian ini telah menambat hati ramai orang dari seluruh pelusuk dunia, malah mencipta peminat baharu di Malaysia.

Ronaldo / Collection

SEJARAH DAN GAYA HIDUP NORDIC

Rumah yang mempunyai perabot dan sofa Scandinavian adalah rumah yang mempunyai ketenangan, kedamaian dan keringkasan. Konsep Scandinavian ini telah diadaptasi dan dikembangkan selepas abad ke 20 oleh warisan dan tradisi di seluruh dunia. Diinspirasikan oleh pereka dan arkitek negara-negara Nordic, ramai orang telah mula mengadaptasikan pandangan mereka dalam rekaan dalaman dan luaran Scandinavian.

Arus kemodenan dalam Scandinavian telah bermula sejak awal tahun 1990an di negara-negara Nordic seperti di Sweden, Iceland, Norway, Denmark dan Finland. Perabot dan sofa Scandinavian melambangkan gaya hidup rakyat negara-negara Nordic. Gaya hidup mereka nampak jelas menumpukan pada rekaan, alam semula jadi, cahaya dan cara untuk menjalani kehidupan yang sihat, seronok dan elok.

Peak / Collection

Pandangan politik dan kekangan yang ada semasa pertengahan 1900an bermakna artis-artis dan pereka-pereka sangatlah dipengaruhi oleh dunia sosial dan mereka menggunakannya sebagai ilham dalam kerja mereka. Sasaran utama mereka adalah untuk membawakan lebih cahaya ke dalam rumah, menjadikan sofa dan perabot lebih praktikal dan mengutamakan fungsi serta menggunakan bahan yang terhad untuk mereka mencipta rekaan yang sangat menawan yang mampu bertahan lamanya sehingga ke generasi akan datang. Pertukangan dijadikan sebagai nadi utama pada pereka-pereka, walaupun ketika itu perabot dipasarkan secara besar-besaran. Rekaan ringkas ini menumpukan untuk menyerlahkan fungsi perabot dan estetik yang menawan. Titik garis yang lancar, permukaan melengkung dan campuran warna-warna yang berani telah digunakan untuk mencipta kejituan dan butiran halus dalam setiap perabot dan sofa Scandinavian.

 

Terma “Rekaan Scandinavian” telah berada dalam dunia sejak pertengahan abad ke 20 lagi bila terdapat rancangan rekaan hiasan dalam yang telah mengembara ke seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Rancangan ini dicipta dengan satu tujuan untuk mempromosikan gaya hidup Scandinavian dan mempamerkan banyak kerja-kerja ikonik pereka-pereka negara Nordic. Kerja mereka nampak jelas bercirikan gaya tradisional namun memasukkan seni dan rekaan Eropah. Rancangan itu bukan sahaja membenarkan orang ramai untuk menerokai dan menjadi kreatif dalam rekaan malah ia juga telah memulakan perkembangan rekaan dalaman Nordic menerusi seluruh pelusuk Eropah dan Amerika, di mana ia telah menjadi tanda aras pada rekaan Scandinavian yang kita kenali dan minati pada hari ini.


PANDUAN PRINSIP REKAAN TEMA SCANDINAVIAN

“Ringkas lagi banyak”, itulah konsep utama Scandinavian yang menumpukan pada butiran halus dan konsep Minimalis yang telah diadaptasi dalam setiap rekaan perabot dan sofa Scandinavian. Jadi inilah beberapa panduan yang anda boleh gunakan bagi mencipta kediaman rekaan Scandinavian di rumah anda.

 

CAHAYA

Di negara-negara yang mengalami musim sejuk yang berpanjangan, mereka memang mengharapkan cahaya semula jadi untuk menaikkan mood musim sejuk yang kelam. Sebab itu perabot dan sofa rekaan Scandinavian semuanya bergantung pada cahaya semula jadi. Cahaya semula jadi dipertingkatkan dengan apa jua cara. Sebagai contoh, tingkat dalam ruang tamu Scandinavian sangatlah terbuka luas bagi membenarkan cahaya semula jadi masuk lalu menyerlahkan perabot dan sofa jenis Scandinavian.

Selain itu, tingkap anda juga harus mempunyai ciri tembus cahaya dan lut. Cermin juga adalah elemen yang penting dalam hiasan dalaman Scandinavian, dan ia perlu diletakkan secara strategik agar anda dapat membesarkan ruang dan membias mana-mana refleksi cahaya yang masuk ke dalam kediaman anda. Warna palet utama untuk hiasan dalaman Scandinavian selalunya adalah warna bias yang neutral.

Dalam mengolah konsep gaya Nordic, barangan elektrik juga direka dengan menggunakan bentuk dan garisan yang ringkas, yang mencipta fungsi pencahayaan tanpa menambah gambaran visual yang padat dan menyemakkan.

 

TITIK GARIS YANG MINIMAL

Ringkas adalah panduan utama dan kata kunci bagi rekaan Scandinavian. Prinsip utama dalam seni bina Scandinavian adalah untuk mengutamakan fungsi tanpa mengorbankan ciri-ciri estetik. Pada hari ini, anda boleh cari dalam talian kebanyakan sofa dan perabot Scandinavian mengandungi kategori model dan gaya yang menakjubkan, dan hampir keseluruhannya boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan.

 

WARNA NEUTRAL

Warna neutral yang tenang dan lantang – dengan warna putih terang sebagai warna utama – Adalah warna rasmi bagi perabot dan sofa hiasan dalaman Scandinavian. Warna yang tenteram ini menyerlahkan ruang bilik menjadi lebih terang dan lebih luas walaupun pada hari yang sangat suram. Ini adalah panduan hiasan dalaman yang paling penting bagi mencipta kembali suasana kediaman Nordic. Dinding berwarna putih yang tidak dimamah usia, kabinet yang dirapikan dan meja kaunter yang tinggi, menjadikan bilik dalam kediaman berkonsepkan Scandinavian menjadi lebih luas.

Pilihan warna yang lain tidak selalunya menjadikan hiasan dalaman Scandinavian menjadi suram atau tidak kena. Warna yang terang dan aktif tidak semestinya menenggelamkan kediaman anda. Hiasan-hiasan yang klasik seperti pasu, permaidani, kusyen dan barang seni boleh dimiliki dengan warna yang terang malah ia menaikkan seri dan memberi perwatakan dalam kediaman yang berkonsepkan Scandinavian. Malah ia mampu menyerlah lebih lagi dan memberi impak dramatik pada ruang yang diberi nafas baharu Scandinavian ini.

 

ELEMEN SEMULA JADI

Konsep Scandinavian adalah konsep pencinta alam semula jadi. Para penduduk negara Nordic percaya dengan meraikan alam semula jadi bila mereka memasuki rumah mereka mampu menyerlahkan hidup mereka. Sebab itulah warna semula jadi seperti kayu adalah fungsi utama perwatakan hiasan dalaman Scandinavian. Kayu adalah pilihan utama bukan sahaja pada perabot Nordic malah pada lantai.

Pokok pain, beech dan abu buat masa kini adalah kegemaran arkitek Scandinavian. Kesan kotoran dan varnis pada bahan semula jadi tidak dibuang sepenuhnya untuk membangkitkan suasana berudara segar. Tumbuhan berpasu juga selalunya digunakan dalam hiasan kediaman Scandinavian untuk meniru konsep semula jadi dalam rumah.

 

PENGGUNAAN TEKSTIL:

APA TERBAIK, APA PERLU DIELAKKAN!


Sesuatu ruang yang direka menggunakan gaya hiasan dalaman bertemakan Scandinavian selalunya pada pandangan mata dan visual tidak dipenuhi dengan fabrik yang berat. Aksesori tekstil boleh dipakai namun harus digunakan dengan cermat. Ini kerana tekstil anda juga mengadaptasi konsep ringkas dan minimal. Walaupun minimal, paling penting ia memberi impak paling anggun!

Sebagai contoh, permaidani yang berwarna-warni boleh mentakrifkan ruang bersantai dan dengan beberapa kusyen dengan cetakan corak berani chevron atau corak berjalur boleh memberi kehangatan pada sofa dengan warna yang tak terlalu kuat. Padankan lagi dengan sofa yang dijahit dan ditempah, tirai yang boleh diturunkan, langsir dengan cahaya boleh menerusi, alas meja atau napkin dengan corak berkayu dan semula jadi pada meja makan.

Fabrik bersifat semula jadi seperti kapas, bulu, dan linen adalah pilihan utama berbanding dengan fabrik jenis sintetik dan campuran, dan inilah elemen yang penting jika anda mahu mengindahkan kediaman anda dengan tema diilhamkan dari hiasan dalaman Scandinavian.

 

ELEMEN-ELEMEN TEKSTIL REKAAN SCANDINAVIAN

Tekstil dengan konsep Scandinavian, seperti hiasan dalaman Scandinavian, juga berkongsi kualiti-kualiti yang spesifik. Sama ada ianya bercorak geometri, motif botani, atau mungkin tekstil bercorak pembangunan, fabrik dengan konsep Scandinavian adalah unik, sangat menawan hati dan inilah perwatakannya yang anda perlu tahu bila memilih fabrik untuk konsep kediaman Scandinvian. Untuk info lanjut, kami akan tunjukkan anda beberapa aspek utama dalam rekaan tekstil bertemakan Scandinavian, sejarah dan bagaimana ia digunakan, serta sedikit panduan cara untuk anda lihat dan ekspreskan dalam kediaman berkonsepkan tradisional atau moden Scandinavian.

 

PRAKTIKAL

Untuk memahami apa yang membezakan fabrik biasa dan fabrik Scandinavian, kita harus lihat ke belakang dan mengetahui sejarah, asal usulnya, dan kesan serta nilai yang menjadi panduan rekaan tekstil Scandinavian. Sama seperti fabrik yang boleh ditemui di seluruh pelusuk dunia, tekstil Scandinavian boleh diperoleh daripada bahan yang sudah sedia ada – sebagai contoh jelatang, biji rami, gentian hem dan bulu. Namun kerana sumber-sumber sebegini amat rapuh, adalah penting untuk tekstil sebegini dibuat dengan ketahanan yang kukuh. Pertukangan, ringkas, dan ketahanan lama adalah nadi utama untuk hiasan dalaman konsep Scandinavian.

 

KEHANGATAN

Salah satu perkara yang menjadi kebimbangan namun pada masa sama menjadi unik bagi fabrik Scandinavian sebagai contoh untuk sofa Scandinavian adalah – Keperluan untuk fabrik jadi hangat. Fabrik Scandinavian seperti permaidani lembut yang menjadi tempat untuk kaki anda berehat atau sofa untuk anda bersantai, keselesaan dan kehangatan adalah keutamaan utama fabrik Scandinavian. Kediaman Scandinavian adalah kediaman yang dipenuhi dengan selimut dan karpet shag moden, dan lantai kediaman Scandinavian selalunya adalah kayu panjang yang sentiasa hangat ketika di musim sejuk. Walaupun dan tak semestinya semua hiasan dalaman dan tekstil Scandinavian perlu menjadi hangat – hal ini kerana ia tidak menjadi logik bila anda tinggal di Kawasan beriklim panas seperti Malaysia, namun adalah penting untuk mengekalkan tekstur atau kelembutan dalam fabrik agar ia nampak semula jadi atau asli.

Ronaldo / Collection

CORAK GEOMETRI

Corak geometri, dengan bentuk simetri dan sentiasa berulang, adalah ciri-ciri utama rekaan tekstil Scandinavian. Corak segi tiga yang berulang, dan dengan rupa stensil. Negara-negara Nordic kaya dengan sejarah tenunan dan sulaman, serta reka bentuk geometri, bergambar dan botani. Corak geometri yang diinspirasikan daripada alam semula jadi menjadi pilihan yang meningkat popular dalam rekaan hiasan dalaman Scandinavian. Seni minimal juga telah memperanguhi rekaan tekstil Scandinavian, yang membantu menyerlahkan struktur utamanya walaupun alam semula jadi sentiasa menjadi asas dalam tema Scandinavian.

 

TEMA ALAM SEMULA JADI DAN BOTANI

Dengan memberikan penghargaan pada alam semula jadi, sama ada dengan menghormati bahan semula jadi, atau meniru reka bentuk semula jadi, adalah asas utama dalam hiasan dalaman Scandinavian, dan terutamanya untuk tekstil Scandinavian. Elemen alam semula jadi dan botani boleh disulam ke dalam fabrik, atau dicetak pada fabrik yang sudah ditenun. Fabrik jenis boleh dicetak ada jenis yang canggih dan lembut, nampak pintar dan seperti kanak-kanak. Dan ada juga yang liar dan seperti pengembaraan.

Peak / Collection

Jika anda sudah pasti untuk memilih konsep rekaan hiasan dalaman Scandinavian sebagai tema kediaman anda, artikel di atas sudah memberikan anda maklumat dan pengetahuan asas kepada anda dari segi memahami asal usul hiasan dalaman Scandinavian dan memilih jenis perabot, sofa dan fabrik yang diperlukan untuk membawa konsep Scandinavian ke dalam realiti. Namun jika anda masih lagi keliru atau tidak dapat membuat keputusan, anda boleh hubungi pakar hiasan dalaman dan membuat temu janji. Adalah penting bagi anda membuat kajian dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan berkaitan hiasan dalaman Scandinavian.


Konsep Scandinavian juga memerlukan pemahaman yang mendalam kerana jika salah, anda mungkin akan membawa konsep semula jadi yang biasa ke dalam kediaman anda. Oleh itu adalah penting anda cukup pasti dengan pemilihan sofa dan fabrik anda. Berbicara tentang fabrik, anda juga perlu mempunyai sedikit maklmuat tentang fabrik apa yang elok dan sesuai untuk tema Scandinavian. Di Malaysia, Acacia Fabrics adalah pengeluar fabrik terbesar dan paling dipercayai di serantau Asia tenggara. Di Acacia Fabrics juga, anda boleh lihat menerusi katalog dalam talian atau kunjungi gudangnya sendiri bagi anda melihat koleksi terbesar fabrik di Malaysia. Anda juga boleh hubungi pegawai berdedikasi untuk memberi anda panduan bagaimana untuk memilih fabrik yang sesuai bagi kediaman yang mengadaptasikan gaya hidup Nordic dan hiasan dalaman Scandinavian. Bukan sahaja fabrik, anda juga boleh lihat langsir dengan pelbagai corak dan fungsi yang ditawarkannya. Anda pasti akan terkejut dengan kualiti fabriknya yang tahan lama, boleh dibasuh, kalis haba, habuk dan macam-macam lagi. Jadi apa tunggu lagi, ayuh ke Acacia Fabrics sekarang juga.


Dengan mempunyai pejabat di serata asia, anda boleh harapkan pada kemampuan Acacia Fabrics untuk memenuhi cita rasa Nordic anda. Pelbagai corak dan warna dengan konsep minimum dan ringkas namun memberi impak maksimum boleh ditemui di Gudang Acacia Fabrics pada hari ini.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co.
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co.