Desain Rumah, Panduan Lengkap Untuk... Hiasan Berkonsep Neutral

12 November 2019

Anda mungkin ada terfikir adakah skim neutral boleh diguna pakai untuk konsep selamat, atau bahkan - berani kami katakannya sebagai – konsep yang membosankan? Dengan idea dan penjagaan yang betul, cat dan perabot neutral boleh mewujudkan ruang dengan kehangatan dan minat yang sebenar. Apabila bilik neutral benar-benar diwujudkan, semua usaha bagai tiada sempadan. Masalahnya ialah, ia lebih sukar daripada apa yang anda mungkin fikirkan untuk mendapatkan konsep ini. Rahsianya adalah untuk menggunakan pelbagai warna neutral dan untuk menambah lapisan tekstur bagi mewujudkan kedua-dua kepentingan visual dan sentuhan. Untuk penulisan blog terbaru kami ini, kami akan membimbing anda cara menggunakan neutrals untuk mewujudkan satu skim yang dijamin akan kelihatan hangat daripada sejuk dan tidak berbau.

Rocco / Collection

PILIH TONA WARNA ANDA

Warna neutral akan berfungsi secara baik dengan lapisan pelbagai warna yang menenangkan. Tetapi, ia adalah penting untuk membuat keputusan pertama pada palet yang terdiri daripada tona yang panas atau sejuk. Pilih satu tona warna secara tetap untuk konsep tersebut. Warna bertona sejuk sebagai contoh adalah seperti merah jambu, violet atau biru, dan warna-warna yang mempunyai tona hangat adalah seperti hijau atau kuning. Tona ‘cool’ berfungsi dengan baik di dalam bilik yang menghadap selatan kerana warna ini membantu untuk mengimbangkan keamatan cahaya. Manakala tona yang lebih panas adalah pilihan baik untuk ruang yang menghadap ke utara, bagi mewujudkan suasana yang selesa di dalam supaya bilik tidak kelihatan gelap dan sejuk.

DaVinci / Collection

BERANI MENGGUNAKAN TEKSTUR

Hal ini mungkin berbunyi bercanggah apabila diminta untuk menjadi berani dalam menghias ruang yang neutral, tetapi menjadi lebih berani untuk bercakap mengenai tekstur. Tekstur adalah elemen utama yang akan membawa skim neutral anda kelihatan lebih hidup. Mencipta lapisan tekstur yang berbeza dapat membantu kita untuk mempunyai reka bentuk keseluruhan sambil menambah kehangatan, kedalaman dan karakter dalam sesebuah tata hias di dalam ruang rumah. Trend semasa seperti bulu palsu, kulit dan gangsa boleh digabungkan untuk menghasilkan impak sebenar dan rupa individu sebenar. Pilihan alas ‘chunky’ dan ambal, dapat menambah minat yang lebih bertekstur dengan bahan yang berbeza seperti kulit, linen dan ‘seagrass’.

Lombardia / Collection

VARIASIKAN KONSEP NEUTRAL ANDA

Terdapat pelbagai konsep neutrals moden untuk dipilih, warna beige sudah tentu tidak membosankan. Malah, neutrals kini tidak lagi terhad kepada beige, krim dan putih. Istilah 'neutral' kini boleh digunakan untuk pelbagai warna dalam tona lembut yang diilhamkan daripada alam semula jadi. Untuk mencapai kefahaman dan ‘interior scheme’ anda yang sebenar, adalah penting untuk mengubah jenis neutrals anda gunakan. Penggunaan skala warna dari sangat pucat kepada gelap- manakala selebihnya pada spektrum yang sama dari segi warna sejuk atau panas. Warna pucat termasuklah blush pink, lilac atau aqua serta yang lebih jelas seperti ‘off-white’, krim dan kelabu. Warna kulit yang neutral seperti taupe, warna batu dan warna cendawan.Dan neutral gelap termasuklah corak warna yang lebih dramatik seperti warna coklat, arang dan terracotta.

 INGAT 5 TIP UNTUK KONSEP NEUTRAL

  1. Pilih satu tona dan tona itu boleh dipilih antara tona neutral 'panas' atau 'sejuk' dan tetap pada pelet ini sepanjang skim neutral anda.
  2. Tambahkan tekstur seperti sarung kusyen bertekstur, ambal dan langsir untuk bawa kehangatan, kedalaman dan karakter.
  3. Dapatkan pelbagai atmosfera dan kontras dengan pelbagai warna 'neutral baru' seperti blush pink, lilac dan kuning pucat.
  4. Perkenalkan corak halus dan ambah corak lembut melalui kusyen, langsir dan perabot untuk menambah lapisan dan minat kepada skim neutral ini.
  5. Berani untuk bermain dengan pelbagai pilihan warna neutral. hHanya kerana anda menggunakan palet yang turun ke bawah, ia tidak bermakna anda perlu bermain selamat. Skim neutral boleh menyediakan latar belakang yang sempurna untuk sekeping karya seni atau perabot yang benar-benar menarik.


Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co