Baik Pulih Sofa Lama

3 November 2020

by IZZUL IQRAM BIN RAHIM

Jika anda sudah lama tidak mengambil keputusan untuk menaik taraf kediaman anda atau menghias rumah anda sejak 8 tahun lalu, adalah penting untuk anda tahu bila masa yang paling terbaik untuk mengatur semula atau tukar perabot lama dan paling utamanya sofa di ruang tamu anda. Ramai orang di Malaysia tahu tarikh tamat makanan dan alat solek mereka, namun mereka tidak tahu bila tarikh tamat sofa dan perabot kediaman mereka.

Berapa kerap anda menukar atau membeli perabot baharu? Malangnya semua orang buntu memikirkan bilakah masa paling sesuai untuk melakukannya. Dan tidak semestinya anda perlu beli baharu, pilihan lain seperti baik pulih sofa lama juga nampak seperti keputusan yang munasabah juga.

Selepas tukar sarung ottoman menggunakan fabrik FibreGuard Evoke Palm-Aluminium 05

SEBAB BIASA KITA PERLU TUKAR ATAU BAIK PULIH SOFA KITA

Sekarang anda sudah biasa atau tahu jangka hayat umum barang perabot rumah dan sofa anda, sekarang adalah penting untuk anda melihat kriteria lain bila anda ingin buat keputusan untuk membeli sofa baharu. Ini adalah kerana, jangka hayat sahaja tidak boleh jadi pertimbangan. Apakah faktor lain yang perlu dipertimbangkan bila anda ingin menukar sofa baharu?

Salah satu faktor utama untuk anda menukar sofa baharu adalah bila sofa anda jelas kelihatan ianya sudah koyak dan lusuh, yang menunjukkan bahawa bahan membuat sofa anda telah usang atau rosak pada tempat yang tak sepatutnya, dan itulah tanda anda perlu menukar sofa baharu. Bagaimana pula dengan sofa yang warnanya telah pudar? Jika anda letak sofa anda berdekatan dengan tingkap rumah, ada peluang tinggi yang cahaya semula jadi (cahaya matahari) akan masuk menerusi tingkap rumah anda dan punca kain upholsteri anda jadi pudar masa demi masa. Pada mulanya sofa anda dahulunya warnanya sepadan dengan perabot lain, langsir atau karpet anda kini tidak sepadan hanya kerana warnanya yang telah pudar dan menjadi elemen yang tidak sesuai untuk mood rumah anda sekarang.

Selain daripada itu, sofa yang mula mengeluarkan bunyi seperti rumah papan lama juga perlu diganti baharu. Bunyi seperti papan patah adalah tanda pertama bahawa struktur sofa anda sudah hampir rosak atau patah, dan pada saat ini anda perlu menggantinya. Anda tidak mahu menunggu lama untuk menggantinya sehinggalah springnya terkeluar dan mula membahayakan tetamu yang datang ke rumah anda bila mereka mahu duduk rasa selepas pada hari anda anjurkan jamuan makan dan sebagainya.

Selepas tukar sarung sofa menggunakan fabrik FibreGuard Mantra Sequence Ash 08

Atau mungkin dalam situasi di mana anda telah ditawarkan untuk bekerja buat pertama kalinya selepas keluar daripada kolej. Anda rasa sangat teruja dan seronok untuk menghias satu-satunya apartmen yang anda miliki, anda beli sofa yang murah di kedai perabot tepi jalan. Dan selepas 10 tahun, anda telah berjaya dan menjawat jawatan tinggi dalam pekerjaan anda dan anda memiliki jumlah gaji yang selesa untuk menaik taraf dapur anda dan juga ruang tamu anda. Inilah masa untuk ganti sofa lama anda jadi baharu.

Tanya diri anda sendiri jika sofa anda masih lagi selesa untuk di duduk. Jika ia masih selesa, baguslah, tapi jika sofa anda memiliki salah satu daripada semua kriteria di atas, sekarang adalah masa terbaik untuk anda mengganti sofa lama anda.

GANTI SOFA BAHARU ATAU GANTI UPHOLSTERI BAHARU?

Jika anda sayangkan sofa yang anda warisi daripada orang tua atau orang (dan anda tak mahu lepaskannya kerana anda mempunyai memori indah bersama orang tua atau orang lain) anda kena pilih dan buat keputusan sama ada anda ingin buat upholsteri semula atau beli baharu sofa anda. Jika anda betul-betul sukakan sofa lama anda, tapi mahu hilangkan kesan koyakkan dan lusuh, upholsteri semula adalah pilihan paling terbaik untuk anda. Walau bagaimanapun, ada beberapa soalan yang perlu anda pertimbangkan sebelum buat keputusan itu.

Adakah sofa anda jenis sofa antik? – bagi menghalang proses upholsteri semua merosakkan sofa anda, anda perlu memastikan anda telah bertemu dengan pakar upholsteri sofa antik agar anda tidak menghadapi sebarang masalah kelak.

Apakah jenis fabrik yang terbaik? – Jenis fabrik adalah pilihan paling penting ketika melakukan proses upholsteri. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis warna, corak dan bahan fabrik yang boleh dipilih. Untuk memudahkan proses ini, anda boleh layari atau kunjungi cawangan Acacia Fabrics berdekatan atau waze sahaja di sini https://bit.ly/WidestFabricGallery. Acacia Fabrics mempunyai pilihan fabrik yang paling meluas. Pakar fabrik di Acacia Fabrics boleh membantu anda mendapatkan fabrik terunggul untuk uphoslteri semula sofa anda agar sofa anda kelihatan seperti baharu atau lebih menawan.

Adakah sofa anda telah mengeluarkan bunyi yang mengundang kepada kerosakan struktur sofa tersebut? – Asalkan sofa anda tidak mengeluarkan bunyi berderet seperti mahu patah, struktur anda masih kukuh dan anda hanya perlu menukar fabrik pada tempat terkoyak, proses upholstering adalah pilihan terbaik untuk anda menjimatkan duit sekali gus mengekalkan kecantikan sofa lama yang unik.

Selepas tukar sarung sofa menggunakan fabrik FIbreGuard Mantra Sequence Ash 08

Patutkah saya buat sendiri? Jika anda adalah orang yang amat suka lakukan DIY atau mempunyai banyak masa untuk belajar bertukang atau hanya ingin tambah kemahiran anda mungkin boleh lakukan proses upholsteri semula sendiri. Anda mungkin perlu mengambil kelas atau belajar cara melakukannya dengan membaca buku atau belajar dalam talian.

Jika anda mempertimbangkan untuk melakukan proses membaik pulih sendiri namun anda tidak mempunyai wang atau sumber yang mencukupi, anda mungkin ingin fikirkan penyelesaian bersifat sementara. Jika sofa anda mempunyai beberapa kotoran, dan anda telah mencuba menanggalkan kotoran dengan pelbagai pencuci kotoran tapi masih tidak berjaya, anda boleh gunakan pencuci stim yang berfungsi efektif menanggalkan kotoran.

Dan jika kotoran masih lagi tidak boleh ditanggalkan dengan menggunakan cucian stim, sudah masanya untuk anda tukar fabrik yang tahan kotoran. Pilihan fabrik di Acacia Fabrics tidak sahaja mementingkan gaya semata-mata, tapi ia juga dilengkapi dengan fungsi teknologi terkini seperti kalis kotoran, mudah dicuci dengan span malah kalis haba dan sebagainya.

Walaupun penyelesaian bersifat sementara ini mungkin berkesan bagi menyelesaikan masalah sofa anda, namun adalah lebih baik untuk anda melakukan proses upholsteri semula sepenuhnya agar tetamu anda rasa kagum dengan cita rasa anda.

Sofa L sebelum

Baiki sofa L menggunakan fabrik FibreGuard Mantra Sequence Ash 08

Bagaimana untuk tahu jika perabot itu sesuai untuk menjalani proses penuh upholsteri semula?

Adalah lebih bagus buat anda mengetahui apa jenis kerangka yang sofa anda miliki. Jika kerangka sofa anda adalah jenis kayu yang dilengkapi dengan pin kayu (Bukannya dengan stapler),mungkin kerangka anda akan mengeluarkan bunyi. Jika kerangka sofa anda adalah jenis besi dan menggunakan stapler, adalah tinggi peluang untuk anda tidak boleh membaik pulihnya. Pakar sofa juga akan memberitahu anda ianya adalah tindakan yang tidak wajar untuk membaik pulih sofa yang tidak mempunyai kualiti yang baik.

Periksa spring di dalam kerangka sofa anda. Spring dengan kualiti paling terbaik adalah jenis bergulung dan diikat dengan twine. Penggunaan panel getah yang diletakkan pada spring bermaksud anda boleh mempertimbangkan untuk melakukan proses upholsteri semula.

Pakar baiki sofa ukur sofa dengan tepat

Kerangka sofa yang jelas kelihatan, selalunya adalah sofa antik, yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu jenis mahogany atau cherry, dan selalunya tidak memerlukan pembaikan semula. Menukar bentuk kerangka sofa adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan dalam proses upholsteri semula. Jika bentuk sofa tersebut di ubah, kemungkinan besar ia akan menjejaskan integriti dan sifat sofa itu.

Periksa span yang ada dalam sofa tersebut. Jika span itu berada di belakang dan di bahagian tangan mudah untuk ditekan, kemungkinan ianya adalah span jenis biasa dan tidak berbaloi untuk anda melakukan proses upholsteri semula. Jika sofa anda memiliki span jenis keras dan tahan, anda boleh melakukan upholsteri semula tanpa menjejaskan bentuk span tersebut.

Sebab-sebab lain untuk melakukan proses penuh upholsteri semula

Salah satu aspek untuk upholsteri semula yang perlu difikirkan adalah mempunyai satu perabot yang lama dan perlu ditukar, seperti bahagian belakang yang telah jatuh. Pakar upholsteri yang berkemahiran tinggi pasti boleh membaik pulih semua sofa tersebut dengan menaikkan bahagian belakang sofa tersebut agar anda rasa sentiasa selesa bila bersandar di sofa tersbut.

Anda boleh minta pakar upholsteri untuk simpan fabrik lama anda. Ini kerana anda mungkin boleh gunakan fabrik lama tersebut untuk kegunaan lain.

Dan paling terakhirnya, anda perlu tahu berapa lama yang diperlukan oleh pakar upholsteri anda menyiapkan kerja mereka, malah kos yang diperlukan. Anda mungkin perlu untuk buat kajian sama ada kos untuk buat proses penuh upholsteri semula adalah lebih tinggi dari membeli sofa baharu atau tidak? Faktor yang boleh memberi kesan pada peningkatan kos adalah nombor kusyen yang perlu di baik pulih, jenis fabrik (anda perlukan fabrik lebih untuk corak yang memerlukan beberapa jahitan), serta kos membaik pulih kaki bangku atau kerangka. Jika sofa anda perlu dihantar dan diambil, itu adalah termasuk dalam kos pengangkutan juga.

Fabrik yang digunakan FibreGuard Evoke Palm-Berry 10

Mencari upholsteri yang berkualiti

Cara paling terbaik untuk mencari upholsteri terbaik selain daripada cadangan rakan atau keluarga anda, anda boleh bertemu dengan pakar upholsteri atau kunjungi gudang fabrik terkemuka. Acacia Fabrics adalah peneraju pengeluar fabrik terunggul di Malaysia. Anda boleh cari apa jenis fabrik yang anda perlukan kerana Acacia Fabrics dikurniakan dengan pilihan fabrik paling meluas di Malaysia. Dengan beberapa ibu pejabat di serantau Asia, anda tidak perlu bimbang dengan kualiti fabriknya.

Selain daripada itu, Acacia Fabrics juga menyediakan perkhidmatan nasihat dan bantuan pakar professional untuk menolong anda sepanjang proses upholsteri semula anda. Nikmati fabrik yang direka oleh pereka yang disegani dan ketahuilah bahawa Acacia Fabrics adalah gudang yang sering juga dilawati oleh pereka-pereka sofa di seluruh dunia.

Fabrik yang digunakan FibreGuard Evoke Palm-Berry 10

Cara untuk melupuskan sofa lama jika anda tidak mahu membaik pulih

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk melupuskan sofa lama anda, dan pelupusan sofa lama anda bergantung kepada kualiti sofa anda sama ada ia masih boleh di baik pulih atau fabriknya tidak dapat diselamatkan.

Dermakan sofa tersebut – selalunya, kebanyakan askar dan organisasi NGO memerlukan sofa lama untuk diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Mereka akan datang ke rumah anda dan melihat jika sofa tersebut masih boleh di baik pulih untuk kegunaan insan yang memerlukan. Jadi tak salahkan berbuat baik pada manusia lain?

Kitar semula – anda boleh hantarkan ke pusat kitar semula berdekatan anda. Sebelum itu, anda perlu pecahkan sofa anda mengikut jenis kitaran semula. Sebagai contoh, kerangka dan kaki sofa anda termasuk dalam kitaran semula jenis kayu manakala fabrik anda boleh di kitar semula menjadi fabrik baharu. Kitar semula adalah disyorkan kerana kita mampu menyelamatkan alam semula jadi sekali gus berbakti pada bumi tercinta.

Fabrik yang digunakan FibreGuard Evoke Humor-Onyx 07

Jual sahaja– Anda boleh mempertimbangkan untuk menjual sofa anda di aplikasi seperti mudah.com atau eBay atau yang lain-lain. Jika sofa anda dalam keadaan kurang baik, anda boleh upholsteri semula fabrik sofa anda dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi.

Buang di tapak pelupusan sampah – ini adalah pilihan yang kurang disyorkan kerana sofa anda mungkin bersaiz besar dan boleh memberi kesan pada alam sekitar jika dibuang begitu sahaja. Jika anda tiada pilihan, anda boleh kunjungi tapak pelupusan sampah yang berdekatan dan biar pekerja di situ melupuskan untuk anda.

Bagi pada kawan atau keluarga rapat anda – jika anda kenal sesiapa yang memerlukan sofa bagi kediaman mereka, anda boleh bagi sahaja mereka untuk mereka menjadi tuan kedua sofa anda. Dengan ini, anda boleh saja melawat sofa lama anda di kediaman kawan atau keluarga rapat anda.

Fabrik yang digunakan FibreGuard Evoke Humor-Onyx 07

Jadi apakah pilihan paling terbaik?

Anda telah mempertimbangkan banyak pilihan dan telah mengambil kira semua jenis kos, dan sekarang anda perlu tentukan jika anda mahu beli semula atau membaik pulih sahaja sofa lama anda. Ini kerana anda tiada pilihan lain lagi. Walaupun upholsteri semula mampu mengekalkan sifat dan reka bentuk asal sofa anda, jika anda membeli sofa baharu ia juga memberikan kepuasan dan sofa baharu anda boleh bertahan untuk bertahun lamanya.

Upholsteri semula juga mempunyai banyak manfaatnya tersendiri. Anda boleh menerokai banyak jenis dan rekaan fabrik yang terdapat di Acacia Fabrics. Dengan upholsteri semula, ia memberikan kenikmatan yang berbeza dan sentimen asal sofa tersebut dapat diwarisi dan diturunkan pada keluarga dan rakan terdekat anda.

Mana-mana pilihan juga boleh memberikan manfaat yang baik jika anda tahu apa yang anda lakukan. Jika anda masih bingung atau keliru, adalah baik untuk anda serahkan pada pakar yang lebih tahu mengenai proses upholsteri semula atau penjual sofa baharu yang bertauliah.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co