Apa Itu Pelapik Kusyen Sofa dan Kenapa Setiap Orang Perlu Memilikinya

20 Oktober 2020

by IZZUL IQRAM

Kusyen pelapik sofa (atau dikenali sebagai sarung sofa) adalah sarung pelindung yang boleh dibuka dan dipasang dalam satu perabot upholsteri. Pelapik kusyen sofa selalunya dibuat daripada kain. Pelapik kusyen sofa biasanya senang dibuka, dibasuh dan diselenggarakan. Pelapik kusyen sofa juga dikenali sebagai “Pakaian untuk Perabot”. Kebiasaannya pelapik kusyen sofa dijahit seperti pakaian, direka untuk padan dan muat dalam kusyen sofa. Sesetengah orang memesan perabot dengan upholsteri satu tona warna sahaja dengan tujuan untuk menggunakan pelapik kusyen sofa.

High Line / Collection

Fahami sejarah pelapik kusyen sofa

Pada zaman dahulu, sebelum penyaman udara dicipta di dunia ini, sudah menjadi lumrah atau kebiasaan untuk melapik perabot upholsteri ketika sepanjang musim panas dalam tahun itu untuk melindungi fabrik upholsteri daripada terkena peluh. Sejarah Pelapik kusyen sofa juga sebenarnya bermula semenjak zaman medival di Eropah. Pada mulanya idea memiliki pelapik kusyen sofa adalah senang sahaja, ia berfungsi untuk tujuan praktikal dan mengindahkan suasana ruang kediaman. Pada zaman itu juga, pelapik kusyen sofa digunakan untuk melindungi perabot daripada habuk dan menghalang serangga dari hinggap.

Pemilik perabot akan memakaikan sofa mereka dengan kain biasa – seperti kain muslin putih atau kanvas ringan semuanya semata-mata untuk melindungi daripada matahari, kelembapan malah mengelakkan sofa merepuh. Pada mulanya pelapik kusyen sofa hanyalah untuk perlindungan, lama kelamaan ia telah menjadi salah satu perhiasan dan fesyen. Dalam kurun ke 18, kebanyakan wanita bangsawan Inggeris membeli pelapik sofa daripada penjahit mereka bagi kegunaan pada musim panas. Atas permintaan tinggi untuk pelapik sofa, penjahit telah menjahit pelapik sofa dengan rekaan terkini dan menawan bagi memenuhi permintaan pasaran. Antara aksesori yang dijahit adalah seperti butang, ruffles, cord, piping dan bow. Dan ia terus menjadi fesyen memasuki era Victoria, walaupun gaya pelapik sofa berubah dengan saiznya lebih besar untuk digunakan dalam musim cuaca yang lain.

Dalam sesetengah bandar di utara Amerika Syarikat, penjahit pelapik sofa diberi gelaran “jutawan musim panas” kerana mereka menerima tempahan paling banyak pada musim luruh dan panas. Pelapik sofa yang boleh diubah suai juga telah diwujudkan, hasil permintaan ramai.

Pada zaman 1960 an, teknologi dan teknik pengilangan telah berubah dan adalah tidak mustahil untuk menghasilkan perabot yang dilengkapi pelapik kusyen sofa pada harga yang lebih rendah atau sama dengan pelapik kusyen sofa yang boleh diubah suai. Kerana itu, permintaan terhadap pelapik kusyen sofa boleh diubah suai telah menurun, dan mengikut peredaran masa, orang ramai tidak lagi menggunakan pelapik kusyen yang dibuat khas. Beberapa tahun yang lalu terdapat banyak juga permintaan terhadap pelapik kusyen dengan mengambil inspirasi daripada industri reka bentuk dalaman dan juga rekaan bergaya shabby chic yang santai.

Teknologi dan bahan

Sementara pelapik kusyen sofa dengan gaya longgar baharu ini tidak memerlukan jahitan tempahan khas, sesetengah pembekal perabot telah mula untuk menawarkan pelapik kusyen sofa “Siap ditempah”. Siap ditempah, pelapik kusyen sofa generik ini boleh didapati di mana-mana sahaja kedai peruncit yang menjual cadar linen. Dengan memiliki pelapik kusyen sofa generik, anda perlu sumbangkan sedikit usaha dalam memastikan pelapik ini dapat mengekalkan bentuk aslinya apabila digunakan pada sofa atau kerusi kesayangan, kerana dengan penggunaan berkali pada sofa ini akan menarik hujung pelapik dengan kerap, yang akan menyebabkannya jadi rosak dan termasuk di bawah kusyen.

Pelapik kusyen sofa boleh dilekap boleh memuatkan upholsteri untuk jadi sepadan dengan perabot. Pelapik jenis ini direka dengan bentuk yang serupa dengan pasangan perabotnya. Manakala pelapik kusyen sofa buatan khas hanya memiliki kusyen yang dilapik dan berasingan dengan perabot.

Beberapa Teknik boleh digunakan untuk membuat pelapik kusyen sofa yang takkan mudah keluar dan perlu memasukkan semula selepas digunakan. Pelapik kusyen sofa dengan hujung elastik bermaksud tiada ikatan diperlukan untuk ianya kekal pada satu tempat di mana anda mahukan tanpa perlu mengubah dan menggerakkannya.

Bahan-bahan untuk membuat pelapik kusyen sofa biasanya adalah fabrik yang boleh diregangkan seperti rangkaian poliester (poliester, kapas dan elastin). Fabrik dwi elastik boleh direnggangkan pada kedua-dua sudut menegak dan melintang untuk ianya muat dengan sofa anda secara sempurna. Tali dan reben juga digunakan untuk memastikan pelapik tidak bergerak dan kekal pada satu tempat.

Pembuatan fabrik pelapik kusyen sofa adalah keistimewaan yang ditawarkan oleh pengedar fabrik khusus. Pengedar fabrik pelapik kusyen sofa yang terbesar di Malaysia sekarang adalah Acacia Fabrics. Acacia Fabrics mempunyai rangkaian fabrik yang paling meluas yang memenuhi setiap keperluan pemilik kediaman di Asia Tenggara.

Industri

Kemahiran membuat pelapik kusyen sofa telah dihidupkan semula oleh setiap generasi oleh kumpulan baharu yang sentiasa ingin membawakan evolusi baharu dalam bidang pembuatan pelapik kusyen sofa. Pada zaman dahulu, seni membuatnya adalah sangat berharga sehingga dijaga oleh pegawai rahsia. Salah satu perkara yang tak pernah berubah adalah aspek industri cottage, pelapik kusyen sofa adalah mudah untuk dihasilkan oleh kumpulan kecil, di rumah atau perniagaan dari rumah. Dalam sejarah pembuat pelapik kusyen sofa biasanya adalah pekerjaan dengan gaji lebih rendah, pembahagian tenaga kerja lebih cenderung mengikut jantina, dan pekerja-pekerja tidak dididik atau dijangka untuk dibuang.

Hari ini trendnya lebih terarah kepada mendidik lebih ramai populasi, kebanyakannya adalah perempuan, untuk memilih produk industri cottage sebagai salah satu pekerjaan mereka. Setiap orang boleh memiliki perniagaan berasaskan fabrik ini hanya dengan mengikuti langkah pemasaran dan pembuatan. Perniagaan dengan seorang pemilik ini boleh memasarkan perkhidmatan mereka dalam pasaran. Laman web telah menyumbang kepada kelangsungan perniagaan pelapik, artis dan pereka pelapik kusyen sofa telah bertemu sesama lain dalam dunia web, rangkaian atau senarai profesional. Pengetahuan tentang pelapik kusyen sofa pada hari ini telah dikumpulkan dan dikongsi bersama dalam laman web seperti pada masa artikel ini dibaca.

Kerana laman web juga, kini anda juga boleh layari Acacia Fabricsuntuk mempelajari tentang fabrik yang penting khusus untuk pelapik kusyen sofa anda.

Walau bagaimanapun, pembuatan pelapik jenis vinil atau tradisional tidaklah gah seperti zaman dahulu. Fabrik Upholsteri zaman moden lebih tahan lama, malah kedua-duanya lebih tahan pada kotoran dan lebih mudah untuk dibersihkan. Sebilangan besar fabrik upholsteri kini boleh dibasuh dengan air sejuk tanpa merosakkannya. Pelapik jenis vinil atau tradisional mungkin kelihatan menawan dan anggun bila dilihat, namun selalunya tidak selesa untuk duduk di atasnya, terutamanya pada hari musim panas. Pada hari ini, adalah hamper mustahil untuk mendapatkan pelapik jenis vinil atau tradisional tanpa menempahnya terlebih dahulu.

Bolt / Collection

Jenis-jenis Fabrik Pelapik kusyen sofa atau kerusi

Kapas:

Kapas Adalah pilihan hebat untuk fabrik pelapik kusyen sofa kerana karateristiknya yang lebih ringan, bahan semula jadi dan boleh dicuci dalam mesin basuh. Pelapik kusyen sofa dengan fabrik kapas selalunya lembut bila disentuh dan menyerlahkan suasana santai dalam ruang kediaman anda, dan ramai orang menggemari kapas kerana kainnya boleh berudara dan tahan lama, rujuk gambar rajah 2. Kapas boleh menjadi fabrik nipis bila direnggangkan sebaik sahaja anda pakaikan pada sofa lama anda, jadi anda perlu berhati-hati bila anda ingin memakaikan pelapik kusyen sofa berwarna terang pada perabot dengan warna yang lebih gelap kerana warna gelap boleh dilihat menerusi fabrik ini.

Pelapik kusyen sofa yang diperbuat daripada kapas boleh menjadi berkedut, jadi anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menyerikanya atau meletakkan ke dalam pengering untuk hilangkan kedutan. Pelapik kusyen sofa boleh juga dibasuh dalam mesin basuh tapi pastikan anda ikuti panduan label untuk kurangkan pengecutan.

Baron / Collection

Kain Twil:

Twil merujuk kepada penjahitan yang menghasilkan fabrik dengan corak yang unik dan menawan, rujuk gambar rajah 3. Jadi pelapik kusyen sofa jenis twil boleh dijahit atau dihasilkan daripada pelbagai bahan yang berbeza, kebanyakkannya kita boleh menjumpai fabrik 100 peratus kapas atau hasil campuran poliester dan kapas. Twil boleh menjadi upholsteri serta pelapik kusyen sofa dan kerusi yang sangat terbaik kerana beberapa sebab. Twill boleh menjadi fabrik yang sangat nipis apabila bilangan jahitan kurang lebat, namun ketahanan tetap hebat kerana jahitan yang unik. Twil sangat tahan pada kotoran, dan twil dengan bilangan jahitan yang lebat juga lebih tahan kepada kerosakan air seperti minuman yang tertumpah, menjadikannya pelapik kusyen sofa yang sangatlah bagus untuk seisi keluarga dengan kanak-kanak kecil atau haiwan peliharaan yang berbulu. Twil juga boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh, menjadikan mudah kelihatan seperti baharu sahaja beli di kedai.

Suede / Collection

Suede:

Suede merujuk kepada bulu yang nipis dengan kemasan terikat. Namun maksud suede boleh juga merujuk kepada fabrik lain dengan kemasan terikat atau disikat. Kerana karakteristiknya sebegitu, fabrik jenis suede memberikan kelembutan terbaik seperti tekstur velvety. Pelapik kusyen sofa jenis suede diperbuat daripada sintetik suede, yang kebiasaannya adalah 100 peratus daripada poliester atau campuran poliester dan spandex. Pelapik kusyen sofa jenis sintetik suede sangat tahan kepada kotoran dan juga kerosakan air seperti minuman tertumpah, sangat sesuai dengan perabot yang tampil mewah atau formal namun perlu kalis pada koyakkan.

Fabrik jenis ini mencampurkan dua atau lebih fiber fabrik, dengan tujuan untuk menghasilkan fabrik yang mampu menyerlahkan kualiti terbaik pada fabrik utamanya. Polister adalah bahan sintetik yang sangat mapan dan tahan lama dengan fiber yang kuat dan mampu mengekalkan bentuk asalnya dan kalis pada kedutan. Selain daripada itu, kapas juga adalah fabrik jenis semula jadi yang sangat nipis, namun masih boleh tahan daripada suhu yang sangat tinggi dan mempunyai kemampuan untuk berudara. Kombinasi ini menghebatkan penampilan campuran kapas dan poliester serta menjadikannya popular untuk pelapik kusyen sofa dan kerusi kerana fabrik jenis ini sangat tahan lama, mudah dicuci dan tidak akan mengecut atau kedut dan hamper sama dengan kapas asli. Fabrik poliester dalam campuran boleh menghasilkan gumpalan fabrik lebihan yang banyak dan memerlukan suhu yang sejuk untuk menyerikanya dan membasuhnya, tapi jangan khuatir kerana ketahanan fabrik ini sangatlah unggul dan ia juga mudah dijaga bagi memastikan perabot anda tampil menawan dan menyerlah seperti baharu untuk tahun yang akan dating.

Braveheart / Collection

Pilihan warna Fabrik pelapik kusyen sofa atau kerusi

Selepas anda memilih jenis fabrik pelapik kusyen sofa anda, anda juga perlu teliti dalam pemilihan warna kerana sama ada ia akan menyerlahkan kediaman anda atau memburukkannya. Secara asasnya, anda boleh memilih tona warna yang terang atau gelap bergantung kepada apa misi kediaman anda.

Terang

Pelapik kusyen sofa dengan warna terang sangatlah bagus untuk menyerlah suasana harmoni dan santai pada ruang kediaman anda. Warna pilihan yang paling hangat di pasaran adalah seperti warna oren, hijau dan coklat. Kalau ada inginkan mood yang mendamaikan, anda boleh memilih pelapik kusyen sofa dengan warna terang yang tidak keterlaluan seperti biru laut dan hijau semula jadi yang pasti membangkitkan mood yang menyenangkan untuk anda bersama keluarga dan rakan bersantai.


Gelap

Pelapik kusyen sofa dengan warna gelap pula boleh membangkitkan pelbagai jenis mood luar biasa yang anda tidak boleh jangkakan. Sebagai contoh, warna seperti merah dan coklat gelap mampu menyerlahkan sisi romantik pemilik kediaman. Pelapik kusyen sofa dengan warna biru gelap pula mampu menampilkan sisi mewah dan moden seperti di kebanyakan negara barat. Warna hitam pula boleh menghidupkan suasana formal dan versatil seperti di pejabat-pejabat. Namun anda perlu berhati-hati ketika membeli Pelapik kusyen sofa dengan warna gelap kerana jika tidak sepadan ia mampu memberikan suasana suram pada kediaman anda.

Jika anda masih lagi tidak pasti atau was-was dengan pilihan jenis fabrik dan warna apa patut pelapik sofa kusyen anda dibuat, anda boleh kunjungi Gudang Acacia fabrics, di mana anda menjumpai pilihan meluas fabrik dengan harga yang sangat berpatutan. Selain itu, anda juga boleh meminta nasihat daripada pengawai berdedikasi Acacia Fabrics untuk membantu anda mendapatkan Pelapik kusyen sofa yang terbaik untuk kediaman anda.

Jika anda tiada kemudahan untuk keluar ke rumah, anda boleh sahaja lawati laman web Acaciafabrics.com.my dan terokai katalog fabrik terunggul yang unik dan mampu menyerlahkan kediaman anda menjadi tempat terbaik untuk anda, keluarga, rakan malah haiwan peliharaan berbulu menikmati kehidupan yang lebih bermakna.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co