Apabila Membeli Fabrik Pukal Sebenarnya Betul

6 Disember 2018

by ABBY LU

Apabila orang berfikir untuk beli barang secara pukal, mereka biasanya mempertimbangkan barangan runcit atau sebagainya. Fabrik kepunyaan kedai, kan? Dan anda sentiasa boleh ambilnya bila keperluan itu muncul. Namun, kedua-dua andaian tidak semestinya benar.

Sebagai permulaan, kedai fabrik biasanya menyimpan jumlah stok terhad - kadang-kala, apabila dijual, kain tertentu mungkin tak lagi tersedia untuk dibeli sama sekali.

Astico / Collection

Ini berkaitan dengan cara fabrik dibuat: Ia dihasilkan dalam jumlah terhad supaya kos boleh dikembangkan. Tidak ekonomik untuk jalankan mesin untuk hasilkan hanya satu gulung kain, sebab itu kedai tak boleh hanya buat pesanan untuk lebih banyak kain dalam bulan atau tahun sama setelah diterbitkan. Kain halus, khususnya, biasanya dalam kategori terhad ini.

Deluxe / Collection

Dengan ini, terdapat banyak syarikat atau individu yang akan membeli kain secara pukal. Seseorang yang sangat teliti tentang rumahnya mungkin ingin menyimpan jumlah bahan ganti mencukupi. Ini akan menjadi perlindungan daripada perlu menggunakan fabrik yang berbeza dan tidak sepadan apabila perkara-perkara seperti langsir atau sofa semakin haus.

Homestyle / Collection

Individu lain yang boleh meraih faedah memiliki kain secara pukal termasuk pereka fesyen, tukang jahit, dan penghias dalaman. Kumpulan ini bekerja dengan kain secara berkala dan mempunyai bekalan boleh dipercayai yang akan bantu mereka memastikan kesinambungan dalam projek atau koleksi mereka. Bayangkan blla perlu menukar palet warna, rupa, atau keseluruhan tema koleksi hanya kerana kain utama habis!

Lech / Collection

Organisasi, sebaliknya, mungkin mempunyai alasan lain untuk beli kain pukal. Sebagai contoh, sebuah sekolah seni bina atau reka bentuk boleh beli hanya bagi memastikan bahawa pelajar mereka mempunyai bekalan mencukupi untuk projek mereka. Hotel-hotel juga mungkin mahu bergantung pada beberapa kain ganti supaya penutup boleh diganti dengan mudah sekiranya ia dikosongkan atau dimusnahkan. Ini adalah pertimbangan perniagaan yang penting kerana bilik hotel pada umumnya dijangka kelihatan konsisten. Kegagalan untuk mewujudkan konsistensi ini akan merosakkan jenama.

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa perkara penting untuk dipertimbang sebelum memutuskan sama ada untuk beli kain secara pukal atau tidak.

Mingle Mangle / Collection

Pertama adalah penyimpanan - kain pukal yang dibeli perlu di simpan di ruang yang sesuai. Saiz bersesuaian, terdapat juga perkara lain yang perlu dipertimbang seperti suhu, tahap kelembapan, dan kebolehcapaian. Sebagai contoh, tidak praktikal untuk simpan kain di kemudahan tempat jauh dari lokasi yang akan digunakan kecuali pengangkutan sedia ada. Sementara itu, paras kelembapan yang tinggi boleh merosakkan kain dan punca jadi berkulat atau kotor.

Monsieur / Collection

Kedua, cara fabrik disimpan - digulung, disusun, dilipat, dan sebagainya - juga boleh menjejaskan integriti. Kain halus, contohnya tak boleh dilipat untuk jangka masa lama kerana ia hasilkan lipatan yang sukar ditanggalkan. Kain halus seperti berasaskan bulu mungkin kehilangan bentuknya dari masa ke masa.

Oleh itu, semasa membeli kain secara pukal lebih masuk akal dalam beberapa keadaan, keburukan mungkin melebihi manfaat dalam keadaan lain. Buat keputusan berdasarkan maklumat dengan melakukan penyelidikan sendiri atau bincangkan perkara itu dengan pembekal kain anda.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co