Upholsteri Fabrik Vs Upholsteri Kulit

9 Julai 2018

by JADE WONG

Sudah pasti pilihan yang berkekalan akan menjadi nyata setelah perbincangan yang sengit dibuat; sebagai contoh, memilih antara upholsteri fabrik atau kulit untuk rumah atau ruang kerja anda. Untuk menjadikan proses ini sedikit mudah bagi anda, kami telah mengumpulkan senarai kebaikan dan keburukan bersama solusi yang Acacia mampu tawarkan agar tiada lagi keburukan untuk anda kekal yakin dalam setiap pilihan yang anda buat!

Discover / Collection

UPHOLSTERI FABRIK

KEBAIKAN

  1. Mesra alam
    Berasal daripada sumber tumbuhan, bahan sintetik atau kedua-duanya, pilihan untuk menghias rumah anda dengan upholsteri fabrik adalah sangat mudah.
  2. Pilihan gaya
    Nasib baik, cara beretika untuk pilih tiada mengena dengan kekurangan gaya! Ianya umum diketahui bahawa terdapat banyak pilihan tekstur, warna dan rekaan untuk dipilih berbanding dengan koleksi berkulit.
  3. Selesa dan Nyaman
    Upholsteri buatan kapas adalah sangat selesa terutamanya pada iklim panas, lembap kerana fabrik yang berserabut adalah sejuk dan mudah meresap – terbaik untuk cuaca di Malaysia!

Foremost / Collection

KEBURUKAN

  1. Mahal untuk diselenggara
    Ianya sudah sinonim bahawa upholsteri fabrik sangatlah mahal penyelenggaraannya berbanding dengan upholsteri kulit yang hanya perlukan lap dengan pantas untuk nampak seperti baharu.
    SOLUSIWalau bagaimanapun, pemilik kediaman dengan hiasan mewah sofa mereka ada sebab untuk bergembira kerana Acacia Fabrics telah memperkenalkan servis Circle Clean yang sangat cepat dan efisien, meninggalkan sofa anda kelihatan seperti pertama kali anda pindah masuk! Berhubung dengan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang servis ini dan apa yang ia boleh lakukan untuk rumah anda.
  2. Mimpi ngeri tumpahan
    Pemilik restoran atau keluarga dengan anak-anak kecil mungkin berfikir dua kali tentang menghiasi kerusi dengan fabrik kerana tumpahan banyak terjadi dan tidak disangkal, fabrik adalah penyerap terbaik berbanding kulit.
    SOLUSI: Jangan risau dengan koleksi fabrik FibreGuard. Dengan kain dan sedikit air sahaja (dan mungkin sedikit sabun untuk kotoran degil), kemalangan dan kotoran mudah dihapuskan.
  3. Habuk dan hama punca alergi
    Bukan seperti upholsteri kulit, bukan semua fabrik adalah hipoalergenik dan mungkin akan mencetus alergi berkaitan habuk. Ini sangatlah penting untuk dipertimbangkan kerana sofa akan digunakan untuk tempoh lama.

Tanning / Collection

UPHOLSTERI KULIT

KEBAIKAN

  1. SATU IMPIAN UNTUK MEMBERSIH
    Kulit berhadapan dengan kemalangan dengan lebih efisien berbanding fabrik. Sebagai bahan kurang menyerap, tumpahan boleh dikendalikan dengan mudah dan pantas hanya dengan kain dan pengering rambut.
  2. Hipoa-alergenik
    Tidak seperti upholsteri fabrik, kekurangan fiber semula jadi dan bahan boleh bernafas dalam produk kulit bermakna hama habuk tidak boleh membiak.
  3. Senang Dijaga
    Menyediakan rumah anda untuk tetamu dengan mengelap tanpa usaha dengan kain lembap- itu sahaja yang anda perlukan agar sofa anda kelihatan Baharu.

Leather Craft / Collection

KEBURUKAN

  1. Ianya sensitif! (pada Suhu)
    Kulit bertindak balas kepada suhu persekitaran. Dalam bilik dengan pendingin udara, kerusi yang tiada orang duduk mungkin nampak tiada masalah untuk disentuh; walaupun kita memberikan kehangatan selepas kita duduk padanya. Tapi hal sebaliknya, sinaran matahari dan kelembapan tinggi (bukan biasa untuk cuaca di Malaysia) mungkin membuatkan upholsteri anda melekit dan tidak selesa dek kepanasan.
  2. Kebimbangan etika
    Kontroversi usia tua berkenaan dengan etika upholsteri kulit kekal menjadi sebab utama buat peminat haiwan tidak peduli dengan pilihan hiasan rumah.
    SOLUSI: Kami, bagaimanapun, mempunyai berita baik! Pilihan menyeluruh dan meluas produk upholsteri kulit vinyl kami (Contohnya. All Out Vinout, Burlesque) bermakna setiap etika disedari kepada sesiapa yang menghargai rupa klasik kulit boleh mempunyai manfaat kedua-dua dunia!
  3. Masalah Penolakan
    Untuk keluarga dengan anak-anak muda, aktif dengan akses kepada alatan tulis yang tajam, upholsteri kulit mungkin bukan pilihan yang bijak.
  4. Kami harap maklumat ini membantu anda!


Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co