Trend Desain Langsir 2024: Apa yang Baru?

1 April 2024

by Izzul Iqram Bin Rahim

Sebagai pemilik kediaman rumah anda sendiri, setiap rekaan dan warna ruang di rumah anda memainkan peranan untuk menunjukkan identiti atau cita rasa anda. Lagi-lagi apabila tetamu melangkah masuk ke rumah anda, sudah pasti anda mahu mengagumkan mereka sekali gus memberikan anda kepuasan dalam setiap pelaburan yang anda telah habiskan untuk menghias kediaman rumah anda untuk menjadi apa yang anda telah impikan sekian lama.


Dalam kita melangkah ke tahun 2024, inilah masanya untuk kita memberikan kediaman kita dengan rupa segar dan terkini, dan apa lagi cara yang terbaik daripada kita menaik taraf cara kita menghias tetingkap di kediaman kita? Langsir bukan sahaja berfungsi untuk memberikan privasi dan mengawal cahaya yang masuk ke dalam rumah, namun ianya memainkan peranan untuk menyerlahkan penampilan estetik setiap sudut dalam kediaman rumah anda.

 

Jadi sebelum kita melihat trend desain langsir popular untuk tahun 2024 yang mampu menaikkan seri kediaman anda, adalah penting untuk anda menyedari tentang rekaan trend terkini perlu selaras dengan desain kediaman yang anda cuba bawakan. Sebab itu sebelum anda membaca trend desain langsir terkini, adalah bagus untuk anda memiliki sedikit idea atau memahami landskap trend desain terkini sebelum anda membuat pemilihan langsir terkini mana perlu anda laburkan duit anda. Selain itu, faktor lain yang menyumbang kepada pemilihan trend desain langsir 2024 adalah pemilihan fabrik langsir yang tepat dan betul untuk membangkitkan lagi mood trend desain langsir terkini.

Release / Collection

Desain Langsir Material Organik dan bertona bumi 2024

Sumber: Pinterest

Inovasi terkini trend Desain langsir terkini 2024:

Fabrik boleh kitar semula dan Rekaan Mesra Alam

Dengan zaman ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita mengenai iklim dunia, ramai orang telah menyedari tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kepentingan mengamalkan sikap kitar semula, fesyen langsir 2024 juga termasuk dalam trend ini di mana kita dapat melihat banyak material langsir yang berasaskan semula jadi di mana anda boleh mengitarnya semula tanpa perlu membahayakan alam flora. Langsir yang diperbuat daripada fabrik organik seperti hem, linen, atau buluh adalah material yang boleh di kitar semula dan mampu membangkitkan cita rasa ruang yang lebih elegan namun tidak nampak seperti direka dan lebih semula jadi.

Tona warna semula jadi dan neutral pilihan terhebat 2024

Langkah seterusnya jika anda memilih fabrik langsir yang lebih mesra alam, ianya menjadi automatik untuk anda memilih tona warna lagi semula jadi. Impak tenteramkan jiwa langsir bertona semula jadi juga direka untuk mencipta ruang yang nyaman untuk lebih ketenangan agar anda dan tetamu mampu menikmati suasana penuh harmoni. Langsir bertona seperti ini penting untuk membina latar belakang ketenangan, selain menggabungkan elemen elegan yang menyumbang kepada suasana yang santai di sesuatu ruang kediaman anda. Dengan serba versatil langsir bertona semula jadi, memang mudah bagi anda untuk mengubah suai dekorasi pelbagai jenis perabot, lalu mencetuskan keharmonian dalam rekaan kediaman anda. Malah lebih bagus, keindahan tak terlampau jelas pada langsir bertona neutral, meluas kepada kehangatan warna undertone seperti merah jambu terang atau kuning air ke tona warna lebih sejuk seperti biru terang atau kelabu, membawakan lebih keunikan tersendiri dan pengalaman yang berbeza di setiap ruang kediaman anda.

 

Rekaan lebih ‘Clean’ dan Minimalis

Semenjak dua menjak ini, trend minimalis telah menjadi penggayaan yang tersangatlah popular merentasi setiap benua untuk penggayaan dan perkara ini diramalkan akan berterusan sehingga 2024 dan di masa hadapan. Rekaan langsir juga akan cenderung kepada rekaan garisan lurus, corak yang lebih minimal, dan warna tunggal atau utama untuk mencipta suasana yang tidak terlalu riuh atau sibuk. Pada pemilik kediaman yang lebih meminati rupa kontemporari dan bersahaja, mereka mungkin akan mendapati langsir jenis minimalis adalah pilihan terbaik buat mereka.

 

Mungkin ada antara kita berasa sedikit pelik mengapa rekaan langsir minimalis atau trend desain langsir terkini menjadi pilihan walaupun secara faktanya ia nampak seperti tiada usaha atau kurang corak namun kadang-kala anda tidak perlukan pilihan corak terlampau untuk mengadaptasi rekaan lebih elegan. Jangan risau, kami akan terangkan lebih lagi pada langkah seterusnya di bawah.

Stylo / Collection

Desain Langsir Minimalis 2024

Sumber: Pinterest

Corak dan tekstur kurang ketara perlu membangkitkan elemen elegan

Untuk menggabungkan tona neutral dan lebih ekspresi cita rasa peribadi anda, anda boleh mempertimbangkan untuk bermain dengan corak dan tekstur yang lebih kurang ketara dalam pemilihan langsir anda, terutamanya pada sudut dan ruang yang direka untuk memberikan hiburan pada tetamu anda untuk memperkenalkan kerancakan kepada skema warna semula jadi pada dekorasi anda. Fabrik bertekstur menawarkan ekspresi lebih khusus namun kurang ketara. Material rekaan khas ini mampu memberikan sentuhan lebih canggih kepada ruang anda tanpa perlu melampaui batas seluruh penampilan estetik rumah anda. Menerusi pemilihan lebih berseni fabrik langsir boleh diubah suai daripada Acacia Fabrics, anda mampu memiliki peluang untuk menyelitkan naratif gaya peribadi ke dalam kediaman miliki anda, lalu mencipta atmosfera yang bergema dengan sikap individualistik anda dalam cita rasa rekaan tanpa perlu memberi kesan kepada rekaan dalaman rumah anda. Tambahkan sentuhan peribadi pada rekaan dalaman rumah anda dengan menggunakan fabrik langsir boleh diubah suai daripada Acacia Fabrics, menggabungkan corak dan tekstur fabrik langsir yang lebih kurang ketara untuk penggayaan canggih dan rancak, semuanya dengan mengekalkan keseluruhan estetik. 

Warna Berani dan Rancak

Dari tahun ke tahun, konsep minimalis telah meluaskan pengaruhnya kepada seluruh dunia, digabungkan dengan warna yang lebih terang dan berani dalam konsep hiasan dalaman rumah, pada tahun 2024 ini, anda boleh bersedia untuk melihat trend desain langsir dalam warna kilat seperti hijau emerald, biru midnight dan merah crimson. Warna-warna garang seperti ini mengeluarkan kenyataan sesuatu sudut ruang malah ingin menarik perhatian penonton dengan pilihan tetingkap dan langsir yang lebih terang-benderang.

Desain Langsir Berlipat 2024

Sumber: Pinterest

Langsir Berlapis

Salah satu lagi trend desain langsir 2024 yang menambat pelbagai pemilik kediaman adalah langsir jenis berlapis, iaitu jahitan langsir yang berlipat, dan jahitan jenis ini bukan sahaja menghebatkan fungsi sesuatu langsir malah memperkenalkan penggayaan menarik pada sesuatu ruang di dalam kediaman. Cuba anda bayangkan sahaja dari segi gabungan mantap langsir beralun dan latar blackout. Jika difikirkan, langsir beralun berfungsi untuk memberikan pemilik kediaman sesuatu privasi dan selain itu mengawal kemasukan pencahayaan semula jadi manakala langsir blackout pula mengubah tetingkap rumah anda menjadi mood lebih mewah atau elegan dengan menjadikan seluruh bilik lebih gelap. Kombinasi atau gabungan yang telah difikirkan oleh pereka langsir sangat tersesuai diaplikasikan di dalam bilik tidur yang mencipta suasana tepat untuk mendapatkan tidur malam yang lena.

 


Lebih-lebih lagi, selain pemilik kediaman mampu menikmati manfaat fungsi hebatnya langsir Berlapis juga mampu digayakan dengan pelbagai jenis pilihan-pilihan corak dan fabrik yang mampu menampilkan ekspresi sisi peribadi atau cita rasa rahsia anda.

 

Kombinasi berlawanannya akan mengejutkan anda seperti latar blackout yang lebih tebal dikombinasikan dengan langsir beralun yang tersangat nipis memberikan pengalaman seperti dua dunia berbeza, dua waktu berlainan, siang dan malam. Sesuai untuk setiap masa dan di setiap ruang kediaman seperti di ruang tamu dan bilik tidur.


Fabrik bertekstur

Tekstur kekal menjadi salah satu elemen terpenting dari segi desain dalaman kediaman ini kerana tekstur memberikan lebih bilangan dan kepelbagaian dalam mana-mana ruang. Kebanyakan pemilik kediaman akan menggunakan fabrik tekstur pada langsir untuk tahun seterusnya, terutamanya dalam tahun 2024 ini, dan fabrik bertekstur ini mampu memberikan seseorang dengan pengalaman deria unik yang mampu mengangkat suasana sesuatu sudut atau bilik. Desain langsir bertekstur kebanyakannya diperbuat daripada baldu, sutera, tenunan dan fabrik bersulam mampu menambah keselesaan dari segi perasaan mewah dan memberikan estetik untuk setiap bilik bagi semua pemilik kediaman.

 

Marmont / Collection

Bright / Collection

Langsir berlipat trend desain yang berkekalan.

Jika dilihat pada trend desain langsir dari dahulu sehingga ke tahun 2024 ini, kebanyakan pereka langsir masih memberikan tumpuan masih menggunakan langsir berlipat yang sentiasa relevan tak kira zaman mana anda berada. Jika dilihat dari segi selain rupa visual yang menambat hati, langsir berlipat terbukti juga berfungsi dengan hebat dan efisien untuk menjimatkan sesuatu ruang atau sudut, selain menawarkan penggayaan yang lebih versatil untuk mencipta penampilan yang lebih meluas. Sama ada anda ingin menyasarkan penggayaan estetik lebih elegan, moden atau pintar, langsir berlipat dengan tiada masalah mampu mengadaptasi ke pelbagai jenis penggayaan, menjadikan desain langsir berlipat menjadikan pilihan kegemaran jika anda menginginkan “fungsi dan fesyen” untuk penggayaan tetingkap anda.

 

Jika dilihat pada trend langsir paling tertinggi dalam tahun 2024, Lipatan Ripplefold sangatlah digemari oleh khalayak ramai kerana desing langsir ini mampu mendominasi penggayaan estetik kontemporari dan anggun. Terutamanya untuk kediaman yang memiliki cita rasa moden dan minimalis, langsir berlipat bukan sahaja membangkitkan keunikan visual malah turut cemerlang dari segi penawaran fungsi mengikut kehendak kehidupan moden.

 

Jika anda ikuti trend desain ini, Langsir berlipat Pinch Perancis muncul sebagai pencabar terdekat kepada Lipatan Ripplefold, kerana ianya terkenal dikenali sebagai langsir berlipat yang terbaik menggabungkan elemen tradisional dan gaya yang mampu membangkitkan perasaan kecanggihan kerana fungsinya namun masih nampak seperti vintaj lalu memberikan anda lebih pilihan untuk menggayakan tetingkap anda.

 

Berdasarkan kesimpulan trend, Langsir Berlipat Eropah mampu menghidupkan semua keanggunan klasik dengan sentuhan moden, lebih-lebih lagi kemasan langsir berlipat sangatlah beruniform dan selaras, mempamerkan keselarasan penggayaan desain yang cukup kontemporari. Langsir berlipat juga sangat ideal untuk mereka yang mencari sentuhan elegan dan klasik dalam lokasi cukup kontemporari. Langsir berlipat Eropah mendefinisikan pelbagai jenis penggayaan boleh digabungkan dan mampu menyerlahkan rekaan yang segar dan estetik.

Langsir Pintar

 Mengikut peredaran masa, hari ke hari, teknologi untuk kediaman telah diperkembangkan daripada alat kawalan jauh yang mengawal TV, kini juga terdapat untuk membuka dan menutup langsir anda tanpa perlu berjalan ke arah tetingkap anda. Jadi salah satu trend 2024 adalah pengenalan kepada langsir pintar, yang kini telah diramalkan untuk menjadi trend revolusi kepada industri fabrik dengan menggunakan teknologi suara atau butang digital. Langsir pintar seperti ini mampu ditutup dan dibuka pada waktu tertentu untuk mengawal kemasukan jumlah sinaran matahari dan menghubungkannya ke rangkaian rumah pintar. Langsir pintar juga menjadi pilihan ramai kerana kesenangan dan kemudahan yang ditawarkan selain ianya juga menyimpan cahaya semula jadi dan mengawal suhu dalam setiap sudut ruang kediaman anda.

Desain Langsir Pintar 2024

Sumber: Pinterest

Langsir nipis beralun sentiasa menjadi kegemaran di antara mereka yang tidak bersedia lagi untuk mengorbankan kemasukan cahaya semula jadi ke dalam rumah namun masih ingin hidup dalam sembunyi. Penggunaan dan fungsi langsir dengan fabrik jenis nipis dan ringan masih akan menjadi trend untuk 2024 kerana ianya menyediakan suasana yang berangin dan beralun sampai mampu mencipta rasa menenteramkan. Langsir jenis nipis dan beralun ini telah dicipta untuk mengawal kemasukan cahaya dan memberikan lebih ruang kepada sesuatu sudut di mana menjadi pilihan terbaik untuk mereka yang mahu mengekalkan rumah menjadi seperti ruang minimalis tanpa menenggelamkan atau menggelapkan kediaman. Atmosfera lembut dan romantik selalunya dibangkitkan menerusi langsir dengan fabrik jenis nipis beralun yang sentiasa tampil macam dalam gerakan. Langsir jenis nipis beralun ini juga banyak digunakan di dalam bilik tidur dan ruang tamu terutamanya bagi pemilik kediaman yang mahu penggayaan rumahnya seperti di dalam tropika dan seakan tempat peranginan dan trend 2024 juga menunjukkan lonjakan dalam rekaan seperti ini.

 

Kesimpulannya

Jika dilihatkan kepada perkembangan trend desain langsir semasa ke tahun 2024, sememangnya terdapat banyak perubahan kepada pelbagai elemen dalam langsir seperti jenis-jenis corak dan rekaan. Bukan itu sahaja, terdapat juga revolusi teknologi yang patut berbaloi untuk pemilik kediaman menerokai bagi membangkitkan rasa WOW apabila tetamu masuk melihat rekaan langsir dalam rumah mereka. Namun salah satu elemen terpenting dalam menentukan pemilihan langsir anda adalah jenis fabrik yang anda gunakan.

 

Fabrik seperti mesra alam atau fabrik dengan rekaan unik seperti langsir nipis dan beralun, warna-warna fabrik juga menentukan penggayaan langsir dalam rumah anda seperti pemilihan warna bertona bumi sudah semestinya membangkit rasa kemodenan dan mementingkan tentang alam flora manakala warna berani dan terang menimbulkan ekspresi sisi kreatif anda.

 

Namun segala kerumitan dan persoalan mengenai trend desain langsir 2024 boleh anda ketahui dengan lanjut bersama Acacia Fabrics. Kami memiliki antara gudang fabrik terluas dengan pelbagai pilihan terkini dan semasa yang menepati setiap cita rasa pemilik kediaman. Acacia Fabrics sentiasa berkomitmen untuk memberikan perkhidmatan yang paling terunggul buat pelanggan yang tinggal di dalam Asia Tenggara seperti Malaysia.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co