BUANG BUKU PERATURAN BELI BELAH LANGSIR KELUAR DARI HIDUP

26 Julai 2018

by JOANN LIM

Dengan hiasan dalaman menjadi ukuran sebenar keperibadian individu, idea luar biasa tidak harus membatasi atau menentukan bagaimana anda boleh atau tidak menghias ruang peribadi anda. Kami katakan inilah masa untuk buang buku peraturan lama keluar dari hidup bila tiba masa untuk beli belah langsir

Ini adalah cara untuk membuka mata tentang langsir dan menaikkan seri bilik anda ke tahap seterusnya dengan beberapa panduan dan langkah ini.

1. Lebih daripada hiasan tingkap

Sudah pasti bahawa sofa adalah cara terbaik untuk cantikkan tingkap anda, tapi kenapa setakat itu sahaja? Selain mengawal jumlah cahaya matahari memasuki bilik, langsir juga boleh menjadi cara kreatif memberi dan membangkitkan lebih personaliti kepada ruang.

Langsir boleh menjadi ruang perhatian utama kepada aspek tertentu atau perabot dalam bilik. Langsir adalah cara terbaik untuk membawa fokus kepada beberapa perkara yang anda ingin sorotkan. Contohnya, dengan menggunakan langsir dan tirai di belakang kepala katil, anda boleh jadikan bilik tidur anda seperti teater bilik beradu.

Secara alternatif, daripada membawa fokus, langsir juga boleh sembunyikan bahagian bilik yang menyakitkan mata seperti, tempat bersepah dan padat. Ini adalah solusi ideal untuk anda membuka lebih ruang menyimpan dan mengemas bila tetamu datang tanpa dijemput dan semuanya di sebalik selimut.

Millennium / Collection

Genii / Collection

2. Membawa langsir keluar ke ruang luaran yang gah

Seperti dikatakan di atas, langsir boleh digunakan dalam pelbagai cara selain menjadi hiasan tingkap. Dengan memilih fabrik yang betul, langsir boleh digunakan di bahagian luar seperti di patio, tempat simpan kereta, geladak, tepi kolam- aplikasinya hanya terhad pada imaginasi anda.

Fikirkan bila anda sedang bermalas-malas di buaian sementara angin memasuk pondok kecil anda, atau warna terang menjadi kelipan lilin di belakang langsir sementara anda menikmati wain dan makan malam romantik di balkoni luar. Langsir luar bukan sahaja memberikan kawalan sempurna untuk cahaya semula jadi, malah ia boleh digunakan untuk menentukan mood, menaikkan suasana dan membawakan udara mewah ke ruang luar rumah anda.

Inside Out / Collection

Kadelio / Collection

3. Ucapkan selamat tinggal kepada pakaian tingkap yang sama

Tiada lagi hari di mana tingkap anda perlu mempunyai hiasan tingkap, rekaan langsir dan fabrik yang sama. Dapatkan insentif dan serlahkan kesenian anda dengan membawa bersama kombinasi berbeza corak, warna malah fabrik untuk mencipta rupa terbaik menepati mood bilik dan personaliti anda.

Mencampur dan memadankan langsir anda akan meningkatkan penampilan moden dan mengikut trend pada bilik anda dan pasti meninggalkan impak pada tetamu anda. Jika anda sedang mencari suasana yang unik dalam rumah anda atau tumpuan rasmi yang anda banggakan, jadi jangan biarkan langsir biasa menahan diri anda!

Millennium / Collection

Sweet Dreams / Collection

4. Langsir dan warna kusam dinding bakal pupus

Terdapat kepercayaan lama tentang memadankan langsir dengan dinding anda akan menyerlahkan bilik bersama dan mencipta suasana damai dan tenteram. Jika anda fikir cara ini tidak menepati cita rasa anda, pilihlah langsir dengan warna sama tapi satu atau dua tona warna berbeza daripada dinding anda, untuk persekitaran lebih neutral dan harmoni.

Walau bagaimanapun, jika kontras yang berani menepati gaya pilihan anda, memilih warna langsir yang terang akan menyorotkan visual menarik bilik anda. Ia akan menepati dengan ruang yang kecil dengan langsir menjadi tumpuan. Cuba berhati-hati dengan mempunyai banyak bayangan warna terang dalam hiasan keseluruhan anda kerana warna yang kontras dengan cepat boleh menjadi tidak sepadan dan terlalu banyak.

Bali / Collection

Headline / Collection

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co