Tip Terbaik Hilangkan Kotoran Sofa Fabrik Fibreguard

5 Disember 2018

by Joann Lim

Kita semua telah merasai keperitan mencuba membuang kotoran degil daripada sofa kita. Mungkin ia berpunca daripada wain merah tertumpah dari tangan, kanak-kanak yang cuba menjadi kreatif dengan krayon atau secara tidak sengaja berpunca dari haiwan peliharaan yang tidak dilatih.

Walau apa jua sebab dan nasib malang terjadi, anda boleh pasti semuanya tidak akan berakhir, tompokan atau kotoran pada upholsteri anda – kecelakaan sentiasa berlaku, sebab itulah FibreGuard patut menjadi pilihan pertama anda bila memilih fabrik untuk sofa anda. Inilah tiga sebabnya:

Braveheart / Collection

Pencucian tidak menyusahkan

Mencuci masalah adalah masalah dan mengekalkan prestij sofa tidak semudah disangka. Dengan teknologi bebas kotoran FibreGuard, dakwat pen, kicap, tanah liat, kopi atau kotoran dalam rumah senang dicuci dengan sedikit air dan lapkan secara bulatan dengan kain mikrofiber atau tisu kertas. Anda mungkin perlukan sedikit sabun cucian untuk kotoran yang lebih degil, tapi kotoran yang mudah pasti senang diuruskan, menjadikan sofa anda kelihatan bersih dan menawan setiap tahun.

Cairo / Collection

Berikut adalah 4 langkah cara mencuci dengan fabrik FibreGuard:

Langkah 1: Buang semua baki sisa kotoran dengan peralatan permukaan mendatar seperti sudu teh.

Langkah 2: Letakkan air pada kotoran dan lap mengggunakan tisu kertas putih untuk menyerap sisa dan kotoran terperangkap. Ulangi langkah ini sebanyak mungkin sehingga kotoran tidak lagi kelihatan.

Langkah 3: Untuk kotoran degil yang banyak, letakkan air pada kawasan kotor dan gunakan sedikit sabun cucian biasa. Gosok secara lembut ke kawasan kotor dengan kain mikrofiber dengan gerakan bulatan.

Langkah 4: Biarkan fabrik kering secara semula jadi.

Norm / Collection

Jaminan kualiti

Fabrik FibreGuard adalah label kualiti yang dipercayai kerana ia menerima perakuan OekoTex – ini bermakna kesemua fabriknya dibuat secara mampan pada alam sekitar. Selain itu, fabriknya juga telah diuji dan selamat daripada bahan kimia berbahaya.

Selain daripada itu, fabrik FibreGuard juga perlu melalui ujian secara berkala dan ketat terhadap pewarnaan di makmal yang diakreditasi sepenuhnya bagi memastkan pretasi tinggi dan senang dicuci dan mampu tahan daripada kotoran harian.

Dalam kata lain, fabrik FibreGuard adalah kualiti yang anda boleh percayai.

Lienz / Collection

Kalis dan tahan lama

Akhir sekali, FibreGuard adalah fabrik kalis terhebat kerana fungsi bebas kotorannya tidak akan tamat walaupun berkali-kali dicuci atau cucian harian – tiada had. Walaupun kawasan kotoran sebelum ini kotor semula, baharu (atau masa depan) semua kotoran ini amat mudah dicuci tanpa perlu bersusah payah. Dalam kata lain, mencuci atau membasuh fabrik FibreGuard tidak akan tenggelamkan atau hilangkan fungsinya untuk bertahun lamanya.

Jadi jika anda sedang mencari fabrik mudah dicuci dan diperakui kualitinya serta mampu bertahan bertahun lamanya, tidak perlu cari jauh-jauh, fabrik FibreGuard adalah caranya bagi sofa anda!

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co