Pelapik Sofa Shield Perlindungan untuk Sofa Anda

25 April 2019

by MARTIN OOI

Sofa adalah perkara pertama yang anda dapatkan bila anda membeli rumah baharu dan kebiasaannya ianya barangan paling mahal sekali, apabila beli-belah perabot. Bergantung kepada bahan dan fabrik, set sofa dengan mudah bernilai antara RM1,000 – RM5,000 dan ke atas! Jika kita letak tepi harga, sofa masih mempunyai nilai lebih tinggi berbanding harganya – dan kita berbicara mengenai nilai sentimental ya kalian semua.

Walaupun hakikatnya menyakitkan, sebenarnya sofa lebih mudah terdedah pada kerosakan, koyak, kotoran, lusuh, cakaran dan sebagainya! Sementara kita sering berbaring di atas sofa tersayang kita untuk santai menonton filem pada malam Sabtu, tidur petang atau sesi belai haiwan peliharaan, ianya akan membawa kesan pada sofa kita. Setelah sekian lama, sofa glamor anda akan jatuh ke dalam tong sampah, walaupun ada banyak cara untuk baik pulih sofa ke rupa glamornya. Kami mencadangkan pendekatan pencegahan yang lebih baik, agar anda boleh berjimat.

Kepada sesiapa antara anda yang masih tertanya apa itu pelapik sofa shield, ini adalah beberapa penerangan mudah untuk memahaminya.

Liberate / Collection

Apakah ia?

Pelapik sofa shield, seperti nama dicadangkan adalah lapisan luar fabrik yang biasanya diperbuat daripada bahan yang tebal dan tahan lama. Tujuan utamanya adalah untuk melindungi sofa anda daripada cakaran, tumpahan, kotoran, pembakaran dan banyak lagi. Bayangkan bila ada anjing atau kucing di rumah, selalunya mereka suka menghampiri kita bila kita berada atas sofa, ini menyebabkan mereka bercakaran merata tempat dengan kuku mereka sehingga mereka rasa selesa. Selalunya, ada juga cakaran yang mengeluarkan kesan tompokan dan koyakkan.

Liberate / Collection

Kenapa anda perlu gunakannya?

Dengan pelapik sofa shield, anda boleh meminimakan ruang permukaan untuk haiwan peliharaan anda mencakar. Ini dapat menjimatkan banyak duit dan penat lelah kerana ia merupakan satu alternatif yang lebih murah daripada memulihkan sofa dan kebiasaannya pelapik sofa boleh dibasuh, jadi ia menjadikannya pelaburan perlindungan terbaik untuk bertahun lamanya.

Monsieur / Collection

Bagaimana anda boleh gunakannya?

Walaupun bunyinya agak sukar, pelapik sofa shield bukanlah diinspirasikan oleh medan tenaga sains fiksyen yang memerlukan sekumpulan juruteknik berkemahiran tinggi untuk kendalikannya. Sebaliknya, ia memerlukan skil yang sedikit untuk memasang dan kebiasaannya ia menggunakan mekanisme pasang sahaja di antara ruang sofa anda dan titik utama. Tidak perlu penerangan Panjang berjela.

Monsieur / Collection

Di mana anda boleh dapatkannya?

Pelapik sofa shield telah menjadi aksesori wajib di mana anda boleh dapatkan di mana-mana sahaja. Jika anda lebih gemar untuk melawat kedai fizikal sebelum membuat pembelian, ianya boleh didapati di mana-mana kedai fabrik dan perabot. Jika anda suka beli belah dalam talian, ia juga boleh didapati melalui kedai dalam talian juga, menjadikannya aksesori yang mudah di akses untuk sofa anda.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co