Fabrik Premium untuk Langsir & Sofa

19 April 2019

by Martin Ooi

Dah dapat kunci rumah baharu anda? Berangan untuk hias semula rumah anda bersempena dengan tahun baharu? Berimpian nak tambah suasana segar dan menarik dalam rumah anda? Cara terbaik untuk lakukannya adalah bermula dengan perabot dan mungkin beberapa langsir baharu. Langsir dan sofa adalah beberapa aksesori yang mampu mengindahkan bilik dan dengan dua benda ini anda mampu tentukan suasana seluruh kediaman anda. Walau bagaimanapun, memilih fabrik yang betul untuk sofa dan langsir anda adalah penting juga kerana ia adalah sebahagian daripada cara untuk anda mencapai hasil yang anda mahukan.

Jom mulakan dengan fabrik premium, bergantung pada bajet anda, anda mungkin boleh pilih bajet mesra bajet juga. Tapi dalam artikel ini, kita akan mengutamakan fabrik yang lebih mewah dan sesuai bagi mereka untuk menukar kediaman mereka menjadi istana mewah. Seperti dikatakan sebelum ini, memilih fabrik yang betul bergantung pada keperluan anda kerana setiap fabrik memiliki karakteristik dan ciri-ciri individual tertentu.

Colourwash / Collection

Baldu

Salah satu fabrik premium yang anda boleh pertimbangkan adalah baldu, kerana rupanya yang menakjubkan apabila disalut dengan rasa mewahnya sesuai bagi mereka yang mencari suasana diraja dalam kediaman mereka. Ianya adalah padanan sempurna untuk ruang makan, secara tradisionalnya ia menggayakan ruang tamu dan kamar tidur utama. Sangkaan salah tentang baldu adalah ramai orang menganggapnya ia tidak tahan lama kerana kain “Glamor” nya. Walau bagaimanapun, anda pasti akan terkejut dengan kekuatan cengkaman dan ketahanannya, walaupun dianggap sebagai fabrik yang lembut di pasaran. Jika anda sukakan binatang atau sering terdedah dengan cakaran pada langsir dan perabut anda, baldu adalah penyelesaiannya.

Deluxe / Collection

Jika anda adalah orang yang cintakan cahaya semula jadi, Linen adalah pilihan terbaik anda! Ianya adalah fabrik terbaik untuk ruang makan atau ruang tamu anda, menjadikannya fabrik terbaik untuk langsir dan sofa anda, fabriknya sangat menarik mata memandang dengan lembaran semula jadinya, menjadikannya salah satu sebab sebagai pilihan popular orang ramai untuk kediaman mereka. Itu membuktikan, tekstur uniknya menyerlahkan rupa aestetik dibawah cahaya semulajadi. Bukan sahaja lembut, malah sejuk apabila dibelai walaupun dalam iklim panas, jangan risau kerana anda akan rasa selesa dengan Linen. Bagi penyelenggaraannya, anda tak perlu bimbang kerana ia mengekalkan kotoran pada teluknya kerana tenunan kompaknya, malah tahan lama juga.

Ludo / Collection

Jika anda sukakan fabrik mewah yang boleh tambah faktor “Wow” dalam bilik anda, chenille adalah caranya! Dibuat daripada kapas, sutera, rayon, atau bulu, fabrik chenille memiliki tekstur yang sangat lembut dan tebal. Berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ulat bulu, ia berkait rapat dengan tekstur fabriknya seperti memiliki rupa bentuk ulat bulu. Ianya sangatlah versatil dan boleh digunakan untuk langsir dan sofa, dimana-mana sahaja yang anda mahukan untuk cipta suasana mewah. Fabrik chenille juga sangatlah tahan, menjadikannya ideal untuk pelindung sofa dan kerusi sementara memberikan anda ketenangan minda bila menyelenggaranya. Dengan pelbagai pilihan warna dan reka bentuk, ianya memang sempurna untuk kebanyakan bilik dalam kediaman anda, namun anda dinasihatkan untuk tidak menggunakannya di dalam bilik air atau di dapur anda.

ngin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co