JANGAN MENGHAKIMI SOFA MELALUI PELAPIKNYA

11 Julai 2018

by SAMEER YOONUS

Jika ada sesuatu objek bukan manusia dalam rumah anda yang anda dakwa mempunyai hubungan istimewa dengan anda, tanpa ragu-ragu adalah sofa anda. Fikirkan semula. Bila anda pulang rumah selepas hari yang panjang di tempat kerja, perkara pertama yang anda sentuh adalah sofa di ruang tamu anda. Sofa anda adalah tempat anda dan keluarga berbincang dan tempat tetamu duduk, sama ada ketika perayaan atau bersantai.

Farben Orleans / Collection

Sebab itu, sofa anda menjadi teman mesra atau kawan baik anda. Kawan baik sentiasa rapat dengan anda, menyokong anda dan paling penting tidak mendatangkan bahaya pada anda. Bagaimana sofa akan membahayakan anda, soal anda?

Ini jawapannya. Salah satu cara paling senang untuk jual sofa adalah dengan jadikan rupanya menarik mungkin di paparan kedai dan sementara pelanggan mencari sofa untuk dibeli, kita sering membuat keputusan berdasarkan apa yang kita lihat dan rasa. “Jika saya sukakan warnanya dan jika saya suka rasanya bila saya duduk, ia bagus untuk anda, “Malangnya, ada banyak lagi perkara tentang sofa selain daripada penampilannya. Terutamanya dengan fabrik yang melapik sofa anda.


Fisco / Collection

Adakah anda tahu terdapat fabrik sofa di pasaran yang telah diwarnakan menggunakan kimia karsinogenik (punca kanser)? Adakah anda tahu yang puntung rokok boleh membakar seluruh sofa anda dan membakar rumah anda jika fabrik sofa anda tidak kalis api?

Dan ada pula isu tentang pewarna pudar.

Apabila didedahkan pada cahaya, dibasuh atau digosok, fabrik sofa yang tidak melalui proses pewarna yang betul akan hilang warnanya dalam tempoh beberapa bulan menjadikan sofa anda kelihatan usang dan pudar.

Avalon / Collection

Ketahanan, keselamatan dan warna tahan lama seharusnya menjadi perkara utama apabila membeli sofa atau pelapik sofa.

Lain kali bila anda masuk ke dalam kedai untuk beli sofa atau pelapik sofa, tanya soalan ini. Berapa lama fabrik ini akan bertahan lama? Adakah fabrik ini fabrik kalis api dan selamat untuk digunakan?

Adakah warnanya akan pudar? Jika mana-mana kedai menjual fabrik diperakui tulen, seperti yang kami ada di Acacia, anda boleh memilih warna dan rasa kegemaran anda dengan mudah.

Tapi sehingga itu, adalah lebih bijak untuk anda tidak menghakimi kualiti sofa anda melalui penampilannya sahaja.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co

Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co