Jangan Hadkan Pembelian Apabila Membeli Belah Langsir

31 Mei 2018

by JADE WONG

Jualan. Harga borong. Diskaun. Kata-kata manis dilemparkan untuk menguji pembeli agar mereka rasa kurang bersalah mengeluarkan duit dari poket secara berhemat. Dengan bulan Syawal hampir tiba, tiba masa sekali lagi untuk tukar langsir baharu bagi mencantikkan rumah. Sementara papan iklan kuning dan colok merah menjerit memanggil anda daripada pusat beli-belah dengan harga rendah, inilah 3 sebab utama mengapa mengubah mentaliti sukakan potongan harga ke fikiran berkualiti adalah tawaran terbaik untuk anda.

Gallery / Collection

MENGELAKKAN KEJANGGALAN

Raya adalah masa untuk bergaya. Berpakaian untuk menyerlah sementara menjadi hos bagi kawan dan famili di rumah adalah tidak terhad pada apa anda pakai tetapi bagaimana anda menghiasi rumah anda. Hiasan baharu, upholsteri baharu dan langsir terkini memberi kenyataan kepuasan ketika di musim perayaan ini. Tapi tunggu – apabila anda melawat rumah sepupu kedua anda, anda terima khabar buruk; langsir mereka nampak sama...malah, ianya serupa dengan apa yang anda ada dalam ruang tamu anda.

Jualan murah akan menarik lebih ramai pengunjung, jadi kebarangkalian seseorang yang anda kenali akan membeli pada tempat sama dalam tempoh sama semasa jualan berlaku dan terus membuat pembelian adalah tinggi. Untuk menyelamatkan anda daripada kejanggalan tentang siapa yang lebih baik menghias langsir dan pengalaman beli-belah yang penuh nikmat, lawati pusat pameran ketika musim kemuncak apabila staf jualan mampu meluangkan masa dan perhatian kepada keperluan anda dan mungkin menunjukkan rekaan unik adalah satu perkara yang anda perlukan tanpa anda sedari.

Museo / Collection

KETAHANAN MUTLAK

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa berada dalam persekitaran tenang (bertentangan dengan keterujaan untuk bergegas-gegas pada musim jualan murah) membantu orang membuat keputusan bernas dan mengurangkan belian ikut nafsu – sebagai pelanggan, anda perlu gembira dengan pembelian anda! Sementara sesetengah jualan nampak ikhlas, namun adakalanya mengapa barang itu menjadi murah tidak diterangkan. Adakah langsir yang anda beli pudar selepas pertama kali dibasuh? Adakah langsir-langsir itu akan lusuh dan koyak selepas beberapa kali dibasuh? Bolehkah mereka tahan bertahun lamanya selepas terkena sinaran UV daripada matahari setiap hari?

Adalah penting untuk fikirkan bahawa anda dapat apa yang anda bayar – kos yang sedikit tinggi adalah harga kecil yang terpaksa dibayar untuk anda rasa tenang mengetahui anda telah membeli langsir berkualiti tinggi dan berprestij yang telah melalui ujian makmal untuk ketahanan dan telah menerima pengesahan antarabangsa.

GABUNGAN SEMPURNA

Beli belah langsir adalah sedikit berbeza daripada membeli barang runcit kerana ianya kekal menjadi hiasan dalam rumah anda. Adalah masuk akal untuk tidak kompromi tentang rasa, warna, kualiti dan bagaimana ia melengkapi keseluruhan dalaman rumah anda. Langsir jahit tempah dijahit untuk menepati keperluan sebenar rumah anda memastikan anda tidak membazir wang untuk menukarnya jika anda tidak gembira dengan panjang dan bagaimana ia melabuh. Daripada “meneka” dimensi langsir anda, adalah terbaik untuk serahkan tugas mengukur kepada pakar terutamanya apabila Raya bakal menjelma dalam sebulan lagi – anda tidak mampu untuk buat silap.

Walaupun selepas segalanya, melebihi perayaan dan beli belah, kemeriahan raya datang dari orang yang menyambut bersama tersayang. Kami, di Acacia, mengucapkan rakan-rakan muslim selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir batin.

Solitude / Collection

Westfield / Collection

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co