Fabrik Mesra Kanak Kanak Dan Selamat Setiap Ibu Bapa Senang Hati

20 Ogos 2018

by JOANN LIM

Simen dan batu bata membentuk rumah, namun ketawa dari kanak-kanak membentuk kediaman. Sebagai ibu bapa, melakukan sesuatu untuk anak anda dengan terbaik adalah biasa; bila bicara tentang memilih fabrik untuk hiasan rumah, sama ada upholsteri sofa, langsir baharu atau sarung bantal – memilih tekstil yang menepati standard, selamat dan kondusif dalam persekitaran anak kecil anda adalah jaminan yang penting.

Di sini ada 4 sebab kenapa ibu bapa sukakan Acacia Fabrics:

1. Diuji selamat daripada bahan berbahaya

Setiap satu daripada semua fabrik kami dilengkapi dengan OEKO-TEX Standard 100, iaitu pencapaian emas bagi pengujian bebas dan sistem piawaian untuk produk tekstil daripada semua tahap pembuatan dengan rantaian nilai Tekstil. 

Ini bermakna semua koleksi daripada Acacia Fabrics telah diuji selamat daripada pewarna yang menjadi punca kanser, besi keras (timah, merkuri, dan sebagainya) malah kandungan yang juga dikenali bahaya pada kesihatan tapi tidak lagi dikawal selia/ diharamkan oleh undang-undang seperti racun perosak, pewarna alergi. Tambahan lagi, fabrik ini juga diuji untuk mesra kulit dalam nilai pH.

Kita sendiri tahu kulit kanak-kanak sangat sensitif dan memastikan fabrik kita lembut pada kulit mereka adalah perkara terpenting sekali.

2. Dikeluarkan secara lestari dan mesra alam

Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk mendidik dengan teladan contohnya dengan memiliki gaya hidup hijau dan mengajar nilai kehidupan lestari dalam kehidupan seharian dalam keluarga. Dengan OEKO-TEX Standard 100, anda boleh pastikan anda membantu alam semula jadi dalam projek hiasan rumah anda.

Fabrik kami diperiksa teliti untuk kesan pengeluaran pada alam sebagaimana masalah berkaitan pembuangan, guna semula, kitar semula dan pembuangan (mengitar semula haba atau tapak pelupusan) tekstil. Lagipun, mengikut kata orang asli; kita tidak mewarisi bumi ini daripada moyang kita; kita hanya pinjam daripada anak-anak kita.

3. Teknologi Bebas Kotoran

Secara universal, umum tahu bahawa kanak-kanak adalah makhluk yang suka buat sepah. Tapi tak perlu bersedih tentang tumpahan susu, contengan atau tompokan krayon bila fabrik anda dilengkapi dengan teknologi bebas kotoran koleksi FibreGuard Acacia Fabrics. Kotoran minuman boleh dibuang dengan air, dan kotoran paling degil hanya perlukan sedikit sabun rumah untuk dibersihkan.

Ucapkan selamat tinggal pada kesusahan menyental kotoran degil; dan kini tanggungjawab ibu bapa lebih mudah dan tenang.

4. Kalis Api

Kebakaran di rumah boleh berlaku tanpa jangkaan pada setiap masa walau dengan apa-apa sebab sekalipun. Wayar rosak, dapur terabai, lilin yang dibiarkan terlalu lama...apa jua puncanya, persediaan adalah sebahagian daripada pencegahan, dan ianya sama penting juga bila anda memiliki anak.

Di sinilah FR-One fire resistant fabrics berfungsi. Moden, ekologi, versatil, bergaya dan paling penting selamat, koleksi FR-One kami direka melalui kajian mendalam tentang ciri kalis api melalui fabrik berbeza. Kesannya adalah pasti selamat, gentian serat menghalang api secara inovatif dan menawan pada masa yang sama – direka agar rumah anda kekal cantik malah selamat.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co