5 Sebab Pelapik Spfa Premium Sangat Berbaloi

20 September 2018

by Joann Lim

Apabila sering kita luangkan masa di sofa di dalam rumah, tidak mengejutkan untuk mengatakan sofa adalah jantung rumah yang utama bagi kebanyakan keluarga. Jadi memang tidak salah untuk memilih pelapik sofa dengan merancang dan berfikir secara berhati-hati.

Bercadang untuk menaik taraf sofa anda? Di bawah adalah 4 sebab utama pelapik sofa premium adalah pilihan terbaik.

Develop / Collection

1. Tahan Lama

Ada betulnya ungkapan kualiti mengatasi kuantiti, dan pelapik sofa premium yang digunakan Acacia Fabrics mempunyai kualiti tahan lama tanpa ragu.

Kesemua fabrik kami telah direka untuk kalis daripada pengelupasan dan menjalani ujian prestasi untuk ketahanan, termasuklah jahitan mengelincir, pilling, kekuatan tegangan, dan kegunaan. Anda boleh jamin bahawa pelapik sofa premium anda mampu menampung bilangan duduk terbaik, kerana kami mengambil kira setiap perincian bagi memastikan anda mampu menikmati hanya kualiti terbaik, daripada nombor anyaman sehinggalah ke kandungan fiber.

Centurion / Collection

2. Perlindungan Sempurna

Mempunyai pelapik sofa dengan kualiti premium bukan sahaja membuatkan bilik anda cantik, malah memanjangkan usia perabot anda dengan mengekalkan kebersihan dan perlindungan sofa anda. Mana-mana habuk, kotoran, cemar, atau tumpahan, pelapik sofa premium daripada koleksi FibreGuard kalis dengan kotoran paling degil. Hanya air dan sedikit sabun rumah yang diperlukan untuk memastikan sofa anda tampil bersih dan anggun.

Dengan pelapik sofa yang bagus, jika anda ada haiwan peliharaan, kanak-kanak atau ancaman bersepah - semuanya tiada masalah malah lebih senang.

Elation / Collection

3. Kos Efektif

Pelapik sofa premium adalah cara jimat untuk menyegarkan sofa lama anda dan menaikkan seri rupa dan rasa rumah anda tanpa perlu membeli set sofa jenama baharu. Dengan ketahanan tahan lama, perlindungan terbaik untuk sofa anda dan penyelenggaraan mudah, kos yang efektif mampu memberikan impak pada belanjawan masa depan anda.

Braveheart / Collection

4. Pilihan Rekaan Tanpa Had

Tiada yang lebih elegan dan mewah daripada pelapik sofa yang memenuhi citarasa reka bentuk anda. Dengan pilihan lebih daripada 12,000 produk upholsteri dalam arkib fabrik kami, anda mampu mencari pelapik sofa sempurna bagi merealisasikan kediaman impian anda.

Sama ada stail dekorasi dalaman anda moden, minimalis, kontemporari mahupun ranggi, kami mempunyai pilihan galeri yang luas untuk anda pilih, memberikan anda akses terbaik untuk idea pelapik sofa premium anda.

Foremost / Collection

5. Kemewahan yang anda mampu saksi dan alami

Memang tidak boleh dinafikan fabrik premium bukan sahaja membuatkan pelapik sofa anda nampak menakjubkan, malah ia mampu membuatkan sentuhan rasa terbaik. Selain itu, dengan pelapik sofa premium, kurang peluang untuk rakan atau pelawat anda mengatakan mereka mempunyai reka bentuk yang sama jika dibandingkan dengan variasi buatan besar-besaran yang anda lihat di kedai. Dengan pelapik sofa premium yang bertaraf tinggi, anda mampu mengagumkan tetamu anda malah membangkitkan seri segar pada sofa anda.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co