Langsir Moden Untuk Ruang Tamu Terkini

01 Tháng Mười, 2019

 

    1. Ukuran Langsir

      Sebelum memilih langsir pilihan anda, pastikan ukuran langsir anda tidak mencecah lantai bagi mengelakkan kotoran di lantai melekat pada langsir dan kelihatan terlalu labuh. Ukuran terlalu pendek juga tidak sesuai dan akan nampak lebih pelik. Ukuran paling selamat yang anda perlukan adalah sekurang-kurangnya ada ruang sedikit sebelum mencecah tanah dan melebihi frame tingkap.

    2. Warna

      Pemilihan warna langsir ada berkait rapat dengan warna sofa anda. Warna langsir tersebut perlu harmoni dengan warna perabut anda. Selain itu, anda juga perlu mengambil kira tentang saiz ruang anda. Jika saiz ruang tamu agak kecil, anda perlu memilih warna yang lebih terang agar nampak luas dan menarik. Warna yang gelap kebanyakannya digunakan bagi tujuan privasi yang sesuai untuk bilik tidur. Namun, sekiranya anda ada langsir berganda, anda boleh memilih warna terang pada sisi belakang dan gelap di hadapan.

PRONTO_002 1000x1500

Pronto / Collection

SOUTHPACIFICCAM1 1000x1300

South Pacific / Collection

  1. Jenis Kain

    Terdapat pelbagai jenis kain dengan pelbagai jenis fungsi. Sebagai contoh, kain yang nipis berfungsi untuk membenarkan cahaya masuk dan rasa segar setiap kali berada di dalam rumah. Manakala, jenis black out yang lebih tebal sesuai untuk privasi di dalam bilik. Ada juga jenis English Classic yang menampilkan rekaan tradisional dan tenunan tangan yang menampilkan ciri-ciri mewah dan anggun. Pilihlah kain yang berkualiti untuk kegunaan lama.

  2. Corak
  3. Kebanyakan langsir moden mempunyai corak yang sangat minimal. Terlampau banyak corak boleh menyebabkan langsir anda nampak janggal. Namun, jika anda masih mahukan corak, pastikan ia sepadan dengan rekaan perabot dan rekaannya perlu mengikut trend paling terkini agar tidak nampak keterlaluan.

  4. Variasikan Rekaan Langsir
  5. Langsir anda tidak perlu sama corak atau rekaan pada ruang-ruang lain seperti di dapur atau di bilik tidur. Pastikan ia berbeza daripada ruang-ruang lain agar ciri-ciri verstail dapat diserlahkan lagi. Ikut kreativi anda dalam mengadun rekaan langsir di dalam rumah anda. Langsir ruang tamu anda perlulah yang paling menarik perhatian berbanding ruang-ruang lain kerana di situ adalah tempat tumpuan. 

Setelah meneliti beberapa faktor di atas, anda perlu kenali pula jenis langsir anda, agar anda tidak membuat kesilapan dan rugi pada kemudian hari. Pastikan jenis langsir anda adalah moden dan tidak lari jauh dari konsep itu. Ada sesetengah pengguna yang memilih langsir jenis tradisional kerana coraknya cantik namun terpaksa menukarnya kembali kerana tidak menghidupkan suasana moden yang ingin direalisasikan. Di bawah adalah beberapa jenis langsir moden yang boleh anda terokai untuk memantapkan lagi ruang tamu kediaman anda.

 

1. LANGSIR JENIS LURUS

Langsir jenis lurus sangat tepat untuk ruang tamu moden. Kerana rekaannya yang minimal, anda boleh memadankannya dengan pelbagai jenis perabot atau dinding rumah anda. Langsir jenis ini juga boleh mewujudkan suasana yang lebih damai dan nyaman. Terdapat pelbagai pilihan warna dan corak untuk langsir jenis ini. Sesetengah orang memilih langsir berganda untuk dapatkan hasil lebih memuaskan. Di belakang langsir berganda ini fabriknya lebih ringan agar cahaya terang mudah masuk manakala di hadapannya pula, fabriknya lebih tebal untuk privasi pada waktu malam hari.

Anda juga boleh meletakkan aksesori pada langsir jenis lurus tetapi tidak digalakkan bagi mengekalkan identiti ringkas dan elegannya.

PRONTO_007 1000x1500

Pronto / Collection

SEMINAR_003 1000x1300

Seminar / Collection

2. LANGSIR JENIS ROM

Langsir jenis ROM juga boleh diaplikasikan dalam konsep moden. Langsir ini mempunyai bentuk segi empat sisi yang menawan dan unik. Apabila tingkap dibuka, ia akan terbuka dalan lipatan mendatar yang sangat mewah. Namun, apabila diluruskan, langsir ini akan menutup tingkap sehingga ke ambang tingkap dan dalam bentuk terkumpul. Terdapat pelbagai jenis langsir Rom.

  1. Frame Wayar

    Dilengkapi dengan pengikat teguh dan keras yang membentuk lipatan ketat.

  2. Tanpa Frame
  3. Tidak dilengkapi dengan sebarang pengikat. Lipatan terbentuk dalam bentuk tersusun semata-mata, tetapi turun secara menawan pada sisi tepi.

Pilihan warna langsir ROM kebanyakannya adalah lebih terang bagi menyerlahkan pemandangan tingkap anda. Langsir jenis ROM juga boleh digabungkan dengan langsir jenis lurus yang dapat memberikan kombinasi yang lebih menarik dan tersendiri.

 

  1. LANGSIR DENGAN LAMBREQUIN

Jika ruang tamu anda besar dan luas, anda mungkin boleh mempertimbangkan langsir dengan hiasan Lambrequin yang mampu menambat hati orang ramai. Reka bentuk yang mewah dan bergaya serta eksklusif mampu menyerlahkan ruang tamu anda dengan lebih anggun dan elegan. Lambrequin juga dapat melengkapkan rekaan langsir anda agar tidak nampak terlalu ringkas dan sederhaha. Secara dasar, Lambrequin adalah satu perhiasan bagi langsir pada pengikat langsir paling atas.

Dalam kata lain, ia berfungsi sebagai kepala tirai. Lambrequien yang berasal dari Perancis juga selalu digunakan pada hujung atap bumbung untuk kemasan yang lebih unik dan artistik.

 

Terdapat pelbagai jenis langsir yang boleh anda terokai lagi. Sekiranya anda masih dalam kebuntuan, anda boleh dapatkan pertolongan daripada pakar hiasan dalaman untuk nasihat dan bimbingan lebih lanjut.

SEMINAR_002 1000x1500

Seminar / Collection

Bạn đang tìm kiếm chiếc ghế sofa chất lượng với những loại vải sáng tạo và dễ dàng bảo dưỡng? Hãy tìm phòng trưng bày gần mình nhất tại acaciasofa.co
Nếu bạn đang tìm kiếm một bức màn hoàn hảo thể hiện rõ cá tính ngôi nhà của bạn, hãy tìm đến các cửa hàng gần nhất tại 
acaciacurtain.co