Langsir Moden Serlahkan Dekorasi Rumah Terkini

24 Tháng Chín, 2019
  1. LANGSIR MODEN DEKORASI ALA INDUSTRI

Mungkin sesetengah orang tidak dapat menerima konsep ini kerana sentuhannya dianggap berbeza, seakan-akan pembinaan tidak siap. Namun lain pula bagi mereka yang tinggal di bandar. Mereka merasakan konsep ini berani, kreatif dan luar biasa. Ini kerana pemilihan warna monokromatiknya menyerlahkan sisi bebas dan keras malah barang hiasannya juga berdasarkan pembinaan seperti aluminium, kayu dan batu bata.

Langsir bergaya Loft adalah pemilihan terbaik buat konsep bandar-industri. Gaya Loft berasal dari abad 40an di Amerika Syarikat di mana ketika perindustrian kilang gergasi telah berpindah ke pinggir bandar. Ramai warga bandar mengambil kesempatan ini untuk membeli bangunan terbiar itu dan menukarkannya menjadi studio kreatif dan tempat tinggal tanpa mengubah ciri-ciri asal hiasannya.

Tingkap luas, berpanorama dan tinggi membuatkan langsir Loft sesuai untuk konsep ini. Kebiasaanya, langsir Loft menampilkan kekemasan yang lebih lembut dan ringkas tetapi dengan saiz dan ketinggian yang lebih besar dan tinggi.  Selalunya, tetingkap bagi langsir Loft dibiarkan kosong untuk memberikan suasana yang lebih cerah dan unik. Tetingkap plastic mendatar atau tirai logam adalah pilihan terbaik. Namun, tetingkap rolling kayu tidak digalakkan untuk konsep ini.

Malta_002 1000x1300

Malta / Collection

Malta_005 1000x1000

Malta / Collection

Langsir Loft anda perlulah nampak sederhana dan semulajadi. Gaya klasik akan tenggelamkan konsep industri anda. Warna-warna langsir yang biasa seperti kelabu, putih atau kuning cair sangatlah digalakkan. Pemilihan warna ini adalah untuk membenarkan cahaya matahari masuk lalu menyerlahkan ruang tamu rumah anda.

Manakala di ruang dapur pula, semua bergantung pada reka bentuk tingkap anda. Jika tingkap anda jauh dari ruang memasak, maka anda boleh bingkaikan langsir Loft anda dengan langsir kelabu bagi memudahkan cahaya masuk. Anda tidak perlu risau tentang kotoran. Cahaya yang masuk pula mampu membuatkan ruang dapur anda lebih luas dan bebas.

Selain itu, lengkapkannya dengan panel pemadaman dengan pilihan langsir Loft mendatar. Dengan ini, anda mampu mempunyai privasi sewaktu masa makan yang romantis bertemankan cahaya lilin.

  1. LANGSIR MODEN DEKORASI ALA MODEN DAN KONTEMPORARI

Hiasan dalaman moden dan kontemporari adalah dua perkara berbeza, tetapi berfungsi dengan sama dalam menekankan aspek segar dan terkini.  Konsep kontemporari sering menekankan perubahan mengikut arus trend. Manakala, konsep moden mempunyai nilai estetika tersendiri yang bercirikan warna neutral, hangat, seimbang dan segar. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai elemen yang sama iaitu terkini.

Bagi pemilihan langsirnya pula, konsep ini sangat menitik beratkan perincian yang lebih ringkas, minimal, plain dan tidak terlalu bercorak. Selalunya, langsir eyelet dan French pleat menjadi pilihan popular bagi konsep moden kontemporari. Langsir eyelet mempunyai cincin besi yang besar pada kain bagi mengikatnya pada besi panjang tetingkap anda. Berbeza dengan langsir tradisional yang masih menggunakan cangkuk besi “iron hook”.

Reka bentuk langsir ini juga mempunyai lembaran yang lebih lembut dengan lipatan lebih semula jadi agar nampak ringkas serta elegan. Pilihan fabrik dan warnanya juga lebih luas kerana terdapat banyak permintaan di pasaran. Apabila membuat pembelian langsir eyelet, anda perlu mendapatkan ukuran yang tepat iaitu ukuran yang mencecah lantai dan elakkan ukuran terlalu pendek.

Malta_006 1000x1300

Malta / Collection

Malta_007 1000x1000

Malta / Collection

Bagi langsir jenis French pleat, ia hadir dengan rupa tetingkap yang lebih berdekorasi. Langsir ini telah dijahit dan ditetapkan sebegitu rupa untuk menyerlahkan reka bentuk mewah dan asli. Semua jenis kualiti fabrik boleh digunakan untuk langsir jenis ini.

Kainnya juga lebih tebal berbanding langsir biasa. Anda juga boleh menggunakan langsir berganda yang lebih ringan untuk mendapatkan cahaya cerah semula jadi dan pada masa yang sama masih mempunyai privasi yang lebih tertutup pada langsir hadapan. Pemilihan warnanya pula lebih terarah kepada pilihan warna plain yang lebih tebal dan berani. Perincian ringkas padanya dapat menyerlahkan tema kemewahan yang dibawakannya untuk kediaman anda.

Jadi, ini adalah dua konsep langsir moden yang betul, praktikal dan mudah untuk diadaptasi di kediaman anda. Langsir yang sesuai sangatlah penting bagi menjelaskan lagi definisi konsep rumah anda.

Oleh sebab itu, anda perlu menjalankan sedikit kajian tentang factor-faktor lain seperti pemilihan warna dinding, perabot dan ruang untuk memudahkan anda membuat keputusan yang betul ketika membeli langsir idaman.

Langsir idaman anda seharusnya menyerlahkan aura unik dan tersendiri di setiap ruang rumah. Warna, fabric dan jenis tetingkap adalah beberapa ciri yang anda perlu teliti sebelum membeli langsir pilihan.

Jika anda masih tidak pasti untuk membuat pilihan langsir, anda boleh berhubung dengan pakar dekorasi professional di serata tempat. Kepakaran mereka boleh membantu anda menilai langsir terbaik dan mungkin dapat mengurangkan kos tidak perlu seperti kos kesilapan.

Malta_008 1000x1000

Malta / Collection

Bạn đang tìm kiếm chiếc ghế sofa chất lượng với những loại vải sáng tạo và dễ dàng bảo dưỡng? Hãy tìm phòng trưng bày gần mình nhất tại acaciasofa.co
Nếu bạn đang tìm kiếm một bức màn hoàn hảo thể hiện rõ cá tính ngôi nhà của bạn, hãy tìm đến các cửa hàng gần nhất tại 
acaciacurtain.co