Pusat Sehenti Anda untuk Pembekal Utama Fabrik di Vietnam

31 Mei 2019

by ALICIA

Kebanyakan orang apabila fikirkan tentang Vietnam, pasti terbayang akan ‘pho’ (Hidangan bihun sup terkenal Vietnam). Atau mungkin juga hanya saya. Jika mi bukan kegemaran anda, mungkin roti sandwic ‘ban mhi’ terkenal mereka menepati citarasa anda.

Tidak mengapa, jika makanan bukan kemahiran anda (Walaupun saya meraguinya, kerana anda adalah makhluk yang perlu makan), mungkin gambaran anda dan kekasih berkayak menerusi Halong Bay ditemani tebing sungai disisi anda adalah kesukaan anda.

Atau mungkin melawati tempat suci dan kuil di Vietnam. Kuil Van Thuy Tu bukanlah tempat penyembahan suci sahaja malah ia menjadi hos kepada pertunjukan tulang ikan paus terbesar di Asia Tenggara. Kepelbagaian budaya penduduk Vietnam dan kehormatan tinggi kepada pengetahuan adalah bukti kuil kusasteraan dimana nama individu tersohor yang melepasi ujian perubatan kebangsaan telah dipahat pada pelbagai ‘stelae’ (Tablet batu yang digunakan untuk mencatat peristiwa bersejarah oleh penduduk masa lampau)

Seasons / Collection

Selain daripada keajaiban budaya dan identiti menakjubkan Vietnam, yang boleh dilihat pada pasar terbuka yang sibuk menjual barangan segar dan lokasi seni dan kraftangan. Pasar Ben Thanh di bandar Ho Chi Minh adalah nadi utama negaranya dan meraikan kepelbagaian budaya dan penduduk Vietnam dengan barisan sajian kebangsaannya (lebih ‘pho’) dan cenderahati yang boleh dibawa pulang oleh pelancong.

Jika anda ada minat pada muzium, mungkin muzium perang Remnants patut dimasukkan dalam senarai anda. Dikenali kerana gambaran realiti dan mengejutkan kekejaman perang Vietnam, muzium ini juga adalah gambaran keberanian dan keazaman penduduk Vietnam menentang keganasan dan kesusahan.

Terrace / Collection

Oleh itu, perkara ini bertentangan dengan kekuatan mereka dalam menghadapi kesusahan, perpaduan ditemui dalam kekuatan dan kepelbagaian budaya yang Acacia Fabrics tetapkan di negara Vietnam yang indah ini. Anda boleh senang hati dalam apa jua sebab anda menyukai Vietnam, Acacia Fabrics pasti akan memenuhi setiap citarasa dan pendapat yang pelbagai sebagai perintis pembekal fabrik.

Betul, apa anda baca adalah betul. Dengan rendah diri, diasaskan semenjak 25 tahun lalu di Kuala Lumpur, Acacia Fabrics adalah salah satu pemimpin pengeluar fabrik utama di Malaysia, dengan pejabat serantau di Singapura, Thailand dan Vietnam. Hari ini, ia telah mencapai puncak dengan dahulunya adalah untuk menjadi pengeluar fabrik tersohor dalam kalangan suri rumah dan hiasan dalam rumah kini telah menempa nama di pasaran global.

Hari ini, Acacia Fabrics dan matlamatnya adalah untuk menyediakan fabrik berkualiti tinggi kini boleh didapati di negara Vietnam yang indah, yang mula muncul semenjak 2001.

Terrace / Collection

Terletak di daerah Tan Binh di bandar Ho Chi Minh, bandar yang berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa, Acacia Fabrics telah mengembangkan servisnya ke bandar yang paling indah dan berpopulasi tinggi. Di lokasi yang mudah diakses ini, anda dapat menjangkakan kualiti servis dan pilihan yang sama bagi memastikan keperluan berkaitan fabrik anda mampu diselesaikan di kedai keluaran ini. Acacia Fabrics berkomited untuk menyediakan fabrik dengan kualiti tertinggi kepada setiap pelanggannya, kini telah dinaik taraf dengan kemunculan serantaunya di Asia Tenggara.

Setelah berkembang ke bandar raya Ho Chin Minh, Vietnam, orang ramai juga boleh mendapatkan barisan kain dengan standard Acacia Fabrics yang sangat tinggi, pelbagai pilihan yang hampir tidak terhingga untuk anda pilih. Dengan lebih daripada 19,000 produk, di sini di Acacia Fabrics terdapat penyelesaian untuk setiap pelanggan. Keluaran Acacia Fabrics menyediakan pelbagai fungsi dengan pelbagai pilihan koleksi sama ada untuk kediaman atau keperluan berkaitan perniagaan.

Terrace / Collection

Selain itu, sama ada memilih kain tirai anda, atau menentukan corak baru sofa anda, Fabrik Acacia dapat menyelesaikan segalanya. Pilihannya mampu terdiri daripada jenis tekstur, warna dan corak yang berbeza. Sama ada corak yang menarik seperti potongan jalur bersih atau skema warna berkilau yang memanjakan, Fabrik Acacia ada segalanya, bersama dengan visi bahawa fungsi tidak boleh dikompromi untuk gaya. Oleh itu, produk Acacia Fabrics dipenuhi dengan produk tahan lama malah lebih anggun.

Oleh yang demikian, jika anda pernah mendapati diri anda di negara yang indah seperti Vietnam, yang boleh didiami oleh motif semulajadi yang subur dan perayaan budaya yang meriah, dan mencari pembekal fabrik, tidak perlu risau lagi. Acacia Fabrics di sini sedia membantu dan menyelesaikan setiap keperluan fabrik anda sebagai pembekal jualan borong utama di Asia Tenggara. Oleh itu, sama ada anda adalah seseorang yang menggemari ‘pho’ atau hanya jenis ‘ban mhi’, anda masih boleh mempunyai ketenangan fikiran bahawa fabrik daripada Acacia Fabrics sedia berkhidmat di bandar Ho Chi Minh dengan gaya tersendiri.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co