Sofa L vs Sofa Seksyen: Apa Bezanya?

22 September 2020

by Kristen Phang

Apabila bicara tentang Sofa L, kebanyakan pelanggan tidak mengetahui bahawa sofa L adalah dikenali sebagai sofa seksyen. Koleksi sofa seksyen adalah salah satu perabot upholsteri yang paling praktikal untuk kediaman besar ataupun kecil. Semua ini terima kasih kepada bahagian-bahagian yang berbeza yang boleh dibuka koleksi sofa seksyen ini. Pilihan meluas koleksi sofa seksyen bermula daripada sebuah kerusi dengan tempat letak tangan, sofa L, sehinggalah ke sofa tempat tidur. Dengan pilihan yang agak meluas, anda boleh pilih sahaja mana satu sofa seksyen yang sesuai dengan saiz bilik dan susun atur kediaman anda.

Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut tentang sofa L, jom kita lihat dulu Sejarah sofa seksyen.

SEJARAH SOFA SEKSYEN

Sofa seksyen yang kita ketahui sekarang tidaklah muncul sehingga pada era Victorian. Sofa dengan berseksyen ini diperbuat daripada kayu dan upholsteri yang sama dengan kerusi-kerusi perabot yang lain. Kebanyakannya ianya dibuat dengan dua atau lebih daripada itu yang boleh digabung bersama untuk menjadikan sofa yang panjang. Tapi pada masa itu ia tidak digunakan pada sudut-sudut di dalam rumah.

Pada tahun 1950-an, sofa seksyen ini telah menjalani perubahan yang cukup besar dengan menginspirasikan rekaan moden pertengahan abad. Rekaan anggun, bergaya ini dipopularkan oleh pereka perabot terkenal seperti Charles dan Ray Earnes. Trend rekaan perabot baharu ini menumpukan pada gaya yang minimal dengan bentuk geometri yang berani. Cara rekaan terkini ini menunjukkan sofa seksyen adalah sofa yang penting lantas menjadikan kerusi biasa sebagai kurang efektif. Antaranya sofa sekyen yang paling terkenal adalah Sofa berbentuk L. Selain daripada itu, sofa seksyen juga telah dinaik taraf menjadi sofa tidur sebagai pengganti katil yang sangat terkenal di dalam rumah pengguna yang tidak mempunyai keluarga.

Sofa seksyen terus menerajui dan melakar gemilang sehinggalah pada abad ke 20. Fungsi yang lebih maju telah dibina dan digabungkan bersama sebagai contoh, pemegang cawan pada sofa L, fungsi mekanikal untuk menaik atau menurunkan sofa secara automatik, peti ais terbina dan banyak lagi inovasi menjangkaui imaginasi. Sofa seksyen juga boleh didapati dengan pilihan fabrik dan upholsteri yang meluas di Acacia Fabrics bersama warna yang menawan dan anggun bagi menyerlahkan kediaman anda.

Aviator / Collection

Casual / Collection

SOFA L ATAU SOFA SEKSYEN YANG TERHANGAT DI PASARAN

The Laramie Sectional oleh Broyhill adalah sofa dengan gaya tradisional yang menumpukan perhatian pada tangan bergulung, kaki beroti dan trim paku kepala. Koleksi ini sangat mantap untuk hiasan dengan konsep barat dan klasik. Ia juga dilengkapi dengan banyak pilihan fabrik dan upholsteri bersama pilihan warna berbeza di Acacia Fabrics untuk anda gayakan dengan bantal.

Sofa Seksyen Everet menggabungkan gaya kontemporari dengan upholsteri mikrofiber yang menyerlahkan kehangatan dan persekitaran yang menawan. Upholsteri berwarna coklat sangatlah sesuai dengan apa jua pilihan warna dalam kediaman anda. Sofa sekyen ini sangatlah besar dan dilengkapi dengan bahagian yang unik seperti tempat bersandar kaki dan tempat minuman.

Sofa seksyen Veronica memang mampu menggabungkan gaya tradisional yang mempesona dengan keselesaan perabot moden, yang menghasilkan koleksi sofa seksyen tampil lebih canggih pada rupa dan keselesaannya. Koleksi Veronica termasuklah 16 bahagian berbeza pada kiri, kanan dan penyediaan tanpa tempat letak tangan untuk anda membina sofa seksyen paling sempurna.

Kemewahan sofa berkulit boleh menjadi milik anda pada harga yang sangat berpatutan dengan Sofa Seksyen Cortez yang menawan oleh Catnapper. Koleksi gaya moden ini menampilkan upholsteri warna perang yang menarik. Anda juga boleh mengubah suai upholsterinya dengan pilihan fabrik dengan tekstur dan kain terbaik di Acacia Fabrics. Sofa seksyen ini juga dilengkapi dengan tempat letak kaki yang boleh digerakkan untuk memberikan anda sokongan badan belakang yang terunggul.

Scorpio / Collection

Kanvas / Collection

Sofa seksyen The Stallion oleh Lane adalah koleksi sofa santai kontemporari yang direka khas untuk memberikan keselesaan yang terunggul. Kusyen bergandanya berfungsi bersama dengan kusyen sandar yang padat menyerlahkan keselesaan pada tahap tertinggi. Koleksi ini menawarkan 10 bahagian berbeza untuk anda mencipta sofa seksyen yang ideal untuk ruang kediaman anda. Ia juga dilengkapi dengan lapisan kulit dengan pelbagai warna.

Apabila anda hendak mengambil keputusan untuk membuat rekaan pada ruang tamu yang kecil, selalunya Sofa L adalah pilihan yang terbaik kerana mereka menyediakan tempat duduk yang lebih luas tanpa memerlukan saiz atau ruang yang besar. Sofa L sangatlah mengikut trend, dan ianya boleh dilihat berada di dalam kebanyakan ruang tamu di Malaysia. Walaupun Sofa seksyen ini mempunyai banyak manfaat, ia juga mempunyai kekurangan juga. Sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli Sofa L, adalah dinasihatkan untuk anda mengetahu kebaikan dan keburukan sofa L.

Selain daripada itu, mengambil kira manfaat memiliki sofa L mampu memberikan idea yang lebih baik untuk anda memilih pilihan terbaik untuk ruang tamu kediaman anda malah membantu anda untuk menambah fungsi tambahan yang juga dilengkapi apabila anda membeli sofa L.

KEBAIKAN MEMILIKI SOFA L

Walaupun sofa berbentuk L pada zahirnya kelihatan lebih besar dan padat, ia adalah pilihan terbaik untuk kediaman dengan ruang tamu yang kecil. Ini kerana sofa L menyediakan lebih tempat duduk dalam kawasan yang sempit.

  • Harganya sangat berpatutan jika anda melihatnya sebagai sofa dengan bahagian-bahagian berbeza. Sofa berbentuk L boleh menempatkan seberapa ramai orang untuk beristirahat atau bersantai dan harganya lebih murah berbanding dengan pembelian sofa yang dilengkapi dengan kerusi individu dengan jumlah tempat duduk yang sama. Perbandingan harganya di pasaran sangatlah ketara. Jadi buatlah pilihan yang lebih bijak!
  • Sofa berbentuk L mudah untuk diubah suai sama ada anda ingin menukar upholsteri atau fabrik malah tempat duduknya sekali. Di Acacia Fabrics, anda boleh mendapatkan pilihan fabrik dengan tekstur, warna dan rekaan yang menawan yang anda boleh pakaikan pada Sofa L anda bila-bila masa mengikut mood anda bagi menyerlahkan kediaman anda menjadi lebih menawan dengan pilihan fabrik paling meluas.
  • Rekaan sofa berbentuk L direka untuk anda selesa tidur pada siang hari. Pada masa sama, pengguna juga boleh menggunakan sebagai katil ekstra untuk tetamu yang datang ke rumah.
  • Pada masa sama, jika anda membeli Sofa L, anda juga boleh menjimatkan ruang dengan fungsi storan ekstra yang boleh didapati. Contohnya jika anda memesan Sofa L dengan fungsi tempat letak buku, anda tidak lagi perlu membeli rak buku.
  • Sofa L membantu anda mencipta kediaman dengan gaya moden dan pilihan terbaik untuk tempat bersantai bersama keluarga, rakan malah haiwan peliharaan.

KEBURUKAN MEMILIKI SOFA L

  • Salah satu sebab mengapa pemilik rumah enggan memiliki Sofa berbentuk L adalah bentuknya tidak fleksibel untuk ruang tamu, terutamanya pada mereka yang sangat suka mengubah suai susun atur pada kawasan tersebut.
  • Kusyennya juga tidak sesuai untuk semua jenis bilik kerana sesetengah pengguna memerlukan lorong untuk berjalan agar mudah bagi mereka untuk bergerak dan membersihkan sofa pada bahagian yang paling sukar.


ADAKAH SOFA L MEMPUNYAI REKAAN YANG PELBAGAI?

Sofa berbentuk L sejak dari dahulunya sudah dikenali dengan tempat duduk hujung huruf L rasminya. Pada masa kini, selain daripada pilihan kulit dan fabrik, sofa L juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Jika anda bekerja dengan tukang bina sofa dan pereka sofa profesional, mereka mampu mengubah suai sofa L anda menjadi apa jua gaya dan fungsi yang anda inginkan, sama ada menggabungkan klasik dan moden, gaya minimal atau tradisional, gaya Inggeris dan barat serta sebagainya.

Jika anda mahukan fabrik dan pilihan meluas upholsteri pula, anda boleh hubungi Acacia Fabrics dan pegawai berdedikasi kami sedia membantu anda mendapatkan fabrik Sofa L yang anda idamkan.

Sofa Klasik Berbentuk L

Sofa ini mempunyai sokongan tempat bersandar atau belakang L yang lebih panjang, dengan kerusi pada bahagian belakang, dengan kerusi pada bahagian hujung sesuai untuk anda bersama keluarga atau rakan beristirahat. Pada waktu sekarang, sofa L juga direkan dengan unit-unit seksyen yang boleh dipisahkan untuk anda mudah mengubah suai susun atur tempat duduk. Gaya klasik ini juga ada dengan pelbagai jenis rupa. Ada antaranya direka dengan kerangka kayu manakala bahagian kakinya pula direkan dengan cetusan moden bagi menyerlahkan keanggunan rupa bentuknya.

Sofa Berbentuk L dengan Sokongan Kusyen

Rekaan ini menampilkan sistem sokongan hebat di kedua-dua bahagian L, jadi ianya sangatlah bagus untuk ruang tamu yang lebih kecil tapi dengan bilangan tetamu yang ramai, berbanding sofa 3 set biasa, sofa L dengan mudah mampu memuatkan sehingga enam ke tujuh tetamu pada masa sama.

Sofa berbentuk L dengan tempat duduk

Kepada peminat tempat duduk dengan gaya yang bersahaja dan santai pasti anda akan gemarkan sofa berbentuk L yang dilengkapi dengan dua tempat duduk pada kedua-dua penghujung L. Ianya adalah pilihan paling termantap untuk sesiapa yang mahu mencipta suasana seperti dalam wayang pada kediaman mereka.

Sofa berbentuk L dengan tempat tidur

Jangan terkejut. Terdapat sofa berbentuk L yang dilengkapi dengan katil yang boleh ditarik sangat sepadan dengan kediaman yang kecil bagi menyediakan tempat tidur bagi tetamu yang hadir. Sofa jenis ini lebih berat daripada sofa L yang biasa tetapi lebih bernilai untuk rumah dengan kawasan sempit kerana ia menyediakan penyelesaian penjimatan ruang yang tiada tandingan.

Itulah antara jenis-jenis Sofa L yang anda patut ketahui. Jadi sebelum mengambil keputusan untuk membuat pembelian, fikirkan faktor rekaan dan fungsinya agar mudah untuk anda menetapkan suasana kediaman anda. Jadi sekarang, bagaimana pula untuk anda menentukan sofa L paling sesuai untuk ruang tamu anda? Sofa L dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Ada memiliki katil terbina dan ada juga mempunyai tempat simpanan terbina. Anda hendaklah mengukur ruang tamu anda terlebih dahulu sebelum membeli sofa L bagi memberikan anda ilham serta ruang yang diperlukan untuk anda meletakkan sofa L idaman anda. Selain itu, adalah penting untuk sofa L anda tidak bertindih dengan perabot yang lain.

Colorwash / Collection

Colorwash / Collection

APAKAH CARA UNTUK MENGATUR SOFA BERBENTUK L?

Sudut Hujung

Untuk kediaman dengan ruang tamu yang kecil atau dengan susun atur yang sempit, anda perlu menyusun sofa yang menghadap bertentangan dengan sudut hujung adalah pilihan terbaik untuk menyediakan ruang berjalan yang lebih luas. Walaupun anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk menggerakkan sofa bagi anda menjalankan proses pembersihan, ianya tidak dapat menandingi keselesaan susunan tempat duduk bagi ruang yang sangat terhad

Menghadap Dinding

Dengan meletakkan sofa berbentuk L menghadap dinding menjadikannya terbaik untuk anda menonton TV, terutamanya dengan sofa berbentuk L dengan kerusi pada penghujung seksyen boleh berfungsi sebagai kerusi bersantai untuk anda beristirahat dan menonton TV.

Tengah-tengah Ruang

Dalam ruang tamu yang lebih besar, di mana ruang adalah tidak penting, sofa berbentuk L boleh menjadi tarikan utama pada tengah-tengah bilik. Sofa L mampu berfungsi sebagai pemisah antara ruang formal dan tidak formal malah memisahkan ruang tamu daripada ruang makan dalam satu pelan rumah.

TERAKHIR & TERPENTING: WARNA DAN JENIS FABRIK

Warna dan jenis fabrik sofa berbentuk L juga memainkan peranan bagi menyerlahkan suasana yang anda ingin ciptai. Kerana warna dan fabrik adalah perkara pertama yang anda akan rasai dan lihat pada sofa L anda.

Selain itu, jenis fabrik juga berfungsi untuk memudahkan anda menghadapi kesukaran jika berlakunya tumpahan atau terdapatnya bulu-bulu haiwan yang mudah melekat. Sebagai contoh, fabrik jenis mikrofiber akan menyenangkan anda untuk mencuci berkali-kali tanpa sebarang masalah. Selain daripada itu, pilihan warna juga merangsang rupa bentuk Sofa L anda. Pilihan warna yang terang seperti merah, coklat dan sebagainya mampu membangkitkan suasana yang hangat sesuai untuk anda bersama keluarga dan rakan berbual dan bermesra. Malah ia juga mencetuskan inspirasi rekaan moden yang hebat dan tiada tandingan. Warna yang kurang terang seperti biru laut, hijau daun pula mampu membangkitkan suasana yang tenteram dan mendamaikan sepadan untuk anda mengilhamkan ruang istirahat dan santai yang sangat harmoni dan selesa. Anda juga boleh memilih warna yang lebih berpandukan rekaan industri bagi menampilkan sisi berani pemilik rumah dan anda juga boleh bereksperimen dengan warna berseni.

Jika anda tidak pasti dengan warna, anda juga boleh bermain dengan corak dan tekstur yang direka oleh pereka hiasan dan pakainya pada kusyen sofa L anda. Corak dan tekstur yang pelbagai mampu menambat hati sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke dalam kediaman anda.