Memilih Sofa Yang Betul Untuk Kediaman Anda

20 Jun 2019

by Joann Lim

Merancang untuk menukar kain ulpholsteri pada sofa lama anda? Sebagai peneraju dalam fabrik, kami memahami lebih mendalam daripada sesiapa sahaja dalam membuat keputusan sukar mengubah kain ulpholsteri dengan fabrik yang betul.

Kebanyakan orang sering memilih fabrik ulpholsteri berdasarkan warna atau rekaan yang menawan. Namun, adalah penting untuk mengambil kira kepelbagaian karakteristik setiap fabrik adalah berbeza dengan setiap fungsi.

Lagipun, anda juga mahu memastikan sofa anda bukan hanya kelihatan bagus, malah senang dijaga dan tahan daripada koyakan dan robekan untuk bertahun lamanya.

Eureka / Collection

Pentingkan keperluan praktikal dahulu

Perkara paling penting anda perlu fikirkan sebelum memilih fabrik sofa adalah mengambil kira persekitaran ruang rumah, orangnya (atau haiwan peliharaan!) dalam kediaman anda yang akan selalu menggunakan sofa dan bermain dengannya. Daripada tujuan praktikal, fungsi dan penggunaan seharusnya diutamakan dahulu melebihi keperluan aestestik.

Sebagai contoh, anda mungkin jatuh cinta pada rupa bentuk dan rasa tekstik sutera atau velvet, tapi jika anda tinggal bersama kanak-kanak atau kucing, ia akan jadi idea yang tidak pratikal untuk masa depan, kerana fabrik tersebut akan rosak dengan cepat.

Sebaliknya, jika sofa atau kerusi selalu digunakan pada tempat yang tinggi trafik seperti ruang tamu, ia memerlukan fabrik yang tahan lama, contohnya, kerusi berlengan atau settee dalam bilik tidur anda.

Smart / Collection

Gunakan untuk masa yang lama

Salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan adalah bagaimana pilihan fabrik anda boleh digunakan untuk masa yang lama. Kebanyakan kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang buat adalah terlepas pandang tentang bahan atau kulit yang akan dimamah usia. Perbualan yang penting yang anda perlu bualkan dengan penjual di pusat pameran adalah menanya soalan bagaimana fabrik itu akan nampak pada lima tahun akan datang. Adakah anda masih sukakan kulit pada sofa anda apabila karat mula terbentuk? Adakah fabrik pilihan anda akan luntur bila terdedah pada matahari, atau akan perlu menutup langsir bila anda tiada dalam bilik untuk mengelakkan masalah tersebut?

Selain daripada itu, anda juga patut berbual tentang keperluan pembersihan untuk mengekalkan dan melindungi fabrik sofa pilihan anda. Adakah anda perlu membeli pembersih istimewa untuk kilat dan bersihkan kulit tersebut? Berapa kali anda perlu vakum fabrik kain ulpholsteri? Soalan-soalan tersebut adalah penting dalam membantu anda menentukan kesejahteraan dan penyelenggaraan yang fabrik sofa anda perlukan.

Mingle Mangle / Collection

Solusi untuk Kesejahteraan dan Pembersihan Fabrik

Adakah ini bermakna anda hanya mempunyai pilihan yang terhad dan sikit untuk memiliki fabrik praktikal dengan fungsi jika anda mempunyai haiwan peliharaan, kanak-kanak atau malas untuk membersih? Kami katakan tidak! Dengan pilihan fabrik yang luas, kami di Acacia Fabrics sentiasa rasa gembira untuk memadankan keperluan tahan lama, fungsi dan mudah dijaga anda dengan pilihan reka bentuk yang menawan daripada koleksi fabrik anda.

Hubungi kami sekarang – kami di sini sedia membantu anda mencari fabrik yang memenuhi keperluaan aestestik menawan dan kehidupan lebih praktikal.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co