Pengurusan Rantaian Bekalan untuk Pengilang Fabrik di Thailand

24 Mac 2020

by Jade Wong

Strategi yang meningkat popular ini mula diadaptasi oleh perniagaan seluruh dunia. Pengurusan Rantaian Bekalan mula menjadi berita pada awal tahun 1980an; walau bagaimanapun, hanya di pertengahan tahun 1990an konsep ini diterima arus perdana. Artikel ini cuba merungkai dan memahami penglibatan Pengurusan Rantaian Bekalan, bagaimana ia mampu membantu proses perniagaan dan bagaimana ia berkait dengan industri pengilang fabrik di Thailand.

Pengurusan Rantaian Bekalan – Apakah ia?

Secara mudahnya, Pengurusan Rantaian Bekalan adalah pengawasan keseluruhan proses pembuatan barangan dan perkhidmatan. Proses aktif dan revolusi Pengurusan Rantaian Bekalan bertujuan untuk meningkatkan kepuasan dan pengalaman keseluruhan pelanggan, sementara memastikan operasi syarikat berkembang secara efisyen dan efektifkan perbelanjaan tanpa mengkompromikan kualiti produk.

Dua Aliran dan Bagaimana Ia Beri Impak Pada Perniagaan Anda

Aliran Produk

Proses yang jelas terlihat adalah aliran produk fizikal, berdasarkan artikel Universiti NC State tahun 2017 tentang Pengurusan Rantaian Bekalan mengatakan, “transformasi, pergerakan dan penyimpanan barangan dan bahan.” Dalam proses rantaian bekalan, pergerakannya sentiasa dalan hiliran daripada sumber produk (Contohnya, pengilangan fabrik, pengedaran fabrik dan sebagainya) sampai ke tangan pelanggan. Menariknya, perkhidmatan pelanggan juga tersemat dalam proses ini dan kebiasaannya, ada proses hiliran terbalik bila pelanggan ingin memulangkan produk mereka kerana sebab-sebab tertentu. Secara kosnya, sudah pasti, pelabur selalunya memilih proses hiliran aliran fizikal menerus (Memastikan produk sampai ke tangan pelanggan dengan kepuasan dalam pertama kali); walau bagaimanapun, kemalangan tidak dijangka mungkin berlaku – contohnya, kerosakan produk ketika transit – dan sangat penting untuk memberi tumpuan pada proses hiliran melalui peruntukan sumber mencukupi dalam aliran difasiliti ini. Kumpulan perkhidmatan pelanggan yang dilatih dengan baik boleh memberi maklum balas yang cepat, sensitif dan cara berguna bagi membina reputasi syarikat dan mengekalkan kepuasan pelanggan.

Aliran Informasi

Kurang menonjol, tapi masih jelas, dalam Pengurusan Rantaian Bekalan adalah maklumat yang mengalir kepada dan daripada syarikat. Dalam kes ini, alirannya adalah dwi arah dan akan melibatkan pelbagai jenis informasi yang termasuklah, tetapi tidak terhad pada: keterangan dan kos produk, tahap inventori, informasi arahan pelanggan, kenyataan kewangan syarikat, dan sebagainya. Kadang-kala, aliran kewangan (pertimbangan ekonomi dalam Pengurusan Rantaian Pembekalan) dianggap sebahagian daripada aliran maklumat walaupun beberapa penerbitan lebih suka menganalisisnya secara bebas. Hari ini, sistem Teknologi Maklumat seperti barcoding, dan juga program yang lebih maju seperti SAP (yang mana Acacia Fabrics sedang dalam proses melaksanakan!), membantu mengurus dan mengawasi sejumlah besar maklumat yang dihasilkan dan diterima oleh syarikat tersebut setiap hari. Pada dasarnya, pendigitan maklumat memastikan setiap sen dan saham diambil kira.

Mardi Gras / Collection

Opera / Collection

Pelaksanaan Pengurusan Rantaian Bekalan yang Berjaya

Komunikasi!

Pengurusan Rantaian Bekalan tidak hanya berputar sekitar produk dalam perniagaan tertentu tetapi melibatkan rangkaian manusia di antara perniagaan dan pemegang saham yang berbeza. Oleh itu, Pengurusan Rantaian Bekalan, bukan hanya tertakluk pada proses pembuatan produk atau perkhidmatan, tetapi juga fasilitasi hubungan profesional yag berpotensi mempengaruhi reputasi, baik secara positif atau negatif. Seperti yang ditulis Lambert and Copper (2000), pelaksanaan Pengurusan Rantaian Bekalan yang berjaya memerlukan "Fungsi integrasi silang " dan boleh dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama antara jabatan. Oleh itu, komunikasi adalah kunci, terutamanya dengan pekerja barisan hadapan yang akan menangani prosedur hari ke hari. Pelancaran maklumat secara beransur-ansur kepada pelbagai pasukan nampaknya lebih berkesan daripada mengalami peningkatan mendadak. Situasi sentiasa menang ini berlaku dan membolehkan pasukan yang terjejas oleh perubahan untuk menyumbang maklum balas yang baik untuk peningkatan sementara memberi mereka masa yang cukup juga untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini.

Jangan tergesa-gesa!

Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan Pengurusan Rantaian Bekalan adalah proses yang panjang dan sukar, tetapi tidak dicadangkan untuk tergesa-gesa kerana dapat mendedahkan syarikat kepada risiko gangguan dalam operasi. Walaupun prospek Pulangan Pelaburan (ROI) difasilitasi oleh pelan Pengurusan Rantaian Bekalan yang lebih cepat dapat menarik perhatian, mungkin lebih menguntungkan bagi perniagaan jangka panjang untuk mematuhi pelan garis masa yang lebih realistik. Walaupun ianya ideal untuk melaksanakan Pengurusan Rantaian Bekalan secepat mungkin dan secara efisien, adalah penting untuk mendekati garis waktu secara konservatif kerana ia memastikan pelaksanaan sistem yang sistematik - Riffel (2015) menyarankan untuk melaksanakan perubahan dalam fasa kerana ia dapat mengurangkan risiko kerana ia membolehkan pasukan pelaksana mencapai tahap yang tinggi dengan kualiti kerja "tanpa merasakan tekanan masa untuk menyiapkan tugasan." ROI yang beransur-ansur dan stabil pastinya kurang berisiko daripada peningkatan yang cepat tetapi tidak menentu.

Divinity / Collection

Industri Tekstil di Thailand

Pada tahun 2005, Thailand menubuhkan perjanjian perdagangan bebas dengan Australia (TAFTA), yang mendesak semua pengilang fabrik untuk meningkatkan daya saing mereka. Hasil kajian terdahulu yang diterbitkan oleh Kritchanchai dan Wasusri (2007) menunjukkan bahawa pengeluar kain Thailand jatuh di belakang pemain terkemuka lain di Industri Asia Tenggara seperti Singapura dan Indonesia. Kedua-duanya telah menemui dari penemuan utama bidang penambahbaikan bagi pengeluar fabrik Thai, iaitu perancangan pengeluaran yang buruk, sistem maklumat yang kurang berkembang, kawalan inventori yang tidak teratur dan pengurusan gudang yang lemah. Walaupun situasi semasa mungkin berganjak sejak 2007, adalah jelas bahawa penyelesaian untuk mengelakkan isu-isu utama ini dan membantu pengeluar fabrik Thailand dalam mencapai kecekapan dan keberkesanan sebenar adalah untuk melaksanakan Pengurusan Rantaian Bekalan yang betul.

Rujukan

  • Cooper, M.C., Lambert, D.M. and Pagh, J.D., 1997. Supply chain management: more than a new name for logistics. The international journal of logistics management, 8(1), pp.1-14.
  • Kritchanchai, D. and Wasusri, T., 2007. Implementing supply chain management in Thailand textile industry. International Journal of Information Systems for Logistics and Management, 2(2), pp.107-116.
  • Lambert, D.M. and Cooper, M.C., 2000. Issues in supply chain management. Industrial marketing management, 29(1), pp.65-83.
  • Mentzer, J.T., DeWitt, W., Keebler, J.S., Min, S., Nix, N.W., Smith, C.D. and Zacharia, Z.G., 2001. Defining supply chain management. Journal of Business logistics, 22(2), pp.1-25.
  • NC State University - https://scm.ncsu.edu/scm-articles/article/what-is-supply-chain-management-scm
  • SearchERP - https://searcherp.techtarget.com/definition/supply-chain-management-SCM
  • Supply Chain Digitial - https://www.supplychaindigital.com/scm/4-keys-successful-supply-chain-implementation
  • Thomas, D.J. and Griffin, P.M., 1996. Coordinated supply chain management. European journal of operational research, 94(1), pp.1-15.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co