Langsir Bilik Tidur Bangkitkan Suasana

27 Jun 2019

by JADE WONG

Kedua-duanya adalah pandangan pertama dan terakhir anda pada waktu pagi, sebelum anda padamkan lampu untuk tidur rehat malam. Dengan merangkumi kawasan penting bilik tidur anda, langsir terbukti memainkan peranan penting dalam hiasan dalaman tempat tidur anda; walaubagaimanapun, mampukah langsir bilik tidur menyumbang lebih lagi daripada memberi kesan aestetik pada bilik anda? Kajian yang memfokuskan penghubung antara warna dan hiasan dalaman dengan psikologi manusia telah menjumpai bahawa cara bilik tidur anda dihias mampu memberi kesan besar pada mood anda. Monday Blues anda mungkin berkurangan jika “Bangun pada tempat yang salah” berbanding dengan persekitaran bilik tidur yang salah. Ini bukan disebabkan oleh Fengshui. Dalam artikel ini, kami menyimpulkan penemuan daripada pelbagai kajian saintifik untuk membantu anda mencari langsir bilik tidur paling sesuai untuk anda dan keluarga tersayang.

Genii / Collection

Sesetengah orang gemar bangun pagi, secara semula jadi rasa lebih segar dan bertenaga untuk jadi produktif masa pagi. Manakala kita pula…bukan seperti itu. Dalam kajian Aan Het Rot, Moskowitz dan Young (2008), mereka menjumpai pendedahan kepada cahaya terang berkait rapat dengan menaikkan mood seseorang: Semua jadi mudah setuju, kurang menjengkelkan dan umumnya mood bertambaik baik sepanjang hari – ketiga-tiga mereka juga mencadangkan pendedahan cahaya terang mampu mengubati fenomena bermusim yang popular dikenali sebagai “Musim sejuk Muram”. Sementara di Asia Tenggara mengalami musim panas yang panjang tanpa sebarang tanda musim sejuk (Sekarang, sekurangnya – iklim sedang berubah), kita mungkin berharap untuk jadikan waktu pagi sebagai perangsang mood dengan membenarkan sinaran cahaya secara lembut menjauhkan kita daripada jadi muram. Jumlah cahaya yang dibenarkan ke dalam bilik tidur kita bergantung besar kepada kelegapan langsir bilik tidur yang kita pilih untuk guna – Koleksi Acacia Fabrics yang luas seperti Jeopardy dan Belga memastikan privasi mencukupi (Tiada mata memandang) malah membenarkan cahaya yang cukup pada waktu pagi untuk bilik tidur anda.

Outlander / Collection

Pada masa yang lain, peningkatan globalisasi dan masyarakat bandar, tidur dalam kegelapan penuh bukanlah pilihan utama lagi – walaupun Carskadon (1986) mencadangkan tidur berkualiti, akan membantu menaikkan mood dan kebolehan membuat keputusan, bergantung kepada tidur yang ditemani dengan kesunyian dan kegelapan yang mencukupi. Oleh itu, bukan sahaja untuk mereka yang bekerja dengan masa syarikat beroperasi dalam zon waktu berbeza malah orang yang tidur yang mudah terjaga dengan lampu jalan dan bunyi kenderaan berdekatan mampu menerima manfaat pemasangan langsir bilik tidur legap. Langsir legap seperti yang ada dalam koleksi kami bernama Sleep In Serenity dan Sleep In Tranquil koleksi, adalah penghalang bunyi dan cahaya terbaik, membelai anda dengan suasana disyorkan untuk tidur berkualiti.

Warna juga memainkan peranan penting dalam corak tidur - Warman et al. (2003) menjumpai bahawa jam biologi dalaman badan kita lebih sensitif kepada gelombang panjang cahaya boleh dilihat: Seperti, ungu, hijau dan biru adalah tona warna yang disyorkan untuk langsir bilik tidur. Jacobs and Suess (1975) juga menghubungkan perkara ini boleh mempromosikan rasa ketenangan dan mendamaikan – Bilik tidur anda perlu menjadi bilik tenang anda!

Langsir bilik tidur kami memberi kesan lebih daripada jangkaan kami – Acacia Fabrics akan selalu membantu anda memilih langsir yang bersesuaian dengan anda!

Rujukan:

  1. Aan Het Rot, M., Moskowitz, D.S. and Young, S.N., 2008. Exposure to bright light is associated with positive social interaction and good mood over short time periods: A naturalistic study in mildly seasonal people. Journal of psychiatric research, 42(4), pp.311-319
  2. Carskadon, M.A., 1986. Guidelines for the multiple sleep latency test (MSLT): a standard measure of sleepiness. Sleep, 9(4), pp.519-524.
  3. Warman, V.L., Dijk, D.J., Warman, G.R., Arendt, J. and Skene, D.J., 2003. Phase advancing human circadian rhythms with short wavelength light. Neuroscience letters, 342(1-2), pp.37-40.
  4. Jacobs, K.W. and Suess, J.F., 1975. Effects of four psychological primary colors on anxiety state. Perceptual and motor skills, 41(1), pp.207-210.


Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co