IDEA FESYEN LANGSIR TERKINI

1 Januari 1

by IZZUL IKRAM

Sekiranya anda memilih hiasan konsep moden untuk kediaman anda, anda perlu mencari inspirasi bagi langsir anda juga. Bukannya senang untuk mendapatkan pilihan langsir terkini yang tepat. Terdapat beberapa jenis fesyen langsir terkini yang anda boleh terokai.

Anda tidak semestinya perlu membeli satu jenis langsir sahaja. Anda juga boleh gabungkan beberapa elemen atau perhiasan mengikut kreativiti untuk mengindahkan lagi kediaman anda terutamanya di ruang tamu.

Berikut adalah beberapa idea yang anda boleh gunakan dalam konsep hiasan terkini.

1. Hiasi langsir dengan riben berwarna


Reben selalunya digunakan pada baju sebagai aksesori fesyen untuk menyerlahkan daya penarik seseorang. Namun, anda juga boleh jadi sedikit kreatif dengan menggunakannya pada tirai langsir anda.

Liro / Collection

2. Ikat langsir ikut citarasa 

Pada hujung atas langsir anda, anda boleh ikat langsir berbentuk lipatan yang anda rasa menawan. Antara ikatan yang boleh anda cuba adalah ikatan tocang. Tocangkan pada hujung atas langsir anda agar langsir tampil mewah dan berbeza. Ikatan berbentuk segi empat atau segi tiga juga boleh menyerlahkan bentuk moden dan unik. Gunakan imaginasi anda sebaik mungkin kerana langsir anda tidak perlu lurus sahaja seperti langsir moden yang lain.

3. Gunakan dua jenis warna yang berbeza pada satu langsir

Kebanyakan kediaman berkonsep moden menggunakan langsir berganda untuk menyerlahkan suasana berbeza. Selalunya langsir di depan adalah langsir jenis tebal manakala di belakang adalah langsir jenis nipis. Untuk langsir jenis nipis, anda boleh gunakan warna yang berwarna-warni selain putih. Jika warna langsir anda secocok dengan sinaran pancaran matahari, anda akan mendapat pencahayaan yang menakjubkan.


Lombardia / Collection

4. Aksesori pemegang tangan langsir

Pada waktu pagi, biasanya langsir kita akan dibuka untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam kediaman. Oleh itu, mempunyai pemegang langsir adalah penting untuk mengikat langsir. Pelbagai jenis reka bentuk aksesori pemegang langsir yang dijual di pasaran. Ada yang berbentuk moden seperti tas tangan malah ada yang berbentuk unik dan mewah yang bertatahkan mutiara atau barang kemas. Kemasan yang ringkas mampu menyerlahkan pesona moden dan bentuk terkini.

 

5. Rel langsir pelbagai bentuk

Rel langsir boleh menambahkan pesona langsir anda. Pelbagai jenis buatan dan reka bentuk rel langsir boleh didapati. Ramai orang mendapatkan rel langsir daripada kayu. Kayu anda boleh diwarnakan dengan warna yang lebih neutral atau semula jadi bagi menyerlahkan padanan moden dan kehijauan. Rel langsir besi pula lebih sesuai untuk konsep moden industri. Selain itu, elakkan membeli rel langsir yang diperbuat daripada plastik yang kurang menarik dan tidak kukuh.


Lombardia / Collection

6. Lukisan berseni dan motif sebagai corak langsir

Langsir anda tidak perlu terhad pada satu warna dan rekaan sahaja. Serlahkan sisi berseni anda dengan meletakkan corak seperti lukisan pada langsir. Lukisan yang betul dan ringkas mampu menyerlahkan citarasa mewah dan unik. Rekaan motif juga sangat menarik jika diletakkan pada langsir. Gabungan motif tradisional dan rekaan langsir moden pasti membangkitkan suasana yang lain daripada yang lain. Di Malaysia, mungkin anda terokai motif seperti batik atau rekaan seni Indonesia yang menawan. Ramai pereka langsir moden telah meletakkan corak, lukisan dan motif dalam rekaan langsir mereka. Jadi, anda juga boleh mendapatkan khidmat pereka langsir moden untuk merealisasikan rekaan langsir anda.

 

7. Variasi jahitan langsir

Jahitan pada langsir juga boleh diubahsuai ikut citarasa anda. Terdapat pelbagai jenis jahitan yang anda boleh terokai dan sesuaikan pada langsir anda bagi menyerlahkan gaya moden terkini dan unik. Antara jenis jahitan yang biasa dipilih orang ramai adalah jenis Roman Blind, Boxpleat & Pelmet. Jika hendak lakukan jahitan sendiri, anda harus mempunyai kemahiran menjahit. Jika anda kurang yakin, anda boleh hantarkan pada tukang jahit langsir anda. Selain bentuk jahitan, anda juga boleh jahitkan aksesori pada langsir anda seperti reben, cincin, barang kemas, butang, atau klip yang sangat menarik bagi menyerlahkan konsep moden yang memerlukan perincian unik.


South Face / Collection

8. Penamat penambat ikatan langsir bergayaPenamat 

ikatan langsir berfungsi seperti loket pada leher. Penamat ini juga berfungsi sebagai pemegang langsir. Namun ia diikat pada tengah langsir anda agar sisi langsir anda dapat diserlahkan dengan pencahayaan matahari. Terdapat pelbagai jenis penamat ikatan langsir. Antaranya berbentuk seperti loket leher dan ikat sanggul tradisional.

9. Rekaan warna menarik

Dengan pilihan yang betul, langsir anda pasti akan menonjol jika anda memilih warna terang. Warna terang dapat menciptakan suasana yang luas dan gembira. Warna yang sedikit gelap pula boleh mencipta suasana yang lebih damai dan tenteram. Minimalkan warna langsir anda untuk menyerlahkan citarasa konsep moden yang terkini. Warna yang terlalu banyak pula punca kepada kekeliruan dalam hiasan dalaman. Anda juga boleh memilih warna yang abstrak jika anda percaya pada kesenian. Pelbagai pilihan warna boleh didapati di pasaran. Pastikan anda juga mengambil faktor pemilihan warna dinding dan perabot anda.

Terdapat pelbagai jenis kaedah dan cara yang anda boleh terokai untuk mencantikkan lagi langsir anda. Tetapi anda tidak boleh keterlaluan dalam menambah aksesori supaya reka bentuk langsir anda tidak jadi terlalu serabut.

Dalam konsep moden, anda perlu terapkan konsep minimal, tapi unik pada pandangan orang ramai. Jika anda masih keliru untuk menyerlahkan pesona langsir anda, dapatkan khidmat juruhias langsir atau penghias dalaman professional untuk membantu dalam proses tersebut.


Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co