GUDANG FABRIK, IMPIAN SETIAP PEREKA DALAMAN.

20 Februari 2019

by DAV.L

Ini adalah kes klasik (atau tidak) kepada anda yang baru sahaja tamat pengajian daripada sekolah hiasan dalaman terbaik. Semua orang berasa gembira untuk keluar menakluki dunia dan jadi bos di syarikat dan memulakan perniagaan hiasan dalaman sendiri. Anda sudah tentukan matlamat pasaran anda, jumpa pejabat, mencipta lakaran untuk portfolio anda dan promosikan di setiap sosial media. Tapi sudahkah anda jumpa pembekal anda? Dalam kes ini, pembekal fabrik. Sudah pasti, ada banyak pilihan jika kita buat carian atas talian. Tapi selalunya, banyak pembekal tidak mempunyai pejabat, ataupun gudang. Dengan negara seperti China, Thailand, Vietnam dan India yang mengeksport fabrik ke seluruh negara, mampukah mereka menjamin kualiti, kuantiti dan kepelbagaian yang konsisten, serta penghantaran efisyen.

Gudang fabrik bagi pereka dalaman bagaikan kedai gula-gula kanak-kanak. Ianya adalah satu lokasi bagi mereka untuk cari apa mereka mahukan. Dan selalunya, lokasi itu tidak pernah kecewakan mereka.

Mempunyai katalog maya tidak semestinya mencukupi. Pelanggan hari ini semakin bijak. Mereka ingin melihat dan merasai fabrik sebelum membeli. Sebab itu, mempunyai akses ke produk sebenar adalah wajib. Tidak disangkal, ada syarikat yang tidak mempunyai gudang tempatan tapi masih mampu menyediakan anda dengan contoh fabrik untuk anda sentuh dan rasa, tapi apa akan terjadi jika produk yang dihantar tidak menepati piawaian atau berbeza dengan contoh yang anda sentuh dan rasa sebelum buat pembelian? Berapa lama pula perlu anda ambil untuk tukar, atau diganti rugi? Bagaimana anda ingin pastikan atau ketahui kredibiliti pembekal fabrik anda? Ini adalah sesuatu yang anda perlu fikirkan.

Keseluruhan proses adalah mimpi buruk untuk anda dan juga pelanggan anda. Sebab itulah, bekerja dengan pembekal yang mempunyai gudang fabrik dalam negara anda adalah bermanfaat. Lawatan ke gudang, pemeriksaan kualiti, dan perubahan produk atau penambahan tempahan boleh dilakukan dengan lebih efisyen.

Mempunyai akses ke koleksi terkini, dan merasa selesa dengan kualiti jenama pembekal fabrik adalah kunci pada setiap pereka dalaman. Salah satu cara untuk anda yakinkan pelanggan adalah mempunyai sokongan daripada gudang fabrik. Bukan sahaja untuk pengaturan rumah atau ruang komersial, dan biasanya kita tidak akan pilih rekaan dan warna sama bagi seluruh tempat. Terdapat tema yang boleh dimainkan dan kawasan seksyen untuk dicipta, semuanya untuk menyediakan pengalaman lebih menarik. Oleh sebab itu, mempunyai pilihan yang luas dan kebolehan untuk membekalkan kuantiti besar adalah sama pentingnya. Lebih lagi, bila tiba masa untuk membekalkan ke ruang komersial dengan cawangan dan francais yang banyak. Servis seperti penghantaran menepati masa dan keupayaan menukar fabrik, dimana terdapat kerosakan, adalah dua sokongan terbaik yang anda ingin lihat bila tiba masa untuk memilih pembekal atau gudang fabrik dalam menjalankan kerjasama.

Jadi, jika anda fikir mempunyai gudang fabrik tempatan adalah tidak penting, fikirkan semula.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co