5 Sebab Untuk Bayar Lebih Untuk Fabrik Fabrik Premium

11 September 2019

by JADE WONG

Sebagai pemburu tawaran, kadang-kala saya rasa seperti jatuh ke dalam perangkap untuk membeli barang murah sedia ada – kerana ada kalanya pembelian paling murah membuktikan pilihan saya salah, berulang-kali, walau bagaimanapun, pada akhirnya saya terpaksa membayar lebih daripada membuat lebih pelaburan pada mulanya. Untuk membantu anda mengelakkan kesilapan yang sama seperti apa yang saya lakukan inilah 5 sebab kenapa bayar lebih untuk fabrik-fabrik premium boleh membantu kurangkan kos anda untuk jangka masa Panjang.

Soul / Collection

1. Fesyen dengan Fungsi

Ia bukanlah satu rahsia kerana membayar cas premium adalah mengenai penjagaan yang rapi, kajian dan bahan terbaik yang telah dilaburkan untuk mencipta produk akhir. Koleksi Acacia Fabrics bukan sahaja direka dengan penampilan aestestik malah memenuhi pelbagai fungsi untuk keperluan pelanggan kami. Pilihan FibreGuard, adalah contoh terbaik untuk keluarga dengan haiwan peliharaan dan dengan sifat unik dalam pemilihan ini membuatkan fabrik jadi kalis kotoran. Dengan sedikit air dan sabun, kotoran degil daripada makanan, solekan dan lain-lain kotoran boleh dibersihkan hampir serta merta! Pilihan UV-Pro kami pula, telah direka untuk tahan daripada pendedahan cahaya matahari – walaupun rambut kita hilang warna dibawah matahari, tetapi bukan pada fabrik kita!

Soul / Collection

2. Jaminan Ketahanan

Sebelum fabrik kami diedarkan kepada orang ramai, fabrik-fabrik ini telah melalui ujian ketat dalam memastikan kualiti fabrik kami pada tahap terbaik. Daripada anda menukar fabrik upholsteri yang menjadi haus setiap tahun (dan kesannya, terpaksa membayar lebih daripada anda mahu), fabrik kualiti premium kami direka untuk tahan lama pada masanya. Pengesahan cap Labotex bukannya pujian semata-mata - sebenarnya, ia adalah pensijilan yang diberi pada fabrik yang bersamaan dengan makmal tekstil bebas (Bermaksud adanya tahap lebih tinggi untuk ketelusan kerana mereka tidak tertakluk untuk mengedar atau menyembunyikan keputusan untuk syarikat tertentu). Fabrik dengan simbol Labotex telah melalui pelbagai tekanan ujian keadaaan bagi membuktikan ketahanan mereka. Fabrik tersebut perlu melepasi beberapa ujian dalam tahan penerimaan pakai dan buang tertentu untuk menerima pensijilan tersebut.

Soul / Collection

3. Jaminan Keselamatan

Satu lagi skala kelulusan untuk dicari ketika membeli fabrik adalah simbol Oeko-Tex®. Sama dengan Labotex, simbol Oeko-Tex® telah diisukan oleh makmal bebas; tapi bukan pada ujian ketahanan, sebaliknya ujiannya berfokus pada keselamatan bahan dan kimia fabrik tersebut. Mereka menguji pada pelbagai bahan seperti pewarna Azo yang diharamkan, formaldehyde dan nickel, sebagai contoh – bahan yang tidak diketahui dalam fabrik murah - untuk mematuhi larangan antarabangsa. Oeko-Tex® juga diuji pada pelbagai kimia berbahaya – walaupun mereka belum lagi dikawal selia oleh undang-undang – dan termasuklah bahan kimia yang berbahaya kepada persekitaran.

Spartacus / Collection

4. Jaminan Selepas Pembelian

Seperti kebanyakan mesin elektronik di mana kita sering bayar secara premium bagi memastikan barang kita mempunyai waranti, pembekal fabrik juga memberi pakej servis penjagaan selepas pembelian. Berbanding dengan langsir yang dibeli pada rak dengan penurunan harga mencurigakan malah sering dilabelkan sebagai “Tidak boleh ditukar, tiada klausa pemulangan’’, fabrik kualiti tinggi selalu dilengkapi dengan manfaat tambahan staf terlatih yang memberikan panduan penjagaan dan mengambil berat jika anda khuatir tentang pembelian anda.

Spartacus / Collection

5. Jaminan Jenama

Akhir sekali, untuk sebab yang sama kenapa kita sanggup melabur lebih-lebih lagi untuk beg tangan pereka ternama berbanding beg dengan fesyen segera daripada butik tepi jalan, adalah sebab yang sama kenapa kita perlu melabur dalam fabrik premium. Produk upholsteri berkekalan, hampir selama-lamanya, sebahagian daripada kediaman kita dan memberikan nilai fesyen pada rumah kita – sama seperti beg berjenama kita – adalah bagus untuk memilih fabrik berkualiti tinggi untuk menawan kediaman anda.

Sempurna untuk rumah kebanggaan keluarga! Jangan berjimat apabila memilih fabrik anda.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co