No thumbnail image KEDIAMAN BERTEMAKAN SCANDINAVIAN, KEDIAMAN YANG BERBEZA! 24 November, 2020 Oleh IZZUL IQRAM BIN RAHIM Gaya maksimum dengan penampilan minimum, inilah konsep sebenar hiasan dalam Scandinavian yang kini makin popular di Malaysia. Ringkas dan hadir dengan pelbagai fungsi terbaik adalah nadi utama yang memandu prinsip malah sebagai panduan bagi rekaan yang telah muncul pada pertengahan abad Eropah, yang hasilnya menyerlahkan ruang kediaman yang dipenuhi cahaya, udara, ketenangan dan perasaan bersatu bersama alam semula jadi. Trend yang telah lama meningkat naik dari Sweden, Norway, Denmark dan Finland ini, telah berkembang dan nadi prinsip utama rekaan hiasan dalam Scandinavian adalah bersepadu dengan elemen semula jadi, dengan palet warna yang lebih neutral, dan mengekalkan titik garisan lebih ringkas serta menyerlahkan fungsi bagi setiap jenis perabot. Read more Read more
No thumbnail image APA ITU SOFA CHESTERFIELD? (DAN KENAPA ANDA PERLU MEMILIKINYA DI KEDIAMAN ANDA!) 17 November, 2020 Oleh IZZUL IQRAM Sofa chesterfield adalah sofa mewah yang dilengkapi dengan tempat letak tangan bergulung dan disulam dengan upholsteri. Secara tradisinya, sofa chesterfield selalunya adalah sofa kulit dengan warna gelap. Sofa chesterfield mempunyai gaya, rupa dan rekaan yang sangat mudah dikenal pasti dalam dunia rekaan perabot. Dengan tempat letak tangan yang tinggi, dan upholsteri kulit adalah ciri-ciri paling terkenalnya yang telah wujud sejak 300 tahun yang lalu. Anda boleh lihatnya banyak di lokasi-lokasi seperti kelab lelaki budiman orang British dan sering diletak di bahagian hadapan dinding kayu, rumah aristocratic dan peniaga-peniaga golongan atas yang menjualnya kepada (Permaisuri Victoria dan Sigmund Freued adalah peminat utama, rujuk gambar 2), namun Chesterfield telah menjadi lebih daripada perabot, ia juga telah diadaptasi dalam ruang moden dalam beberapa abad ini. Read more Read more
No thumbnail image Baik Pulih Sofa Lama 03 November, 2020 Oleh IZZUL IQRAM BIN RAHIM Jika anda sudah lama tidak mengambil keputusan untuk menaik taraf kediaman anda atau menghias rumah anda sejak 8 tahun lalu, adalah penting untuk anda tahu bila masa yang paling terbaik untuk mengatur semula atau tukar perabot lama dan paling utamanya sofa di ruang tamu anda. Ramai orang di Malaysia tahu tarikh tamat makanan dan alat solek mereka, namun mereka tidak tahu bila tarikh tamat sofa dan perabot kediaman mereka. Berapa kerap anda menukar atau membeli perabot baharu? Malangnya semua orang buntu memikirkan bilakah masa paling sesuai untuk melakukannya. Dan tidak semestinya anda perlu beli baharu, pilihan lain seperti baik pulih sofa lama juga nampak seperti keputusan yang munasabah juga. Read more Read more