MAKSIMAKAN KATALOG FABRIK DALAM TALIAN

12 Julai 2018

by JADE WONG

Sementara membeli fabrik dalam talian bukanlah cara pilihan kegemaran pembeli – memberi sampel tekstur fabrik kawalan jauh melalui Internet masih menjadi idea hidup masa depan – Namun dengan membuat rundingan dan meneliti katalog dalam talian sebelum mengunjungi kedai mungkin mampu menjimatkan masa anda untuk mencari fabrik yang menepati cita rasa anda.

JetSet / Collection

Bilik pameran fabrik, dengan ruang yang terhad, hanya mampu memberikan jumlah rekaan yang terhad pada masa tertentu dan hanya untuk pameran mengikut berapa banyak buku sampel boleh berikan pada satu masa.

Berat, memakan ruang dan mengambil masa yang lama untuk membuat kunjungan sulung ke bengkel fabrik, alternatif paling pantas adalah dengan skrol melalui susunan senarai rekaan fabrik di telefon anda pada kesenangan anda.

Terjumpa rekaan yang menarik hati anda? Telefon pusat pameran pilihan anda untuk mengatur temujanji bagi melihat sampel tekstil tertentu dalam kehidupan sebenar.

Ini bagi memastikan anda tidak membazir masa berharga anda menyelak halaman buku sampel yang tebal – Membeli-belah untuk fabrik tidak sepatutnya menjadi tugasan.

Runway / Collection

Katalog fabrik dalam talian dengan ciri tapisan pantas boleh mengehadkan carian anda serta memudahkan keseluruhan proses – ianya hampir sama dengan permainan “Cuba teka siapa” yang kita main ketika kecil! Anda mahukan tekstur suedes atau velvet? Adakah mempunyai label Oeko-Tex wajib bagi anda? Mungkin anda sedang mencari fabrik dengan tona terra untuk padankan dengan tema warna kediaman anda? Tapisan ini akan senarai pendekkan untuk anda! Dan sebaik sahaja jumpai pesaing fabrik teratas untuk hiaskan rumah anda, anda akan mampu baca, fahami dan membiasakan diri anda dengan spesifikasi individu sebelum menentukan sampel di bilik pameran

Walaupun penjual berpengetahuan dalam fabrik, membuat kajian dalam talian tentang fabrik berpotensi mampu memberikan anda maklumat agar anda yakin ketika membuat pembelian.

Membayangkan bagaimana fabrik baharu akan muat dalam ruang sedia ada anda akan menjadi lebih susah tanpa kemudahan indeks fabrik dalam talian – idea untuk memandu berjauh batunya ke kedai untuk menentukan fabrik mana yang mungkin dapat mengindahkan rumah anda dan mengambil gambar fabrik tersebut untuk melihat sama ada ia padan dengan perabot anda kedengaran seperti mimpi ngeri.

Di Acacia Fabrics, pengalaman dan kepuasan pelanggan adalah paling utama dalam perkara yang kami lakukan. Dengan katalog fabrik dalam talian komprehensif kami dan koleksi bergaya dan produk berkualiti kami, mencari fabrik yang betul menjadi makin mudah.

Layari www.acaciafabrics.com/en/collections hari ini!

Cafe / Collection

Nomad / Collection

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co