Bagaimana untuk pilih langsir dapur yang betul

28 November 2018

by MARTIN OOI

Langsir memainkan peranan dalam rumah dimana ia mampu menentukan suasana seluruh bilik ia berada. Bila kita bicara tentang langsir dapur, perkara sama akan berlaku. Didatangi dengan pelbagai variasi gaya, jenis fabrik dan warna, banyak pilihan untuk anda pilih.

Langsir memainkan peranan dalam rumah dimana ia mampu menentukan suasana seluruh bilik ia berada. Bila kita bicara tentang langsir dapur, perkara sama akan berlaku. Didatangi dengan pelbagai variasi gaya, jenis fabrik dan warna, banyak pilihan untuk anda pilih.C

Headline / Collection

Lagi ringkas, lagi berseni

Mempunyai langsir mewah dengan lipatan dan ekor di hujung adalah lebih sesuai untuk bilik formal seperti bilik tidur anda atau ruang tamu. Anda dinasihatkan untuk mempunyai langsir yang lebih ringkas untuk dapur anda agar sesuai dengan seluruh persekitaran.

Architectual Sheer / Collection

Reka Bentuk & Corak Fabrik

Adalah sangat penting untuk kenal pasti tema dapur anda dahulu sebelum mendapatkan fabrik kerana anda perlu sesuaikan dengan bilik untuk ia berfungsi. Contohnya, mempunyai dapur kontempotari atau dapur gaya barat. Kerana kedua-duanya adalah tema berbeza, oleh itu anda perlu pilih fabrik yang sepadan dengannya. Jika dibuat dengan betul, langsir adalah cara terbaik untuk menambah warna, terutamanya dalam persekitaran dengan warna neutral. Sentiasa ingat bahawa kabinet dan lantai adalah faktor yang perlu dipertimbangkan.

Imagination / Collection

Jenis Fabrik

Fabrik yang digunakan untuk langsir dapur anda juga ditentukan berdasarkan faktor luaran seperti sinaran matahari. Jika ruang dapur anda terkena cahaya matahari yang banyak, pertimbangkan untuk sesuatu yang dapat menawarkan tahan luntur kerana warna langsir anda mungkin akan turun warnanya. Bagaimanapun, sentiasa berwaspada dengan posisi dan dimana langsir anda akan digantung dengan barangan memasak seperti periuk yang boleh mengakibatkan kebakaran jika anda tidak berhati-hati.

Langsir dapur senang terdedah kepada kotoran dan bekas minyak daripada aktiviti kulinari dalam bilik tertentu. Jadi bahan yang mudah dibasuh adalah sesuatu yang patut anda pertimbangkan melainkan anda ingin tukar langsir anda secara kerap. Ianya patut mudah dibasuh dan terbaik menghadapi minyak, gris dan kotoran degil. Carilah fabrik yang bebas kotoran dan fabrik kalis api. Anda mungkin boleh mulakan dengan fabrik FibreGuard dan FR-One terlebih dahulu.

Movement / Collection

Lebar & Panjang

Lebar batang rod anda adalah titik permulaan anda untuk ambil ukuran dengan lembaran dapur anda dengan kedalaman dipilih sebagai faktor penting. Anda pasti mahukan saiz lembaran yang sama dengan saiz tingkap dan langsir. Mempunyai lembaran yang terlalu pendek mungkin akan membuatkan langsir berselerak, jadi panduan yang bagus adalah jangan gantungnya terlalu rendah daripada 1/3 tingkap.

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co