KOMPLIKASI LANGSIR: JAHIT TEMPAH ATAU BELI SIAP?

2 Ogos 2018

by JOANN LIM

Mendapatkan langsir baharu adalah projek menyeronokkan yang pantas menjadi tekanan dan penuh kekeliruan dengan pelbagai pilihan yang menjadi penghalang antara anda dan langsir idaman anda.

Bila bicara tentang memilih antara langsir di rak atau di tempah khas, semuanya bergantung pada pilihan dan keperluan peribadi anda. Jika anda berada dalam dilema ini, kami di sini bersedia membantu anda menilai kebaikan dan keburukan setiap daripadanya untuk menentukan yang manakah terbaik dan menepati keperluan anda.

 

Langsir beli siap

Membeli langsir daripada rak akan memberikan anda pilihan untuk menaikkan seri ruang anda semudah melangkah masuk dalam kedai, memilih rekaan langsir sedia siap dan membelinya pada masa sama. Ia sememangnya mudah, pantas dan tidak susah untuk mendapatkan langsir baharu yang anda boleh gantung serta merta.

Selain itu, dengan kedai yang banyak, akses kepada pilihan warna meluas, rekaan dan bahan akan mengurangkan beban memilih langsir yang anda mahukan. Jika anda tidak dapat mencari rekaan yang mampu menepati bilik anda, cari sahaja di kedai lain.

Langsir beli siap juga akan membenarkan anda membeli pada harga bajet dan kurang kos berbanding jahit tempah, bergantung pada jenama, bahan dan kualiti langsir pilihan anda.

Namun keburukannya pula, langsir dibeli di kedai biasanya datang dengan saiz standard manakala kebanyakan tingkap tidak sebegitu. Langsir beli siap jarang muat, dan selalunya perlu pengubahan jahitan untuk dapatkan ukuran betul. Kebiasaannya, jika anda mempunyai tingkap yang saiz dan bentuknya bukan biasa, mencari langsir beli siap akan jadi mencabar.

Venus / Collection

Sleep Time / Collection

Langsir Jahit Tempah

Seperti baju sut yang direka, langsir jahit tempah adalah satu-satunya istimewa kerana dijahit mengikut bagaimana tingkap anda direka.

Anda boleh menyuarakan setiap idea anda dalam setiap aspek sebagaimana produk akhir akan jadi; daripada memilih warna, rekaan, fabrik, panjang....pilihan di tangan anda, dengan pilihan fabrik yang tidak pernah habis untuk dipilih, anda boleh pastikan bahawa langsir jahit tempah akan menepati dengan segala hiasan dalaman anda dan muat dengan sempurna pada ukuran tingkap anda.

Dalam kata lain, jika anda mempunyai idea bagaimana bentuk langsir anda, langsir jahit tempah boleh jadikan visi anda realiti.

Tapi keburukannya, seluruh proses membuat langsir jahit tempah daripada langkah pertama mengambil masa yang lama; daripada memilih fabrik, ke mengambil ukuran tingkap anda, sehingga ke menjahit langsir – ia akan mengambil masa. Jadi jika anda sedang ingin letakkan langsir pada tingkap dengan kadar segera, jahitan tempah bukanlah pilihan anda.

Jika diikutkan bajet, langsir jahit tempah juga adalah lebih mahal dan anda juga perlu masukkan kos buruh diperlukan untuk memuatkan langsir pada tingkap anda.

Kesimpulannya, rekaan tingkap boleh menyerlahkan atmosfera bilik dan kehidupan lebih baharu; dan untuk rumah baharu, langsir yang anda pilih akan menjadi sebahagian daripada sentuhan peribadi yang akan buat akan rasa selesa di rumah. Sama ada anda buat keputusan untuk pilih jahit tempah atau di rak kedai, anda boleh pastikan kedua-dua pilihan berguna mengikut anda – buat yang terbaik untuk anda!

Goa / Collection

Nomad / Collection

Ingin mencari sofa yang berkualiti dengan fabrik kreatif dan khidmat penyelenggaraan secara mudah? Cari bilik pameran kami yang terdekat dengan anda di acaciasofa.co
Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di acaciacurtain.co